Salam dan hai semua.
Aku rasa tajuk aku agak straight forward. Aku lah yang berhutang tu. Dan yang hidup tak tenang tu, semestinya aku juga.
Aku seorang ibu tunggal, anak ramai, kerja bagus, tapi hutang sangat tinggi.
Macam mana hutang boleh jadi banyak, mehla aku kongsi.
1. Sebab kerja gov, mudah buat hutang (walaupun bukanlah semuanya aku yang guna).
2. Janji manis ex husb, keluarga dan kawan rapat. Nak bisnes lah, emergency lah, sudahnya aku tanggung sorang2. Dari mula berhutang sampai dah lebih 10 tahun, sesen pun tak bayar.
3. Tak dapat adjust gaya hidup masa gaji okay dengan time sesak (dulu la, sekarang dah sedar diri, jadi aku hidup sekadar ada).
Dengan gaji negatif, nafkah tak dapat, side income tiada (bukan tak cari atau tak cuba, cuma mungkin rezeki di tempat baru ni belum ada).
Aku tak tahu lah mana silapnya, duit aku sentiasa tak ada. Sejak aku berpindah, duit sangat banyak guna. Time tu jugaklah baki gaji yang tak seberapa tambah lagi potongan.
Sejak pindah jugaklah, kereta selalu rosak. Perjalanan harian aku agak jauh, hantar anak lagi tambahan rupa jalan yang teruk dan kondisi kereta yang memang dah lama.
Hampir setiap bulan ada sahaja masalahnya. Yang major pulak tu.
Ada masa yang aku terlalu sesak, aku terpaksa pula pinjam sana sini untuk tampung hidup. Semuanya untuk beli makan, isi minyak, bayar bil dan duit belanja anak.
Aku ajar anak2 aku untuk hidup ala kadar. Makan nasi kosong pun dah berkali2.
Kadang2 anak aku tanya kenapa sekarang tak macam dulu, kenapa makan bercatu. Aku cuma mampu suruh dorang bersabar.
Aku dah habis airmata menangis. Malu sebab berhutang dengan kawan toksah cerita. Tambah pulak sakit mental dan anxiety teruk.
Bila aku belum mampu bayar, aku diam. Tambah pula masalah dengan kawan2. Tapi aku sendiri tak mampu nak urus emosi dan hadap kawan2.
Keluarga aku sendiri pun menjauh. Mungkin malu dan marah sebab aku ni banyak sangat hutang.
Sedih.. Orang yang pernah berhutang dengan aku pun herdik aku macam2. Sedih. Sebab aku tak mampu nak bayar hutang pada kawan2.
Sedih. Sebab nak hidup dan bagi anak makan pun sebenarnya aku tak cukup. Sedih sangat2.
Aku tak sangka hidup boleh jadi sesusah ni.
Aku cuma harap Allah dapat angkat kesusahan aku, bantu aku lunaskan hutang kawan2 dan harap kawan2 yang bagi hutang dipermudah urusan dan dapat beri aku masa untuk bayar semula.
Aku tak tahu la kenapa aku kongsi kat sini. Cuma aku sedih. Rasa kosong. Rasa gagal. Tapi hidup terpaksa diteruskan. Doakan aku.
– Mimi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit