Assalamualaikum… Salam sayang buat semua… Terima kasih admin beri ruang membongkar kisah pengakuan hal peribadi di sini, untuk dikongsi dan diberi nasihat yang sewajarnya..
Saya bukan puteri, bukan juga bidadari… Jadi berjodoh dengan lelaki kiriman pos tak laju, yang tersalah alamat..
Banyak kisah curang yang saya baca tentang pasangan yang bermain dengan perempuan lain yang sama…
Yang jika terlanjur dengan satu orang sahaja untuk akhirnya mereka kahwin terpaksa kerana dah terlajak mengandung sebelum nikah… Ditakdirkan mengandung kalau tak…
Bayangkan…. Suami yang dinikahi tu mengaku sebab agak pembaris, katanya dah bermain dengan banyak perempuan banyak kali tak terkira…
Di malam pertama tak mahu sentuh sebab dah tak ada rasa keinginan bersetubuh sebab dah hilang nikmat… Hingga diri terfikir kenapa terjodoh dengan penzina… Akhirnya sedar, diri juga berzina dengan tangan..
Sebab tak jumpa yang nak buat, buat sendiri… Perempuan pun ada ketagih p*rn dan on*ni… Sejak akhil baligh… Sampai dah kahwin masih ketagih…
Maka suami isteri bila bersama tak sampai nikmat… Sedap je… Itu pun sedap waktu tu je bila dah selesai hati berkecai, kecewa dengan sikap buruk masing masing…
Sungguh bukan tak ada keinginan nak berhenti benda tak senonoh tu… Ada rasa dosa… Mudah murung dan buruk rupa… Bagai tiada cahaya iman di wajah…
Kerana dosa itu, banyak kelemahan diri… Sehingga banyak yang membenci… Tapi, ada sedikit nurani yang suci… Kucing suka bermanja sebab mudah simpati…
Mudah simpati dengan suami dulu… Masa dia buat pengakuan mata dia terus merah berair, air muka suram macam insaf… Itu kisah silam, maafkan saja, dia janji nak jadi baik.
Tak mudah manusia nak berubah… Dalam diam dia masih mengorat wanita lain… Termasuk janda tua… Citarasa yang teruk..
Tak tahu nak setia, tak suka nak romantik, tak pandai nak jaga hati, tak mahu nak membantu… Cuba sabar, tunggulah lima tahun yang sulit…
Sudahlah permainkan perempuan… Main judi dan dadah pula… Bila mengadu pada keluarganya mereka mohon sabar dan teruskan doa… Dalam diam mengata isteri tak pandai jaga laki..
Yang menyedihkan di sini… Dalam bergelumang dosa tu….ada pahala yang mahu ditimba… Pergi umrah, sedekah, masjid, ada… Munafikkah…
Sampai bila nak munafik… Baiklah… Cukuplah… Makin bersama makin dosa sebab dendam dan sakit hati tak sudah… Kita berakhir dengan cerai luar mahkamah..
Kenapa nak gila talak… Dulu gila banyak perempuan liar… Semua dosa besar dah pernah cuba kecuali membunuh. Hanya bunuh kepercayaan isteri sahaja… Benda haram semua nak cuba… Dilaknat nak jadi apa…
Sekarang… Nak cuci dosa… Bila terkenang zikir taubat… Tapi, sebab dah hidup bertahun dan dah beribu kali bersama sekelamin dengannya dengan segala posisi pernah dicuba…
Namun tak sampai dari lubang belakang… Ada masa sendirian terkenang benda tu rasa nak, dalam kata dah taubat… Tangan tu buat benda yang Allah laknat… Dosa kecil yang dah jadi besar…
Benda buruk ni sebaiknya jangan cuba… Macam merokok… Nanti ketagih susah nak berhenti… Hanya bila dah hilang nafsu…. mungkin perlu doa dan jampi… Sungguh, mahu menjadi hamba betakwa tapi…
Dosa dan pahala masih bercampur… Tanpa rahmat Tuhan, tak layak mendapat nikmat hidup… Namun masih diberi peluang menjadi baik walaupun sudah banyak aib…
Pengakhiran itu penting… Tidak perlu melihat menilai dosa dan mungkar orang saja sedangkan diri juga banyak dosa aib… Doa diampuni dosa muslimin muslimat… Dapat zuriat soleh solehah…
Mereka yang banyak dosa makan benda haram… Dapat rezeki menjadi tetamu Allah buat Haji… Betul betul rasa diri hamba dan ikhlas beramal dengan menjaga hati… Bukan riak menunjuk diri paling bahagia, paling soleh, paling kaya dermawan…
Kerana tahu ada yang berdosa namun kerana taubat boleh jadi lebih mulia kerana takut tinggi diri… Mahu air mata taubat memadamkan api neraka… Mahu semua keluarga berkumpul di Syurga…
Amal yang berat timbangannya adalah akhlak mulia… Memuliakan insan lain..
Mohon jutaan maaf, jika cerita tak sampai, jika ada yang jijik terdedah… Dunia tipu daya ni banyak sangat kisah jijik yang mengerikan menampakkan neraka itu benar…
Moga terhindar dari dosa dan maksiat andai terjebak kerana nafsu dan jahil moga diampuni tidak diberi bala kerana Allah Maha Pengampun, tahu keadaan dan hati hambaNya..
Sedih… Moga zuriat terpelihara… Rahmati kami..
– Bukan Puteri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit