Dosa Itu Membunuhku

Assalamualaikum. Aku ada dark secret ku yang kusimpan selama ini, aku seorang perempuan bujang yang berusia pertengahan 30an, bekerja biasa.

Apa yang aku ingin luahkan adalah berkaitan dark side aku yang suka tengok p*rn dan m4sturbate.

Oh ye nak kata aku ketagih tak juga, aku tengok p*rn pon 2 atau 3 minggu sekali kadang2 sebulan sekali dan lepastu aku m4sturbate.

M4sturbate ku biasa sahaja, bila rasa h0rny datang aku hanya gesel2 dengan tangan aku je la tak lebih dari itu, tak pernah aku guna benda pelik2..

Dan aku berjanji dengan diri aku, aku tak kan guna benda yang pelik2 yang boleh merosakkan selaput d4ra ku, aku sayang pada kesucian diriku tapi aku tak mampu mengawal diri bila aku h0rny, kenapa aku jadi h0rny?

Punca nya sebab aku tengok p*rn, kenapa aku tengok p*rn? Sebab aku sunyi, aku wanita bujang yang hidup sendiri, setiap kali lepas aku m4sturbate, aku menangis, aku sedih, aku menyesal, ya Allah kenapa aku macam ni?

Puas ke aku buat semua ni? Seronok ke tengok orang buat s3ks? Apa yang aku dapat? Aku PUAS ke?

Aku happy? WAllahI, aku tak happy, aku sangat2 benci, aku rasa jijik tengok aurat orang, dah tu kenapa aku tengok?

Aku tak kuat, sungguh, di dalam sujudku, dalam tahajjudku aku sering menangis, aku minta dengan Allah, kahwinkan lah aku, jodohkan aku, kenapa begitu sukar pintu jodoh terbuka, memang bukan nak kawen sebab s3ks tapi itulah puncanya juga.

Sedari kecil aku sudah kenal diriku jenis yang mudah teransang, syukur Alhamdulillah Allah pelihara aku dari bercouple atau bercinta, aku memang tak pernah bercinta. Aku syukur sangat2 zaman remajaku, zaman 20an ku Allah pelihara daripada zina.

Namun semakin aku dewasa keinginan nafsu syahwat ku membuak buak, kadang2 layan movie romance pon terangsang, sebab tu aku jarang tengok genre macam tu, aku cuba tepis ransangan ini tapi aku tak kuat.

Kalau korang kata, dah tau sunyi tu cari la hobi baru, hobby is hobby memang ada, tapi perasaan ni tak hilang juga. Memang aku menyesal setiap kali lepas m4sturbate, terasa bodoh, apa yang aku buat ni? Kenapa tak boleh tahan?

Nafsu syahwat memang gila, setiap kali aku solat aku doa, lepaskan aku dari kejahatan diriku sendiri, kejahatan nafsu, dan aku masih terjebak, aku tak kuat dan pastinya tak ada siapa boleh kuatkan aku melainkan Allah.

Aku noticed juga kenapa aku mudah sangat jadi macam ni sebab kurang baca Quran, ye baca Quran dalam solat sahaja, aku tak pernah tinggal solat,

Dan aku rasa kerana solat itu lah penghalang aku dari cari jantan untuk lepaskan nafsu, aku syukur sangat, aku bukanlah sangap macam tengok semua jantan aku h0rny,

Aku kat tempat kerja biasa je, aku berurusan dengan semua orang biasa juga, cuma bila mana aku sendiri, datang perasaan gila tu ‘aku cakap benda tu gila sebab aku bujang’ Kalu dah kawen, h0rny dengan suami lagilah suami suka kan.

Hakikatnya, ini dosa yang perit, aku minta Allah tutup aibku, jangan pernah ketahuan oleh siapa2, kerana ini dosa sembunyi aku, hanya Allah yang tahu,

Even aku cerita kat sini, korang tak kenal aku, even admin pon tak kenal aku, aku sekadar untuk meluah, biar lepas sedikit rasa benciku pada diriku sendiri,

Ye aku benci disaat aku melakukan itu, buat sendiri, tangan sendiri, setakat gentel2, tak puas langsung, aku rasa bodoh, kesian bakal suami aku, maafkanlah aku wahai lelaki yang menjadi takdir jodohku, inilah dosaku yang aku menangis mintak dengan Allah tolonglah aku,

Tutuplah aibku, lepaskan aku dari nafsu ini, dan aku masih meminta tanpa jemu, dan aku terseret dalam lembah dosa juga tidak bertepi, ampunkan lah aku ya Allah..

Sebab dosa ni macam titik hitam, titik hitam tu la susah cahaya iman nak masuk, itu sebab emosi jadi tak stabil, rasa bodoh, benci, rasa yang tak best.

Aku dalam fasa mencuba dan sampai ke akhir hayat aku, aku akan mencuba hentikan ini, kadang2 aku fikir, aku kawen nanti akan hilang ke perasaan ni? Betul ke aku boleh berhenti tengok p*rn lepas kawen?

Ramai cakap kalau dah biasa tengok tu memang akan tengok la even lepas kawen pon, sekali lagi aku mintak dengan Allah, rasa h0rny membuak buak ni lepas kawen aku harap lebih lagi, jangan lepas kawen tiba2 tak de perasaan,

Dan baru aku sedar syaitan laknatullah lah yang mengindahkan semua tu, aku sedar, aku tahu permainan makhluk terkutuk tu tapi aku terjebak juga, Astaghfirullah hal a’zim

Doakan semoga aku kuat buang dosa keji ni, kerana aku insan pendosa juga ingin ke Syurga, ampunkanlah aku ya Allah, kasihanilah aku ya Allah..

– Insan berdosa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *