Assalamualaikum semua, aku Peoh. Aku dah kahwin beberapa tahun. Aku nak cerita tentang suami aku yang sangat pentingkan kawan, keluarga lebih dari aku dan anak.
Aku mudahkan nama suami aku Haikal dalam cerita ini. Aku kenal Haikal dari kawan. Waktu permulaan memang saya tak suka dia, sebab dia macam ciri bad boy tapi kerja pangkat besar.
Dia cuba pikat aku selama sebulan baru aku terbuka nak kenal, tak lama lepas pada itu dia ajak aku kahwin. Kami jumpa family kedua belah dan setuju untuk kahwin dalam tahun yang sama.
Selepas 4 bulan kenal kami berkahwin, sangat singkat tempoh kenal. Kami bercinta lepas kahwin, suami aku romantik, penyayang, agak panas baran dan sangat pentingkan kawan.
Selama berkahwin ini, kawan itu sangat penting, aku dah tahap menyampah dengan kawan-kawan dia.
Rumah kami boleh jadi rumah kongsi, ada sahaja yang datang tidur, bila turun ruang tamu atau dapur mesti bersepah sebab lelaki ramai-ramai.
Kawan dia ada cikgu, doktor dan macam-macam tapi kerja bagus semua, kadang-kadang aku rasa diorang g4y sebab suka sangat lepak dengan Haikal.
Kawan-kawan Haikal agak takut dengan aku, mereka selalu tunduk bila aku lalu sebab muka aku memang macam cuka, sebab itu rumah kami keluarga bukan port lepak korang semua.
Kalau masak, kena masak banyak sebab kawan-kawan akan makan juga.
Mula kahwin aku kerja gaji pun besar juga tapi selepas lahirkan anak pertama aku berhenti atas sebab tertentu.
Srlama ni aku dah biasa ada gaji beli apa aku nak, google sana sini cari makanan viral. Tapi bila tak kerja aku minta apa-apa sangat susah walau sekadar minta makanan. Haikal bagi kadang-kadang, tapi dia selalu ajar cara berjimat.
Aku suka starbuck waktu kerja dulu hari-hari aku beli, now sebulan sekali je Haikal bagi.
Jangan marah aku ye hihihi sebab mengada, ini part paling sakit.
Kalau kawan dia minta pinjam barang atau duit, semua orang akan dapat. Ada sorang kawan dia kena aniaya bab dadah (perangkap) dia perlukan 5 ribu untuk bebas.
Teka siapa tolong?? Suami kedekut aku itu tolong, dan benda itu dah berlalu 6 bulan, kawan dia tak ada bayar langsung, siap bagi kawan itu tidur rumah, makan kat rumah kami.
Aku tanya kenapa tak minta, dia kata kesian tak ada duit itu. Aku ini minta makanan bebel macam apa suruh jimat, kalau bab kawan 5 ribu itu macam seposen.
Family mertua pun sama, kalau bab family memang nombor 1, tv kami rosak sebab petir, Haikal buat tak tahu. Aku yang beli tv second hand duit simpanan aku.
Balik kg mertua tengok perabot baru, tv baru, peti baru. Tanya mak mertua dia kata Haikal belikan semua. Sofa 3 seater, meja makan 14 orang, tv besar, peti ais. Rumah aku tv, sofa semua aku beli.
Sangat panas hati dan kecewa, tak salah nak beli tapi rumah mertua dah ada semua itu, just sebab besar dia perlu tambah barang.. Habis rumah kami ini macam mana?? Lagipun ayah Haikal pun pangkat besar, ada duit.
Blender dah rosak, dia hantar repair pada kawan bagi guna semula sedangkan berapa puluh sahaja nak beli.
Aku sayang Haikal tapi penat dengan sikap lebihkan kawan dan keluarga, mak ayah aku pun dia tak peduli sangat.
Kalau raya baru ini, duit raya mak ayah dia dapat banyak setiap seorang, mak ayah aku haram dia nak bagi walau 10 ringgit.
Banyak lagi part yang aku sangat marah, dia kalau aku tegur bab kawan atau family, Haikal akan cakap susah dia, mereka akan tolong, habis dia sakit itu ini aku yang bawa ke hospital bukan kawan atau keluarga dia.
Anak pun tanya ‘kenapa ayah selalu dengan kawan bukan ibu’, aku just jawab ‘ayah work’.
Aku pernah pergi kedai jam 11.30 malam dengan anak aku, suami seorang tengah tengok tv, aku pergi setengah jam balik jam 12 penuh moto kereta.
Geram sangat tengah malam pun nak datang, aku tak keluar kereta dan biar enjin hidup..
Selang berapa minit kawan- kawan suami keluar seorang demi seorang kepala tunduk je, suami marah juga kenapa buat kawan dia macam tu.
Aku buat tak tahu, bawa anak masuk tidur. Geram nak sangat cakap dekat kawan-kawan Haikal, tapi sabar lagi ini.
Mereka puji makanan aku masak, suka menu kampung itu ini, tak makan puji itu sebab hati sakit benda lain.
Bab anak pun aku sedih, dia perlukan ayah dia kadang-kadang tapi ayahnya lebih dengn kawan, kerja dan lain-lain.
Risau anak membesar dalam keadaan rasa diabaikan.
Kalau korang di tempat aku, apa yang korang akan buat?
Minta maaf kalau penulisan tunggang langgang sebab tengah marah kan..
Sampai sini sahaja, rasanya semua faham cerita ini.
Terima kasih yang sudi baca..
– Peoh (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit