Dosa Itu Membunuhku Juga

Hai semua. Aku tertarik dengan confession https://iiumc.com/dosa-itu-membunuhku/

Sebab situasi dia sama sangat dengan aku. Umur pun lebih kurang. Situasi pun sama, perempuan, bujang.

Aku mula terjebak dengan layan benda tak senonoh ni out of curiosity je. Dalam umur 20 macam tu. Masa awal tengok gambar je dan tak buat apa pun.

Lama lepas tu entah la ada bisikan syaitan yang suruh aku search video pula sebab tak pernah tengok kan. Jadi curious macam mana rupa video tersebut.

So aku search dan aku ingat itu jela sekali aku akan tengok.

Tapi aku silap. Masa tu zaman 9gag. Dekat 9gag ni kadang ada yang share post nsfw yang lepas tu share link la nama website la tau tau aku pun dah terjebak dan aku start rasa weird sensation kat certain area.

Tapi masa ni still terkawal. Aku belum sentuh situ lagi sebab aku tau benda tu berdosa dan salah.

Dan jijik kalau kantoi sebab luaran aku orang takkan sangka aku ada masalah ni.

Cuma kalau dah terjebak, dah susah nak stop satu hal, lama lama terexplore macam macam benda sampai la dalam 5 tahun sebelum ni aku dah pandai sentuh, gosok gosok.

Sentuh je sebab sama macam confessor, aku tak berani masukkan apa apa.

Lowest point masalah aku ni, kadang tu bila triggered, orang ramai ada depan aku pun aku still boleh tengok kat phone. Bulan puasa, tengah puasa pun.

Alhamdulillah sekarang dah terkawal cuma masih berusaha nak totally stop sebab jiwa aku sakit.

Ini aib dan aku tak boleh luah kat sesiapa sebab aku taknak sebarkan dosa aku. Takde siapa tahu, kecuali aku dan Allah.

Setiap kali lepas tengok aku nangis sampai sakit kepala. Countless puasa, solat taubat dan doa dalam setiap solat tapi aku masih terbabas juga.

Setiap hari aku doa semoga aku kuat lawan diri sendiri siap install relapse counter. Tapi masih dalam sebulan mesti ada at least sekali aku buka.

Paling lama aku tahan dalam sebulan lebih ke dua bulan tapi tak pernah sampai 3 bulan (aku ada baca tips kalau boleh stop 3 bulan insyaAllah boleh stop terus).

Alhamdulillah juga setakat ni Allah jaga aku daripada perkara bukan bukan. Bukannya aku tak keluar dengan lelaki tapi Alhamdulillah, Allah jaga aku.

Sebab apa aku cakap macam tu? Sebab yang aku keluar semua baik baik belaka tak buat apa kat aku. Mungkin juga sebab dress up aku, bertudung labuh.

Aku baru putus dengan seorang yang aku dah kenal almost 2 tahun. Sebelum ni pun aku keep failing talking stage.

Kadang tu aku rasa Allah nak kata selagi aku tak berjaya lawan benda ni, selagi tu aku belum bersedia untuk kahwin. Entah la.

Doakan aku. Aku tak suka hidup macam ni. Ye betul, tak kerap tapi masih berdosa.

Kadang bila aku stress atau bosan, aku cari juga apa yang tak sepatutnya dan lepas tu aku akan menyesal sangat sangat.

Aku harap, Allah terima doa aku dan ampunkan dosa aku. Aamiin.

– Chanel (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *