An4k Yang Susah Dipandang Hina, Yang Senang Lenang Disanjung

Assalamualaikum. Pertama sekali aku kenalkan diri aku Rara. Aku asal dari negeri yang kome deme. Aku dah berkahwin dah dah ada anak.

Aku seorang suri rumahtangga, dan suamiku hanyalah pengawal keselamatan.

Walaupun suamiku hanya berkerja sebagai pengawal keselamatan, tapi suami aku ada ijazah sarjana muda dengan kepujian. Alhamdulillah, dia tak memilih kerja.

Aku dah tak ada emak, emak aku telah meninggal dunia, lebih kurang 5 tahun lepas macam tu lah, masalah kegagalan jantung.

Aku ada seorang ibu tiri, adik 1 bapa lagi 3 orang, 1 emak ada 3 orang. Kalau dicampur kami adik beradik kandung 6 orang, seorang lelaki dan 5 orang perempuan.

Mulanya semua ok. Sehinggalah adik aku nak berkahwin, semua pandangan aku ditolak mentah, aku ni kuat memberontak, bukan berontak apa, kiranya aku tak setuju warna baju keluarga pakai untuk majlis kahwin dia.

Adik aku lebih suka dengar cakap kakak ipar aku, kakak ipar aku tu, dia bergaduh dengan aku, puncanya dia tak reti bercampur dengan emak dan bapa saudara aku, semua mengata dia, aku sampaikan kat adik aku,

Tapi adik aku menyampai kat abang aku, sampailah abang aku buang aku, padahal bukan aku yang mengata, tetap aku kena. Aku tak kisah sebab kami tak rapat.

Ayah aku diam seribu bahasa bila abang aku buang aku, dia tetap sebelahkan abang dan kakak ipar aku,

Aku terasa hati lah juga, tapi tetap aku yang disalahkan, tetap dia menangkan menantu dia, yalah menantu kaya, kerja elok apa semua. Gaji pin mahal, beza dengan kami.

Kakak ipar aku besar kepala sebab ayah aku selalu sebelahkan dia. Ayah aku ni dia macam takutkan anak lelaki dia buang dia, tak faham aku, yelah kalau kena buang nanti siapa nak belikan dia baju mahal, minyak eangi original.

Emak tiri aku pun 1, masa raya haritu, malam raya, aku dan suami serta anak aku pergi rumah ayah aku, yelah malam rayakan,

Tapi kami disambut oleh muka masam adik sebelah sana, termasuk muka mak tiri aku, aku tak tahu apa puncanya, sebab sebelum ni kami baik baik saja.

Masa di muka pintu, adik adik aku nampak muka kami terus naik atas lari, ngan muka masam. Untuk pengetahuan semua, hubungan kami baik saja, tak ada bergaduh apa.

Sebabkan esok mereka nak balik kampung sebelah mak tiri aku, aku buatlah muka manis, mana nak tahu, esok esok jadi apa kan, siap naik atas tengok adik aku tu, dia buat buat tidur, sebab tak mahu bersembang dengan aku.

Aku boleh tahu dia buat buat tidur sebab masa aku turun tangga aku dengar handphone dia bunyi dan dia jawab “hello, haa ni ada penyibuk ni kat rumah kita.”

Sakit hati dengar tapi aku masih buat muka manis dan senyum.

Turun bawah muka tiri aku tu dah ok sikit, masa nak balik tu dia kata nanti dia nak singgah kat rumah kejap dari kampung dia, aku pun kata oklah kan. Tetamu ni bawa rezeki. Suami aku pun dengar mak tiri aku tu cakap macam tu.

Sampailah hari yang dikatakan nak singgah tu, malam tu aku masaklah sikit untuk smabut tetamu tetamu sekalian. Banyak jugak actually.

Macam macam. Walaupun aku dilayan kurang elok, tetap aku buat macam macam. Aku tunggu dari pagi, sampai ke petang, sampai ke malam, mereka tak munculkam diri.

Sampailah aku tengok status whatsapp mak tiri aku tu, aku pun reply, kata nak datang, buang saja makanan yang rara masak.

Anak dia reply guna handphone dia bila mak cakap nak datang, tak cakap pun. Aku punyalah sakit hati, habis aku masak banyak banyak ni untuk siapa makan?

Suami aku muka berlain dah. Dia marah lah jugakm. Sebab aku guna duit dia bi bahan bahan apa semua. Kami pun bukan senang mana, kalau tahu lebih baiklah kami beli benda keperluan lain.

Aku whatsapp ayah aku, bagitahu hal ni, dia tetap diam seribu bahasa, baca saja. Suami aku marah aku, puncalah kami bergaduh.

Lepas dari kejadian tu, aku pulun isi borang spa9, mana ada jawatan kosong, aku isi kat aku dengan suami aku,

Aku nak balas dendam dengan cara macam ni, kerja elok, duduk rumah lebih elok, kereta elok, sebab sebelum ni keluarag aku hina aku, sebabkan suami aku kerja biasa biasa saja.

Yang suami kerja hebat hebat, pegawailah.

Harap pembaca doakan aku dan suami aku berjaya dengan pemohonan jawatan kosong yang kami minta. Harap ada terselit rezeki anak buat kami. Moga doa kalian berbalik semula pada kalian.

Aku sekarang lebih suka diam, walau aku diperli di status whatsapp sebabkan tanya bila nak datang, habis kecoh. Aku cakap Allah itu ada, mak tiri aku tu memang dah, dia kalau cakap memang tak akan mengaku.

Aku selalu doa biarlah kami duduk jauh, suami aku kerja tetap, kami mampu beli rumah sendiri dan kereta sendiri, harap pembaca doakan kami sekeluraga ya. Terima kasih semua.

– Rara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *