Salam, hai semua. Aku akhir 20-an, perempuan. Berkahwin dan mempunyai seorang anak. Bekerja bidang professional. Sebulan gaji aku 5 angka.
Aku takde masalah keluarga, duit atau pasangan. Ini masalah aku sendiri.
Sebenarnya aku menulis sebab aku tak tahu sama ada apa yang aku hadapi ni, ada yang sama.
Daripada kecil, aku memang banyak fikir kesusahan ibu bapa dalam membesarkan anak anak.
Dan sebagai anak nombor 4, aku selalu terfikir, kenapa ibu bapa aku tidak beranak setakat 3? Untuk cukup kan kerusi belakang kereta. Sebab aku takde tempat duduk.
Mungkin kalau adik beradik aku tiga orang, ibu bapa aku tak perlu gadai emas untuk bayar yuran sekolah. Sekolah asrama penuh, mahal. Mungkin hidup adik beradik aku lebih baik.
Aku pernah lemas masa umur 5 tahun.
Sepanjang usia remaja, aku akan teringat pasal peristiwa ni, dan fikir. Kenapa aku tak lemas je masa umur 5 tahun? Sebab hidup ibarat pengembara, hidup ni susah.
Jadi sepanjang usia remaja, aku akan fikir, sebelum PMR, mungkin aku akan mati dulu. Sebelum SPM, aku akan mati dulu. Sebelum habis Asasi, aku akan mati dulu. Atau sebelum habis Ijazah. Dan seterusnya.
Tapi aku masih di sini..
Aku siapkan diri aku untuk kematian tu sampai. Bukan jenis yang alim, tapi aku jaga sebaiknya yang wajib. Aurat takde la pakai labuh dan purdah, cukup sekadar tutup.
Dan aku ada rancang kematian sendiri. Tapi rancangan itu perlukan bantuan Allah.
Bila fikir nak pergi ke laut dan lemas, aku ambil kelas renang, aku perenang yang baik. Aku ada fikir, pasal kematian apa yang kurang sakit, dan sebagainya.
Aku ambil insurans, sebab aku tahu aku memandu jauh dan laju. Mungkin meninggal kemalangan sebelum umur 30.
Jika hidup tak memberikan kesenangan, jadikan kematian itu tidak membebankan sekeliling. Jika mati tidak meninggalkan harta, jadikan mati itu tidak meninggalkan hutang.
Apabila aku berkahwin, aku merancang sebab aku takut aku mati meninggalkan anak kecil, tapi Allah izinkan aku ada anak. Dan perkahwinan jadi semakin susah bila suami pindah tempat kerja. Aku sendiri.
Ada hari yang aku menangis menahan diri dan tak tahu sama ada ianya “thoughts” atau “ideation”. Kerapkali setiapkali sendiri, aku tengok gambar anak, dan aku bangun lagi.
Walaupun aku benci diri sendiri melahirkan manusia yang tidak bersalah ini ke dunia, tapi Allah mungkin hantar dia untuk aku tetap di sini.
Aku jumpa psikoterapi, aku jumpa doktor psikiatrik. Aku cuba dapatkan diagnosis. Aku ni ada masalah ke? Kenapa asyik fikir mati?
Jadi aku pergi sesi demi sesi, apa yang aku dapat, “adjustment spectrum with good coping mechanism” atau sekadar, “burnt out”.
Alasan dia, sebab tak ganggu harian, dan aku ada perniagaan yang aku buat untuk aku elakkan masa aku terlalu banyak. Bila masa terlalu banyak, aku akan fikir, macam mana nak mati sebelum 30.
Ada satu kejadian, aku merungut pasal hidup. Kenapa hidup aku macam ni? Mungkin sebab hidup ni keras dan tak mudah. Kerja stress.
Suami takde. Ntah dia setia ke tak, aku da korbankan dia setiap kali Raya Haji.
Bersama sama lembu, aku korbankan suami aku kepada Allah. Aku harap aku tak rasa pemilikan langsung terhadap suami aku. Kalau pun nanti dia tak setia, aku doa semudah korban, aku pergi dari dia.
Tapi lepas tu aku kemalangan, kereta hancur teruk langgar divider kiri kanan, masa tu kereta langgar sana sini, berpusing pusing. Tapi tak langgar orang.
Nauzubillah. Aku sempat mengucap. Aku sempat fikir, ini kalau meninggal, mungkin boleh husnolkhotimah. Tapi Allah selamatkan aku lagi.
Bagi anak aku banyak masa dengan aku lagi. Ini kalau tak doa anak aku, ini doa mak aku.
Malam ni. Aku lama da tukar kerja. Gaji lagi banyak. Suami aku dekat. Anak aku sihat alhamdulillah. Ibu bapa aku sihat. Perniagaan membaik dan stabil.
Aku da cuba hapuskan semua stress yang aku ada. Tapi fikiran dan harapan kematian tu tak pernah tinggalkan aku.
Aku masih di situ, masih berfikir, mungkin dari tingkat 6, mungkin pokok, mungkin laut, mungkin divider, mungkin sakit jantung kerana terlalu sedih. Benda ni normal ke?
Kalau tak normal, doakan aku masih bertahan di sini, sehingga takdir Allah menjemput. Semoga diizinkan husnul khatimah. Aamiin.
– MH (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit