Su4miku Pengikis

Assalamualaikum semua… Aku perkenalkan diri aku sebagai Eda. Menghampiri usia 3 series. Baru sahaja mendirikan rumah tangga.

Aku rasa menyesal dengan perkahwinan ini dan selama mana aku berkenalan dengan suami aku selama setahun beberapa bulan.

Aku rasa tertekan. Jiwa aku rasa kosong dengan perkahwinan yang menyeksa zahir aku dan batin aku.

Aku kahwin tanpa hantaran sesen pun. Cuma ada mas kahwin beberapa ratus sahaja.

Sewaktu bertunang, kedua cincin emas yang diberikan ibunya telah diambil balik dan digadai.

Aku dah nampak macam-macam red flags dari husband aku. Contohnya, dia ada meminjam duit aku sebanyak berbelas ribu tanpa ada usaha memulangkannya.

Dia menggunakan alasan aku pernah berkata kepadanya, sewaktu dia meminjam duit aku sebanyak 5k pada waktu itu aku kata tak perlu bayar kembali sekiranya dia berkahwin dengan aku.

Prior kepada statement aku yang itu, dia mengambil kesempatan terusan meminjam duit aku sehingga aku boleh katakan belasan mungkin menghampiri 20K ringgit Malaysia.

Aku mengakui khilaf aku kerana telah terlanjur dengannya sewaktu belum berkahwin.

Pesona suami aku, aku namakan sebagai “R” bukan nama sebenar telah membutakan mata hati dan fikiran aku.

Kerana dia berjanji untuk rajin bekerja mencari nafkah, dan dia sanggup berhenti kerja demi mencari kerja di kawasan kampung aku.

Kisahnya aku juga terhutang budi ketika itu kerana dia sanggup berhenti kerja setelah aku bagitau syaratnya adalah mengikut aku pulang ke kampung untuk menemani ibuku sekiranya mahu berkahwin dengan aku.

Aku pon tidak tahu adakah ini satu perangkap?

Bermulalah episod aku melabur duit aku kepadanya dari duit simpanan tabung haji, ASB dan gaji bulanan aku untuk membantu hutang ahlongnya, membayar duit bulanan keretanya, insurans dan segala perbelanjaan hariannya.

Sudahlah dia malas dan memilih kerja, perangainya juga membuat aku lemas.

Dia kerap mengajak aku makan di tempat mahal, tengok wayang dan sebagainya tetapi menggunakan duit aku sahaja.

Hampir 7 bulan aku tanggung dia 100%. Aku tak tahan lagi.

Aku waktu itu boleh terima yang dia tak boleh kerja kilang dengan alasan dia suka bawak lori,

Tapi setelah diambilkan lesen dia mungkir janji juga, dia memilih untuk tidak membawa lori dan membawa grab.

Sesudah bekerja membawa grab, dia buat loan pula dengan grab sehingga mencecah 5K. Jadi pendapatan dia sekadar membayar hutang dan cukup keperluan membeli makanan dan rokok.

Tiada usaha mengumpul duit menghalalkan aku kerana dia tahu aku tak akan ke mana, setelah daraku dia ambil.

Aku jadi tak berani tinggalkan dia di atas ketelanjuran aku dengannya. Aku bimbang lelaki lain tidak boleh terima aku selain aku tak berani rasa sakit putus cinta dengannya.

Selain sikapnya yang jelek itu, keburukan lainnya, duit aku yang dia pinjam adalah untuk membeli nombor ekor dan dia guna untuk bermain judi online.

Sekiranya aku tak berikan dia akan menjadi panas baran, memaki hamun dan mengugut memberi tahu keluarga aku tentang kerterlanjuran kami dan menyebarkan video lucah aku.

Aku tak tahu kenapa nasib aku begini. Sewaktu aku dalam fasa berkenalan dengannya pada sebelum itu aku ada berkenalan dengan lelaki-lelaki yang tidak serius dan beberapa yang mempunyai niat yang sama untuk mengikis harta aku.

Tolong aku, aku bertaubat dan mengakui kesalahan aku berzina dengannya sebelum halal. Aku tak larat dengan musibah ini, aku yakin ini adalah kesan dari aku berzina.

Tapi kenapa jalan hidup aku begini? Sekiranya aku fu*k girl tidak mungkin aku mampu mengekalkan kedaraan aku sehingga umur 28 tahun.

Aku sengsara dan tak bahagia dengan perkahwinan ini, dari bilik sewa, maintenance kereta dia, bayaran kereta dia, loan ahlong dia, makan minum dia semua aku yang tanggung.

Aku terasa dipergunakan sangat. Aku mohon pembaca bantu aku. Perlukah aku bercerai?

Aku baru 2 minggu bernikah situasinya aku telah menanggung dia semenjak di awal perkenalan.

– Eda (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *