Assalamualaikum.. Maaf kalau penulisan aku berterabur. Aku belum habis menggeletar. Jantung masih laju. Kepala aku sakit. Jari jemari aku sejuk.
Aku serabut kusut. Dengan anak2 dua orang yang pelbagai kerenah tidak memberikan aku ruang untuk berfikir. Aku menulis ni pun sekejap2 sambung sambil menguruskan mereka.
Aku tidak tahu nak bermula dari mana. Aku tidak punya teman baik yang akrab untuk aku kongsikan masalah ini dan juga untuk mendengar buah pendapat bagi meluruskan pemikiran aku.
Aku juga sedang period. Jadi tak boleh nak solat atau mengaji untuk tenangkan diri. Jadi aku mati akal. Tak tau nak buat apa. Nak buat keputusan apa.
Allah sedang menguji aku. Mungkin ini kemuncak ujiannya. Atas dosa2 lama aku. Kisahnya…
Baru tadi, suami (aku namakan dia Abu) tertinggal handphone dia.. aku sejujurnya memang dah lama rasa “something wrong” dengan Abu.
Dia kerja petang ke malam. Memang hari2 dia pulang sangat lewat. Pukul 2 pagi tu dikira awal. Kadang2 pukul 3 4 pagi. Jadi aku sering juga cek HP Abu.
Tapi Abu bijak. Abu selalu delete chat history wasap dia. Jadi tu antara sebab yang aku sangat suspicious dengan Abu. Kenapa nak delete kan?
Ok berbalik pada cerita.. wasap tu aku susah nak hadam sangat. Sebab banyak shortforms yang aneh2. Lagipun aku baca sambil menggeletar.
Otak tak berapa nak berfungsi. Sebab aku masih dalam fasa terkejut dan tak percaya dia sanggup buat macam tu.
Dan Abu juga pandai guna kata ganti nama yang baik untuk benda yang tak baik. Aku tak boleh nak fikir tadi. Aku seharusnya screenshot dan hantar ke wasap aku untuk dijadikan bahan bukti.
Tapi apakan daya. Aku tidak dapat berfikir dengan betul tadi. Jadi isi kandungan wasap tadi lebih kurang macam ni..
Abu nak pergi kat Leha.. Abu nak ambil “vitamin”.. Leha kata boleh. Datanglah. Dapur pun ada kalau nak…. Korang rasa? Vitamin apa yang memerlukan dapur?
Patutlah sikap dia sangat pelik. Kadang2 tidak tidur 1 hari. Tak mengantuk kata Abu, kononnya sebab terlalu banyak berfikir masalah.
Kadang2 tidur macam mayat. 1 hari kalau cuti tu, Abu tidurrrrrrrr saja. Kalau bangun pun dia punya mengantuk tu macam tak tidur 1 hari, mata tak boleh bukak. Sambil makan pun tidur.
Ya, kami mempunyai masalah kewangan yang amat sangat. Mana tak nya. Duit gaji aku saja yang dipakai untuk menyara keluarga kami.
Kereta, rumah, kad kredit, bil api, air, barang dapur. Mostly aku pakai duit gaji aku. Nafkah untuk aku?
Ada la juga dia bagi kadang2 RM50 seminggu. Tu pun waktu aku pokai gaji habis je baru dia hulur. Kalau macam sekarang masih ada duit gaji. Aku tak mintak duit pun dari dia.
Tu belum lagi dengan p*rn addict dia. Dulu Abu p*rn addict. Sebelum tidur saja mesti juga nak tengok. Kadang2 sampai tertidur sambil screen masih terbuka dan kelihatanlah aksi2 yang pelbagai.
Itu dulu, aku pernah confront dengan dia. Bincang elok2, ajak dia solat sama2. Mengaji.. Dia pandai mengaji. Aku puji. Sebab dia mengaji al quran lebih lancar dan sedap daripada aku. Aku ni dah la baca pun tak lancar mana.
Masa tu, aku rasa kemuncak keimanan kami, dimana kami solat berjemaah. Baca quran setiap hari. Masa tu aku yakin dia dah stop p*rn addict dia. Tapi sekarang?
Kadang2 aku terjaga pukul 4 5 pagi. Tengok screen HP dia. Hmmm.. macam2 lah gaya. Geli. Tak payah cerita. Korang tau kan dia tengok apa. Memang Allah nak tunjuk kat aku sikap dia kan..
Abu dulu heavy smoker. Aku pula anti smoker. Sangat tidak suka. Walaupun dia cuma hisap 2 3 sedut. Aku akan tau. Sebab hidung aku sangat peka.
Dia pernah berbohong katanya bau asap rokok kawan yang melekat pada baju dia. Aku kata bau dari nafas dia, kemudian dia kata,
“Kan duduk melepak lama2, kawan tu hisap rokok banyak tak berhenti2. Jadi saya tersedut banyak lah asap tu sekali” nah begitu ya teman2 dia gorengkan aku.
Dulu aku naif. Aku percaya bulat2 dengan dia. Namun apabila dah bersama hampir 8 tahun sekarang. Aku sedar, dia seorang yang sangat suka menipu. Even smallest things.
Bukan nak kata kita ni jujur sangat. Tipulah kalau cakap kita ni tak pernah berbohong kan. Tapi tu lah.
Ada satu kejadian di mana dia keluar lama sangat. Katanya nak pergi beli air minum di kedai. Tapi hampir 3 jam keluar beli air. Wah..
Pulang saja dia daripada itu, aku mengamuk. Aku tanya dia kemana.. Katanya ke rumah kawan. Melepak.. Padahal tadi katanya cuma nak pergi beli air. Dan banyak lagilah dimana penipuan2 kecil yang dia lakukan dan aku telan saja seperti orang bodoh.
Sekarang dia dah ketagihan vape. Aku pernah minta dia berhenti. Dia kata “awak tau tak, bila saya isap benda ni, aku rasa segar, kuat balik” alasan dia.
Aku faham. Dia kerja agak berat. Memerlukan tenaga. Dan bila nak drive balik rumah, keletihan, jadi isaplah benda tu untuk segar balik.
Jadi aku pejam sebelah mata. Aku juga pernah sindir berkali2. Waktu cuti pun nak isap kenapa? Senyap2 sembunyi2 masuk toilet. Isap benda tu. Aku geram.
Tapi apakan daya. Pejam saja. Benda bukanlah berat pun kan? Belambak lagi jantan kat luar sana isap benda alah tu. Tak jejas apa2 pun. Lantaklah.
Masalah dia sekarang ni….. Aku risau. Apa jadah “vitamin” yang dia maksudkan. Sampai memerlukan dapur untuk masak benda tu.
Selepas Abu sedar aku dah baca wasap dia. Dia bagi alasan kononnya buat kerja tu nak cari duit lebih. Kononnya cuma jadi orang tengah.
Kau ingat aku nak percaya kata-kata kau lagi? Dah berlambak2 kau bohong aku. Aku baca bulat2 tadi si Leha offer kat kau nak mentekedarah bendalah tu dalam kereta. Jual apa benda? Ya mungkin benar dia jual. Dan mungkin dia pun ambil juga. MUNGKIN.
Aku tadi tidak dapat berfikir dengan waras. Sambil melayan anak2 aku berfikir.. apa yang perlu aku lakukan. Mengadu dekat family? Mak?
Ya Allah… kalau mak tau. Habislah dia. Dia dah lah bukan menantu pilihan dulu aku yang nak sangat menikah dengan di atas dasar cinta dulu.
Mak suruh kahwin dengan orang lain. Kalau aku ceritakan dengan mak, macam green light je mak tunggu nak kenakan aku dengan aya,t “haa tu la nak sangat menikah dengan dia” huuu..
Mak aku seorang yang sangat tegas, garang dan jenis suka serang terus. Aku dari dulu tak pernah mengadu hal remeh temeh dengan mak. Takut betul. Mak garang.
Hal masalah rumah tangga adik dia pun dia nak p masuk campur tolong ganyang penyondol tu. Ni kan pulak masalah rumah tangga anak dia sendiri. Risau. Takut. Ntahlah kenapa.
Haruskah aku selamatkan lagi hubungan ini?
Aku ada 2 anak lelaki. 6 tahun dan 3 tahun. Aku pernah berdoa. Kalau masih ada harapan sinar hubungan ini, kurniakanlah zuriat ke 3 buatku. Sebab aku memang nak anak perempuan.
Sebenarnya aku dan Abu dah memang banyak masalah sebelum ni. Pernah sampai tahap aku dah rasa tak ada rasa sayang lagi dah dengan dia.
Hal kerja dia yang susah nak ada masa dengan aku. Lebih suka luangkan masa melepak dengan kawan. Hal kewangan, hal hutang. Macam2 lah.
Jadi pernah sampai satu tahap yang aku dan dia bergaduh macam dalam drama. Sampai anak no 2 aku nangis tengok dia nak peluk tenangkan aku. Aku yang menggelupur macam cacing kepanasan tak nak dia sentuh aku.
Masa tu punca pergaduhan kami adalah sebab dia pukul anak sulung kami. Anak sulung kami mild autism. Jadi agak special dan sangat memerlukan kesabaran.
Dia pukul anak. Aku jerkah dia. Masa tu aku redha je kalau dia nak pukul aku jugak. Sebab aku kesian sangat tengok anak kena pukul dimuka. Sampai merah2.
Aku ada ambil gambar bekas kena pukul tu. Tapi dia tak sentuh aku. Masa tu aku fikir kalau dia pukul aku, aku akan terus ke balai polis saja. Tapi tak.
Selepas kejadian tu, memang aku dah nekad aku nak mintak cerai. Berkali2 aku mintak. Dia tak nak. Waktu tu Abu jadi macam suami dari syurga gitu.
Ha macam masa awal2 kenal dulu. Ayat manis2. Kalau aku buat action yang menunjukkan kaki aku sakit, terus dia ambil minyak urutkan kaki kau nyah. Tengok kuku kaki aku panjang, dipotongnye pulak. Buatkan aku kek. Ya dia pandai masak.
Mostly sejak kawin dia yang masak. Aku? Boleh bilang berapa kali saja aku masa sejak menikah dulu. Lepas tu, mana tak cair hati wanita ni bila dilayan macam princessss kaan.
Jadi aku start develop kasih sayang balik after a while. Tapi tu lah, walaupun aku cuba nak sayang dia balik, tapi duk rasa macam something wrong je selalu. Macam ade je something yang akan BAMM (perkara besar macam harini jadi) tiba2.
Dia pernah janji takkan naik tangan lagi. sampai ke hari ni? Tak juga. Kadang2 dia geram kalau anak buat perangai, dia rembat juga. Tapi tak seteruk dulu.
Dia pernah bagi alasan, katanya “dulu saya kena pukul lagi teruk dari ni” haa gitu. Nak anak dia merasa kesakitan macam dia dululah kononnya.
Aku juga membesar dalam family yang percaya pukul untuk betulkan kesalahan. Pernah kena pukul dengan macam2 juga. Biasalah. Geng 80-90an kan.
Tapi bagi aku. Pukul bukan jalan penyelesaian. Ya, perlu juga pukul untuk mengajar. Aku tau tu. Tapi bukan dimuka. Dikepala. atau di bahagian badan.
Kan? Pukul juga tidak boleh pukul dengan emosi kemarahan. Pukul hanya dengan tujuan untuk menyedarkan dan memberikan kesedaran bahawa benda tu salah.
Ntahlah. Aku menulis ni dengan harapan agar ada beberapa komen yang boleh membantu memberikan pendapat.
Ada beberapa orang yang aku suka baca komen dia. Komen dia selalu macam ibu2. Aku harap dia boleh baca confession aku ni. Dan bagi la sedikit pendapat. Bantulah aku. Bagilah beberapa pendapat.
Sekarang aku dah tak menggeletar lagi. Jari jemari pun dah tak sejuk. Tapi masih tak boleh nak buat keputusan. Nak angkat kaki? Cerita dekat mak?
Pergi pejabat agama? Cari alternatif lain? Cuba berbincang? Eh tapi berbincang aku rasa macam tak boleh la. Dia kuat sangat menipu. Mesti dia goreng aku kaw kaw punyalah nanti.
Aku dah tak percaya lagi dengan apa saja kata2 dia. Dengan member2 dia sekali boleh tolong menipu nanti. Aku kenal dia. Aku kenal member dia. Memang jenis bro code gila. Boleh je call anytime untuk buat jadi saksi berlakon. So I don’t trust any of them.
Tapi tetap risau. Sebab masih tinggal serumah. Takut tiba2 kebodohan aku kembali. Sebab tergoreng banyak sangat. Jadi macam mana kalau aku terpercaya?
Lupa pulak nak bagitau korang sebelum korang kutuk dia. Dia sebenarnya bapa yang agak baik. Selalu mendahulukan anak2.
Kalau hari dia ok. Dia akan main dengan anak2. Anak2 pun rapat dengan dia. Pandai ambil hati anak2. Tapi kalau datang hari hantu dia. Mintak simpang lah.
Ada hari dia baik, dia banyak buat kerja rumah. Tolong kemas rumah, memasak, membasuh, cuci toilet, vakum karpet, dan macam2 lagi. Ada hari dia hibernate tu.
Dia tidur sampai m**pus. Aku mengamuk kat dapur pun belum tentu dia jaga. yang dia tau, kalau dia tengah tidur tu, kalau anak kacau ke.
Anak bising ke. Dia bangun je nak tangankan. Menyampah. Kadang2 rasa bagus diorg ni takde bapak. Dah aku je yang bela.
Hmm. Personaliti dia juga sebenarnya, penyayang. Aku rasa dia masih sayangkan aku sangat2.
Ntahlah. Ke aku je yang syok sendiri menyangka dia sayangkan aku? Tah ke cuma nak habiskan duit aku je? Savings aku sejak kerja awal2 dulu semua dh habis sekarang. Betul2 kesempitan.
Sampai bulan lepas mak aku tlg bayarkan kereta 3 bulan (sebab surat dah sampai rumah) dan juga roadtax.
Dia juga boleh dikatakan softspoken. Betul la kot tu. Dia ckp elok. Lembut. Setakat sekarang ni aku nampak dia masih setia lah. Tak nampak ciri2 buaya lagi.
Dia kalau tak ada benda haram tu, boleh jadi family man sangat. Mungkin benda haram tu very costy yang menyebabkan kami selalu kehabisan duit? Mungkin benda haram tu yang buat dia selalu baran?
Ntahlah. Aku buntu. Bantulah aku yang taktau nak buat apa ni. Bingung. Patut angkat kaki ke? Patut pejam mata dan telan saja demi anak2 ke? Cliche sangat alasan demi anak2 kan.
Tapi ya. Aku betul2 kesian kalau anak2 dah tak ada bapak nanti. Sebab yang no 2 sangat rapat dengan abu..
Korang. Help me..
– Timah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit