Baikkah Su4mi Ku?

Assalamualaikum dan hai semua,

Aku nak tanya pendapat semua adakah baik laki aku ni? Sebab dia selalu kata aku yang keras hati dan susah terima nasihat.

Tapi aku rasa aku jadi macam ni disebabkan laki aku sendiri.

Untuk pengetahuan korang aku dah kahwin hampir 10 tahun dan dua-dua bekerja dimana aku gaji tetap dan suami kerja gaji harian dan kami tiada anak lagi.

Pada awal kahwin, aku bersedia untuk membantu dari segala tanggungjawab dia dan aku tak pernah berkira.

Kalau ikutkan gaji aku kecil untuk membayar semua komitmen seperti sewa rumah (separuh), kereta (penuh), PTPTN, ASB dan duit minyak tol untuk ke tempat kerja.

Tapi alhamdulillah walaupun aku gaji kecil aku mampu bayar semua dan keluarkan duit makan dan jalan kami berdua setiap bulan.

Biasalah bila baru kahwin seronok jalan berdua walaupun kau yang keluarkan duit.

Dia tak ada kereta dan aku tolong dia keluarkan kereta dari awal kahwin sampai sekarang,

Rasa-rasa 3 4 kereta aku tolong dari segi deposit, bulanan, loan tapi dia mesti akan merungut dan biarkan macam tu je kereta tu.

Sebenarnya, aku tolong sebab nak jaga air muka dia sebab dia selalu kata malu dengan family aku sebab pakai kereta aku je.

Sebab lain aku nak dia manfaatkan kereta tu untuk mudahkan pergerakan untuk kerja dia dan dia dapat duit lebih bila ada projek sendiri.

Tapi hampa, kereta tu tersadai je sebab katanya lembab. Pasal kereta ni tak pernah habis sampai aku dah give up dah dan tak nak tolong.

Alhamdulillah dia masih bertnggungjawab dengan loan yang dia buat atas nama aku cuma kalau dia pergi dulu aku la tanggung hutang dia sebab dia tak ada simpanan langsung. Sorry macam jauh pulak fikir.

Tu belum lagi aku tolong keluarkan modal bisnes dia itu ini tanpa aku harapkan balasan dan bayaran balik.

Tapi dia bukan jenis yang bersungguh, gagal dalam bisnes biasa bagi dia.. tapi tak bagi aku sebab tu duit aku.

Seingat aku, last aku tolong keluarkan modal untuk dia nak buat pertukangan kayu dan aku remind dia yang aku nak balik duit modal yang aku bagi ni bukan untung dia.

Untung dia boleh ambil untuk teruskan bisnes dan aku akan ingatkan banyak kali supaya dia boleh buat bersungguh-sungguh. Tapi hampa, gagal lagi.

Mesti korang tanya kenapa aku bagi modal jugak, sebab aku rasa kesian bila dia down dan aku nak dia ada rasa tangungjawab sebab dia tak pernah cukup jalankan tanggungjawab dia.

Dia selalu cakap yang dia sedih, malu sbb selalu tak ckup dan aku kena bayar. Baikkan dia?

Dia sedar tapi 10 tahun tak berubah puas aku tolong untuk modal. Last, dia kata itu je mampu dia buat dan dia dah penat dan suruh aku terima je apa yang dia buat.

Simpanan lagsung dia tak ada, untuk perubatan pun dia tak ada untuk rawat sperm dia pun dia tak mampu jadi dia suruh aku redha?

Aku faham konsep rezeki, tapi kita kena usaha untuk dapatkan semua rezeki tu tapi dia kata aku ni gila harta dan tak bersyukur.

Aku cuma nak dia jadi seorang suami yang fikirkan masa depan dengan penuh tanggungjawab

Alhamdulillah sekarang gaji aku lebih dari cukup tapi aku berhenti tolong dia, sebab apa? Sebab aku pernah offer 3 4 ribu nak tolong dia tapi dia boleh gelakkan aku..

Dia kata duit tu sikit sangat nak buat modal bisnis dia. Padahal dia seratus pun belum tentu ada dalam bank.

Dari situ aku stop dan tak belanja dia lagi macam selalu. Sesekali je aku akan belanja makan.

Aku tak kesah dia tak bagi aku duit makan belanja sebab aku pun bekerja dan aku jarang sangat masak,

Sebab aku akan keluar pagi balik malam sebab kerja aku jauh ambil masa 2 jam untuk pergi sahaja dan kerja dia 10 minit dah sampai. Jadi kami akan order FP atau makan sendiri.

Orang akan cakap laki ko baik, tak kesah ko tak masak dan ada la sesekali dia masak 2 3 kali setahun.

Tapi hakikatnya aku pun perlu keluar duit atau makan sendiri-sendiri. Tapi aku tak kesah sebab makan ayah aku cakap jgn berkira sangat.

Tapi aku jadi berkira bila dia boleh minta upah dengan aku untuk dia buat kerja dekat rumah atau aku suruh betulkan sesuatu.

Nak beli barang-barang untuk betulkan confirm la pakai duit aku tapi aku juga yang kena bayar upah dia ye. Alasan dia, dia kena cuti nak buat benda tu. Padahal dia duduk rumah tu jugak.

Dia selalu kata aku ni bertuah dapat dia sebab boleh tolerate dengan perangai aku yang keras kepala dan macam orang tua ni. Bertuah ke kalau semua benda aku yang kena fikirkan?

Sebab kan tu aku jadi banyak berdiam dan tak suka bila dia datang mengendeng aku untuk benda tu dan aku rasa tak ada perasaan dah.

Apa korang rasa baikkah suami aku ni? Atau korang ada nasihat untuk aku mungkin aku lebih berlapang dada.

– Sibolat (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *