Assalamualaikum dan hai semua. Disini aku nak berkongsi kisah hidup aku berkaitan taatnya seorang isteri.
Beberapa tahun lepas aku pernah berkahwin namun jodoh tidak panjang kerana dia memilih untuk terus melangkah bersama dengan orang lain.
Aku tidak menyalahkan dia kerana itu yang buat dia berasa lebih bahagia.
Selepas aku bercerai itu, aku lebih memilih untuk berdamai dengan takdir berbanding berdendam kerana ia lebih memberi ketenangan walaupun pada mulanya ialah sangat menyakitkan.
Pada awalnya aku menolak untuk berkenalan dengan sesiapa kerana selepas bercerai itu, aku disahkan menghidapi major depression, panic attack dan anxiety.
Ya, perkahwinan lepas benar2 mengubah hidup aku.
Pada satu hari, aku berkenalan dengan seorang gadis yang pada awalnya aku hanya ingin menolong dirinya merasa lebih baik dengan sedikit sebanyak kata semangat.
Selepas beberapa seketika aku chat dengan Beliau, tiba2 hati aku mula terusik sikit demi sikit.
Pada mulanya aku abaikan perasaan itu kerana aku takut ia hanya permainan perasaan.
Aku buat solat istikharah dan perasaan itu semakin kuat memeluk hati sehingga aku mengambil keputusan untuk berterus terang bahawa aku ingin berkenalan lebih lanjut dengan Beliau.
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dimana berkenalan dengan beliau sehingga sah digelarkan suami isteri dalam masa beberapa bulan.
Alhamdulillah, setelah hampir dua tahun usia perkahwinan ini, aku berasa sangat bersyukur kerana isteriku sangat taat, sangat baik dengan aku, bertolak ansur dan sentiasa mengambil berat mengenai diriku.
Kadangkala aku menangis kerana ada waktunya aku berasa tidak layak untuk dia kerana dia terlampau baik untuk aku.
Aku tertanya apa yang aku buat sehingga layak mendapat isteri macam dia.
Sekarang isteriku sedang sarat mengandung anak pertama kami dan aku berasa sangat bersyukur kerana aku berpeluang menjadi seorang ayah kepada seorang ihsan yang bernama anak.
Semoga aku dengan isteri mampu menjadi suami isteri yang baik untuk satu sama lain dan ibu ayah yang baik kepada anak2 kami sehingga akhir nafas kami.
Wahai buat sesiapa diluar disana yang diuji dengan penceraian.
Proses nak pulih bukan mudah selepas apa yang berlaku walaupun ia bukan ia salah kita namun ia sangat memberi kesan kepada diri kita.
Bukan mudah nak berdamai dengan takdir tetapi ia tak mustahil untuk dilakukan. Trust the process walaupun Ia perlahan.
Percaya pertolongan Allah itu sangat hampir. Jangan give up okay?
– Kemenanganku (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit