Cutting Off a Friendship

Hi nama saya Aufa, berusia 20-an. Saya kongsikan post ni bertujuan untuk dapatkan para pembaca punya insight tentang friendship saya.

Ceritanya bermula apabila saya memasuki sekolah menengah dan mengenali seseorang yang saya gelarkan Zu. Zu adalah seorang yang baik akhlaknya, lembut pertuturannya dan bagus dari segi agama walaupun datang dari sebuah keluarga yang broken.

Zu selalu cakap yang dia anggap rakan-rakan tu keluarganya sebab keluarga sebenar tak pernah kisah pasal dia.

Saya awalnya tak rapat dengan Zu, tapi Zu selalu gelarkan saya sebagai kawan baiknya. Jadi lama-kelamaan kitorang makin rapat sebab dia selalu bersama saya dan sentiasa berkongsi cerita pada saya.

Saya sebenarnya tak anggap Zu ni sebagai kawan baik sebab saya dah ada kawan yang lain. Apa-apa je cerita, saya lebih selesa kongsi dengan kawan yang lain berbanding Zu.

Lama-kelamaan Zu macam tak suka bila saya letakkan kawan-kawan yang lain sebagai main priority berbandingnya.

Contohnya bila saya reply chat kawan yang lain dulu and then baru reply chatnya atau bila kawan yang lain terlebih dahulu tahu apa-apa pasal saya berbanding dia.

Zu selalu jugak merajuk, menangis dan sayalah yang kena pujuk. Kalau tak pujuk, dia akan hantar chat panjang untuk buat saya rasa serba salah dan akan tarik muka. Jadi nak tak nak, kena pujuk sebab saya ni tak suka bergaduh lama-lama.

Lagi pulak dengan kawan sekelas, faham kan atmosphere tu macam mana, rasa macam tak tenang je.

Tapi yang bagusnya Zu ni, walaupun kitorang dalam tempoh bergaduh, dia jenis yang tak suka bukak cerita dekat orang lain. Jadi apa yang berlaku antara kitorang tu, kitorang saja yang tau.

Disebabkan Zu ni selalu sangat merajuk bila saya rapat dengan yang lain, saya putuskan untuk kurang berkawan dengan yang lain dan menjadikan dia sebagai kawan baik saya.

Fast forward, masuk tingkatan 5 saya pindah ke sekolah lain atas sebab keluarga.

Lepas pindah, saya sibuk dengan study jadi saya kurang luangkan masa dengan Zu. So, makin menjadi-jadi lah perangainya.

Tapi disebabkan saya dah tekad nak capai result yang tinggi dalam SPM, saya abaikan je perangai Zu tu.

Dia merajuk la macam mana sekali pun, saya ignore je. Lama-lama dia cool sendiri dan masa dia dah cool baru saya reply macam tak ada apa yang jadi.

Lepas dah habis SPM, Zu cakap dia harap saya boleh fokus balik jadi macam kawan dia yang dulu, tapi saya macam dah annoyed jadi saya teruskan palau dia.

Sampai satu tahap dia menangis merayu nak baiki balik persahabatan ni. Katanya saya je kawan yang dia ada.

Finally, saya jujur bagitau yang saya dah tak suka berkawan dengan dia. Dia tanya apa salah dia, saya cakap saya tak suka cara dia layan saya seolah-olah dia obses dengan saya. Respond dia macam dia faham and terima apa yang saya cakap.

Lepas peristiwa tu Zu terus diamkan diri. Dah tak contact saya. Saya pun notice dia dah tukar nombor lain. Saya hanya nampak dia punya life update melalui FB.

Zu nampak okay, dah ada kawan yang ramai dan selalu buat appreciation post untuk kawan-kawan barunya. Saya nampak dia happy, saya pun happy.

At least dia dah jumpa kawan yang sayang dan boleh terima perangainya.

Fast forward, waktu saya dah final year diploma, Zu contact saya balik. Dia tanya life update saya dan dari situ kitorang mula borak balik. Tapi tak kerap sebab masing-masing sibuk dengan university life.

Pada awalnya Zu okey je kalau saya reply lambat, tapi lama-lama dia mula balik drama dia yang dulu. Dia merajuk dan buat saya rasa serba salah.

Tapi instead of pujuk, saya ignore je. Agak-agak macam lama sangat saya ghosting, barulah saya reply.

Lama-lama saya penat nak melayan dan saya speak up lagi sekali. Saya bagitau benda sama, yang saya tak nak kawan dengan dia sebab dia clingy. Saya jugak mention dekat dia yang saya ni kawan yang toksik, better cari lain la.

Akhirnya dia faham dan dia blah. Jadi saya anggap sampai situ je lah friendship kitorang. Dan saya pun lebih bahagia bila dia dah tak contact saya.

Tapi, tahun depannya dia reached out bagitau yang dia dah nak bertunang. Saya happy la kan, dapat good news. Tapi apa yang saya tak happy bila dia nak saya sama-sama tolong dia plan majlis dan jadi decision maker.

Saya cuba menyumbang idea sedikit sebanyak tapi saya selalu mention supaya dia tanyakan jugak pendapat kawan dia yang lain sebab kitorang ni bukan kawan tapi just kenalan.

Disebabkan saya selalu sangat mention macam tu, dia cakap dia dah tak perlukan idea saya lagi sebab saya ni tak membantu. Saya masa tu betul-betul happy sebab dia dah tak nak saya.

Tapi kejap je happy, few months lepas tu dia call untuk ajak saya jadi bridesmaid dia.

Saya tolak sebab saya ada commitment kerja dan jugak saya stay jauh darinya (saya selatan, dia utara). Of course, dia kecewa. Jadi kitorang gaduh dan kemuncaknya dia block saya.

Saya rasa saya tak salah dan saya tak nak rekindle pun persahabatan tu jadi saya biarkan je dia block saya.

Then 2 days sebelum majlis perkahwinan, dia call saya untuk remind tarikh majlisnya dan nak confirmation sama ada saya datang atau tak.

Saya jawab dengan tegas yang saya memang takkan datang. Dia sedih dan dia luahkan betapa pentingnya saya dalam hidup dia.

Masatu saya rasa serba salah jugak sebab saya tak value dia betul-betul. Saya sepatutnya cuba jadi kawan yang lebih baik dan terima dia seadanya.

Tapi instead of cuba berubah, saya bagitau dia yang saya ni memang kawan yang toksik dan mintak dia untuk fokus dengan kehidupan baru dia.

Pada hari wedding, dia ada buat live fb. Saya join live tu tanda support la kan tapi saya tak comment pape.

After that kitorang dah tak bertegur sapa tapi kitorang tengok life update masing-masing melalui media sosial. Saya nampak dia bahagia dengan life baru dia dan saya bersyukur suami dia mampu buat dia bahagia.

Moving forward sebab saya rasa media sosial ni tak bermanfaat bagi saya so saya deactivate semua akaun. Yang tinggal ws dan tele je.

Few days lepas tu, Zu contact saya melalui ws. Dia tanya kenapa unfriend dia, saya cakap la bukan unfriend tapi saya dah deactivate akaun tu.

So dia tanya kenapa, tengah broken ke apa kan. Saya cakap tak, cuma saya rasa media sosial ni mentally exhausting untuk saya, jadi saya nak take a break.

Dari situ kitorang start berkawan balik, dia banyak luahkan pasal life dia, kiranya saya ni jadi tempat luahan perasaan dia lah.

Tapi kali ni Zu macam dah berubah, dia langsung tak cakap pape bila saya lambat reply, in fact dia pun reply lambat. Kalau saya declined call pun dia dah tak persoalkan kenapa.

So semuanya baik-baik aje sampailah kitorang gaduh lagi sekali sebab saya tak datang jenguk dia waktu dia pregnant dan melahirkan anak.

Saya cakap saya busy dengan kerja. Tapi dia cakap saya ni buat alasan je, sepatutnya saya try harder buat plan elok-elok mesti sempat je nak jenguk dia. Ye lah, obviously memang salah saya lah.

Dari pregnant sampai anaknya dah 2 tahun sekarang ni, saya langsung tak datang jenguk dia (last saya jumpa dia waktu kitorang tingkatan 5).

Waktu dia marah-marah, saya diam je dan mengaku memang salah saya. Btw, kitorang gaduh waktu video call, so dia end call dan habis sampai situ je conversation kitorang.

Saya pun tak cuba untuk fix apa-apa. Lama jugak kitorang tak contact. Tiba-tiba waktu hari jadi saya, dia call untuk wish hari jadi dan kitorang boraklah pasal life masing-masing sampai 3 jam lebih.

Fyi, setiap kali kitorang contact balik, kitorang langsung tak mention pasal pergaduhan yang sebelum tu. Kira macam abaikan centu je, buat macam takde apa yang jadi.

After that call, kitorang tak contact sampailah few days selepas birthday dia, dia chat marahkan saya sebab tak wish birthday dia.

The thing is, bagi saya birthday wishes/surprises ni takde makna. Tapi saya tau bagi dia, benda tu sesuatu yang penting so sepatutnya saya wish aje la kan.

Tapi chatnya tu saya ignore sampailah sekarang. It has been few months dan dia ada reply status ws saya, mungkin untuk berkawan balik tapi saya ignore jugak sebab saya rasa that’s it, saya memang dah tak nak ada apa-apa kaitan dengan dia.

The question is, am i a bad friend? Betul ke tindakan saya untuk terus ghosting dia tanpa apa-apa heads up?

Tapi kalau ghosting je, benda macam takkan settle. Tapi kalau bincang pun, next time benda sama jugak akan jadi.

– Aufa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *