Tiba-Tiba II

Untuk part I, (https://iiumc.com/tiba-tiba/).

Assalammualaikum Salam sejahtera..

Masih ingatkah lagi kisah Arwah Ahmad suami si ateh? Ateh dan anak-anak meneruskan kehidupan sepeninggalan Ahmad bersama-sama ‘ABAH’ dan kami adik beradik. Dan juga dengan keperihatinan keluarga mertua.

ABAH sentiasa berada bersama-sama kami adik beradik. (emak meninggal 19 tahun lepas). Kami masih lagi merasai keperitan kehilangan Ahmad.

Ateh mengambil cuti tanpa gaji selama sebulan. Banyak urusan hendak diuruskan ateh. Hal bank Ahmad, socso, dan epf.

Dulu ateh ada suami yang menguruskan segala komitmen bulanan. Tapi sekarang tiada lagi. Maksudnya Ateh lah yang akan mengalih tugas Ahmad.

Tapi, ABAH sentiasa cakap, “takpe orang ada” ( abah membahasakan dirinya ‘orang’. Begitu juga kami adik beradik bila berkomunikasi dengan abah).

Sabtu lepas tu adalah 44 hari Ahmad meninggalkan kami, kami mengadakan majlis doa selamat dan bacaan yassin, tahlil untuk arwah yang telah pergi. Kami 7 beradik anak-anak ABAH dapat berkumpul.

Masa tu juga si acu menyambut qatam quran anaknya dan sekaligus menyambut hari lahir. Hari tu kami 7 beradik memasak menu yang ABAH gemari.

ABAH pun nampak sangat happy pada wajahnya. Ye la semua anak cucu menantu ada. Memang semua sangat happy. Hinggalah tamatnya majlis kami.

Bila beralih ke petang, senja.. malam.. Masing-masing buat hal sendiri. Ada yang mengemas, ada yang lepak-lepak dan baring. ABAH pun dah makan malam.

Saya pun balik kerumah yang hanya beberapa langkah saja dari rumah ABAH.

Tapi malam tu saya tidur dalam kegelisahan. Dalam jam 2 pagi, ada ketukan ditingkap bilik saya. Sayup-sayup terdengar suara memanggil.

“Long.. Long… Bangun… ABAH… Ko jangan bangun terkejut Long” rupanya Si Alang yang memanggil.

Terus saya bangun.. Hati berdebar-debar.. Bangunkan suami dan anak-anak.

Bergegas kami kerumah ABAH.

YA ALLAH! ABAH kulihat terbaring kaku.

Saya mundar mandir berdoa mengharap bukanlah waktu itu untuk ABAH pergi. Adik-adik dah menangis memanggil ABAH.

Si Alang menefon ke angah untuk balik segera (ambil masa dalam setengah jam untuk sampai). Ambulance pun dipanggil.

Meratap kami melihat ABAH yang terbaring kaku. Pergelangan tangan dirasa, tiada nadi. Tapi kami menunggu yang lebih arif tiba. Saya mengigil. Ya Allah! Apa lagi ujian untuk kami?

Paramedic tiba, mereka meminta untuk bawa ABAH ke Selayang hospital untuk rawatan rapi

Maka bergegas la kami yang lain mengikut ke hospital.

Hanya ateh, anak-anak dan isteri si unggal anak beranak yang tinggal. (ateh dalam edah)

Tiba di emergency, doktor mengambil masa dalam setengah jam. Saya tiba-tiba rasa longlai tak berdaya berdiri. Suami ambilkan wheelchair.

Anak-anak tenangkan saya. Alang datang usap bahu saya.. ‘Allah sayangkan ABAH, long’..

Pecah lagi empangan airmata saya. Dalam hati menjerit mengapa ABAH pergi??. Kami masih mahukan ABAH lagi dimuka bumi ini.

Rupanya ABAH dah tiada semasa dirumah lagi. Hanya Alang, Unggal, Ateh, Acut dan Acu yang melihat ABAH melepaskan nafasnya yang terakhir.

Kronologinya.. Malam tu ABAH ada mengadu sakit dada dan meminta dibawakan ke hospital pada esoknya.

ABAH ke bilik air dan naik semula ke tempat tidurnya (ABAH tidur diruang tamu bersama-sama anak cucu) ABAH baring, batuk dengan sebutan ALLAH sebanyak 3 kali. Dan ABAH pergi.

ABAH is healthy old man. Hanya sakit demam saja. Rupa ABAH sangat muda dibandingkan dengan usia 73 tahun. ABAH seorang yang sangat menjaga amalannya.

Seorang ABAH yang tidak pernah meninggi suara ataupun mengeluarkan kata-kata kesat pada kami adik beradik ataupun dengan orang lain.

ABAH pergi dengan tenang. Kami redha walaupun betapa pilu hati ini, bagai dirobek.

ABAH, orang anggap yang ABAH sekarang dating dengan arwah Mak. Mak dah lama tunggu ABAH. Pergilah ABAH bersama kekasih hati ABAH.

Cukuplah ABAH menjaga kami. Rehat dan tenanglah ABAH disana.. Ampunkan lah dosa kami, anak-anak ABAH.

Alfatihah untuk arwah ABAH, MAK DAN AHMAD. SEMOGA SYURGA TEMPATMU…

YANG SAYANG ABAH SAMPAI MATI,

– ALONG (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *