Nama aku Nur. Berusia awal 20an. Masih muda, tapi terlalu banyak suara yang menghantui kepalaku. Maaf kalau jalan cerita berterabur, banyak sangat benda yang bermain dikepala yang tak boleh nak keluar.
Zaman budak budak / remaja aku tak seindah orang lain. Terlalu banyak kisah pahit bagi aku biar aku sorang yang lalui. Tak tahu orang lain mungkin tak sekuat macamni.
Dulu umi dengan baba berpisah atas sebab ekonomi tak stabil. Baba tinggal umi macam tu je. Aku dengan kakak? Tinggal dengan nenek sedara, tu pun atas belas kasihan keluarganya.
Lepas 5 tahun, arwah nenek meninggal. Baba ambil keputusan nak jaga aku dengan kakak. Everything was all good for 5 months. After that? Kehidupan macam neraka dunia.
Sakit dibadan tak sesakit luka dihati. Ya, sakit di hati ni kekal sampai ke besar. Jujur, banyak masa waktu aku kecil dihabiskan dengan melukakan diri sendiri.
Bayangkan, umur 7-9 tahun dah reti membenci diri sendiri, nak m*ti. Tapi apakan daya, hidup kena teruskan. :)
Pernah juga balik kepangkuan umi, tapi tertekan juga dengan sikap umi yang suka sangat mengugut, “kalau tak capai….. balik duduk dengan baba”
Lama bertahan aku mengambik keputusan untuk balik duduk dengan baba. Baba dah kahwin lain. Ada anak dengan suami lama, 2 orang.
Waktu ni pmr, hectic year. Aku lah kakak waktu ni kepada 4 orang adik (lain mak sama ayah). Kakak kandung aku time ni dah kahwin, so aku yang masih struggle sekolah.
Dah lah tertekan dekat sekolah, diberi tekanan sehabis boleh oleh cikgu, balik rumah ada banyak tugas yang perlu disiapkan.
Kalau tidak siapkan? Habislah mak tiri aku ni malukan aku depan keluarga dia. Aku pula jenis happy go lucky dekat sekolah. Tak reti nak express feeling. So cikgu anggap aku okay dengan family.
Hal yang sebenarnya? Aku sakit, berlawan dengan perkara yang aku sendiri taktahu berpunca dari mana.
Aku cuba juga fokus tapi gagal. Suara suara yang aku pernah dengar waktu aku darjah 6 kini kembali lagi. Cuma lagi extreme.
Apa yang aku boleh ingat suara tu suruh aku lari dan biar kereta langgar. Keadaan waktu tu sangat teruk, aku takde tempat mengadu.
Takde telefon, bayangkan aku seperti ada diri aku je, aku takde tempat untuk menyuarakan pendapat aku. Aku orang nya banyak cakap. Tak henti mulut bergerak apabila dengan orang yang tepat.
Seminggu sebelum pmr, aku dengan mak tiri aku ada berselisihan faham.
Aku cuma harap dia tak membesarkan keadaan waktu tu tapi aku silap. Itu bukan dia, dia memang akan hebohkan perkara ni.
Aku lalui seminggu dengan banyak luka di tangan yang belum sembuh, tapi tertikam lagi.
Pmr dihabiskan dengan fikiran bercelaru “nak m*ti” setiap masa. Aku hampir berjaga seminggu kerana perasaan dan suara itu menghantui aku.
Habis je pmr, aku ambik tiket bas balik ke pangkuan umi. Menangis tanpa suara. Paling sakit. Sakit. Umi seolah olah tahu dan ada instinct tentang semua ni.
Umi cuma tanya satu soalan, “kakngah nampak serabut, ada apa apa yang umi taktahu yang terjadi kat sana?” menangis teresak esak.
Umi cuma menyesal melepaskan aku tanpa fikir panjang melalui 1 tahun yang ibarat seperti neraka dunia. Aku akui, aku juga tak mampu menolak takdir.
Aku pernah terdengar ayat, “before they bite, they bark”. Baba tak memukul, dia cuma mengugut untuk memukul.
Mak tiri aku pulak dera mental dan fizikal aku. Aku mengaku, umur 15 bukan senang untuk di handle. Jiwa remaja membara.
Aku bersyukur akhirnya aku keluar dari kepompong yang sangat sakit ni. Umi ada usaha untuk refer hospital dan berubat kampung, tapi berubat kampung tak berjaya.
Kalau refer hospital, aku rasa therapist doesn’t work. Ubat masih on, makan tapi some days will be gloomy. Aku tak rasa nak hidup,
Aku rasa aku mati tapi aku boleh bernafas. Aku masih diganggu suara suara halus yang berunsur b*nuh di*i. Banyak kesan luka di badan.
Setiap kali tertoleh dekat kesan luka, mesti akan cakap dekat diri sendiri “kau kuat sangat. Orang lain belum tentu kuat” banyak sangat nak cerita. Tapi kalau nak cerita detail kena ada part 2 hahahaha.
Kepada parents, dont be too harsh on your kids. Diorang tak minta nak dilahirkan, parents perlu faham perubahan zaman dari zaman u and ur kids.
Hati budak sekarang tak sekental hati parents. Even the ustaz cakap kena didik anak mengikut peredaran zaman kan?
Jangan nanti anak dah depress, dah kantoi tor*h tangan baru nak sedar. Aku cakap ni sebab aku sendiri sekarang tengah struggling.
Parents takkan tahu banyak mana perkataan dan kejadian yang terjadi atau disebut bermain dalam kepala dorang. Sakit dalam jiwa ni tak sesakit badan yang dipukul.
Jadi lah ibu bapa yang faham anak anak, yang tak membuatkan anak rasa terbeban dengan kelahiran mereka :’)
– Nur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit