Aku Mia, aku nak kongsikan tentang dia di masa laluku.
Dulu aku pernah mencintai seseorang dengan sepenuh hati. Aku sayang dia sangat-sangat dan aku sejenis yang suka memberi kepercayaan kepada pasanganku sebab aku bukan seorang yang mengongkong.
Tambahan pula aku seorang pelajar, ada yang lebih penting dari overthinking. Kan? Dan dia pula bekerja.
Kami berbeza dunia (belajar dan kerja) namun, hati kami sama. Aku bukan seorang yang clingy dan aku faham kepenatan orang yang bekerja. Pergi pagi pulang malam.
Berbeza dengan aku yang hanya sibuk menghadiri kelas yang kurang dari 6 jam sehari. Namun, kami masih ada masa untuk contact each other.
Kata orang, langit tak selalunya cerah. Kepercayaan yang aku berikan telah disia-siakan. Semua ini terjadi semasa aku sedang cuti panjang.
Suatu hari, tiba-tiba dia menyepi. Tiada khabar berita dan panggilan telefon darinya.
Aku tetap menunggu dan memilih untuk tidak menggangunya. Mungkin dia sedang sibuk. Walaupun hatiku berkeras juga ingin menelefonnya tapi aku tahan perasaan itu.
Masuk hari kedua, dia masih menepi. Pelbagai persoalan mula bermain di fikiranku. Aku menghantar pesanan namun sampai ke malam tidak dibalas. Risau. Ye, aku risau.
Keesokkanya, aku terus menghubunginya dan menanyakan semua persoalan.
Jawapan dia, dia sibuk. Terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk membuka telefon.
Aku mula curiga. Dua hari menghilang tanpa berita dan dia mahu aku terima jawapan yang dia sibuk?
Kami sempat berdebat sehingga dia memutuskan untuk mengakhiri hubungan. Semudah itu?
Hanya kerana sibuk, dia ingin mengakhiri hubungan yang telah terjalin selama 2 tahun. Ke mana hilang waras akalnya? Aku terdiam. Setuju tidak, membantah pun tidak. Aku kecewa.
Namun, jauh disudut hatiku, aku merasakan ada sesuatu yang disembunyikan darinya. Jika benar dia sibuk, aku akan memahaminya. Tetapi jika sebaliknya, biarlah karma yang mengajarnya.
Akhirnya, kami berpisah. Hubungan yang terjalin selama 2 tahun hanyalah sia-sia. Sedih. Tidak kusangka ini penghujungnya.
Seminggu aku menangis, tak lalu makan dan aku banyak termenung. Tiada siapa yang mengetahui tentang hubungan kami dalam keluarga aku.
Ye, aku menjalinkan hubungan percintaan secara senyap-senyap atas beberapa sebab.
Dan kini, aku harus menelan rasa pahitnya ditinggalkan, seorang diri. Betapa tersiksanya aku bila mana aku harus menyembunyikan rasa sakit ini dihadapan keluargaku.
Abi, ketahuilah bahawa hati anakmu sudah dilukai. Sakit abi, sakit sangat.
Aku merancang untuk memperkenalkan teman lelakiku kepada keluargaku pada tahun akhir pengajian, namun tidak kesampaian. Apa yang dirancang kini musnah dan hancur.
Seminggu kemudian, aku dapat tahu yang dia dah berpunya. Aku terkedu. Sakit, marah, kecewa, semuanya bercampur. Dan aku menangis lagi.
Sakit sangat bila orang yang kita sayang kini bahagia bersama orang lain. Semudah itu kau mendapatkan penggantiku.
Sedangkan aku? Jika benar aku dihatimu, tidak semudah itu kau mendapat penggantiku.
Aku cuba berdamai dengan takdir dan memulakan hidup baru. Aku buka buku baru dan halaman baru tetapi aku belum membuka hatiku sehinggalah …
– SEKETUL MIA (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit