Suami aku merupakan anak lelaki tunggal dalam family dia, adik beradik dia yang lain semua perempuan.
Bila aku putuskan untuk berkahwin dengan suami aku, bermakna aku automatik akan menjadi satu-satunya menantu perempuan dalam family dia.
Dalam family semua aku, hampir semua ahli keluarga dia berpelajaran tinggi, berpendapatan tinggi, dan berjawatan kecuali suami aku.
Suami aku ni jenis tak rapat even dengan family sendiri sejak dulu lagi. Bagi dia, dia dah terbiasa menyendiri.
Bapak dia lebihkan anak perempuan berbanding anak lelaki lagi-lagi bila dia tu anak satu-satunya lelaki, dia memang diajar untuk berdikari.
Tapi lain pulak dengan cerita pasal mak dia a.k.a mak mertua aku. Mak mertua aku seorang ibu bekerjaya dan berpendidikan, dia berdisplin, berdikari, tegas dan dia adalah contoh ibu terpaling A+++.
Dia tak bagi apa yang anak dia hendakkan, tapi dia bagi apa yang anak dia perlukan.
Anak-anak dia sangat respect kat dia and bila diorang semua berumah tangga, macam-macam tips and nasihat mereka cuba dapatkan dari mak mertua aku ni termasuklah about parentings.
Mak mertua aku ni by the way jenis yang suka bagi nasihat, bukan jenis yang suka control hidup anak-anak dia, dan pendengar yang baik.
Bila aku masuk dalam family mereka, aku hormat masing-masing macam family aku terutama mak mertua aku. Aku harap dia boleh layan aku macam anak-anak dia tapi….Aku silap.
Tahun pertama aku bergelar isteri, masa tu Allah berikan aku dengan suami rezeki zuriat awal, jadi masa tu aku hamil. Hamil yang orang tua kata “bunting pelamin”.
Jadinya majlis khawin kami hanya dibuat untuk pihak perempuan sahaja sebabkan dah pregnant sebelum majlis persandingan belah lelaki yang dijangka akan dilangsungkan beberapa bulan selepas pihak perempuan.
Nak buat macam manakan rezeki? So majlis sanding pihak lelaki tu cancel. Masa dapat tahu aku pregnant tu, mak mertua aku lah satu-satunya manusia yang terpaling happy.
So aku tak expect yang dia kemudian hari dia akan buat aku jadi “trauma” dan cuba mengelak dari berjumpa dia macam sekarang ni.
Bila anak aku lahir tu, benda pertama aku buat is letak jawatan. Why? Sebab aku rasa dah tiba masanya aku letakkan ego aku as seorang ibu.
Ya, aku sayang kerja dan jawatan yang aku ada. Dan aku akui bukan senang nak dapat jawatan tu. Tapi…Aku lagi saya mental health aku dan anak aku.
Sekarang masalah aku is mental health since kerja sebagai engineer ni tak mudah, ada masa kena pergi site even bukan waktu kerja sebab nak settlekan issue.
Kalau nanti aku terus bekerja, mesti aku tak ada masa untuk anak and husband or mak bapak aku yang kat kampung. Keputusan aku dikuatkan lagi dengan isu pengasuh, aku tak nak sebabkan aku pentingkan kerja, nyawa anak aku dihujung tanduk.
Bila mak mertua aku dapat tahu aku letak jawatan, dia terus call and whatsapp aku. Dia tawarkan diri untuk jaga anak aku yang baru lahir dengan syarat dia tak nak aku letak jawatan.
If aku dah letak jawatan pun, dia nak aku cari kerja lain secepat mungkin. Soal anak aku pulak, dia akan jaga anak aku kat kampung.
Aku ada bagi tahu dia yang aku tak boleh nak terima tawaran dia, tapi aku tolak lah dengan cara baik atas alasan aku sendiri.
Aku sayang anak aku, lagi-lagi ni anak sulung. Aku tak banyak ilmu parenting tapi aku tahu bahawa semakin dekat anak tu dengan ibunya, makin bertambahlah naluri seorang ibu dan ilmu sebagai ibu bapa.
Aku pun nak make sure anak aku dapat menyusu badan sampai umur 2 tahun. Aku akui yang masa aku lepas bersalinkan anak first, aku alami pospartum depression, tapi tak lah teruk sangat. Still boleh kawal. Aku tak bagi tahu sesiapa pun even suami.
Tapi….. Satu hari tu, suami ajak aku bincang about anak. Aku pun okay lah, turutkan jer.
Then dia cakap pasal postpartum depression yang aku alami tapi guna term yang a bit buat aku terasa “gila meroyan”. Dia cakaplah bahayanya fasa ni untuk ibu lepas bersalin, dia takut anak akan jadi mangsa.
So, untuk elakkan semua benda tak diingini dari berlaku, dia nasihatkan aku untuk bagi mak mertua aku tu jaga baby tu.
Aku mula-mula tu rasa macam aku ni perempuan bertuah sebab ada suami yang faham keadaan aku, tapi tu sekejap jer lah sebelum dia sambung ayat dia.
Dia bagi tahu aku yang mak mertua aku tu cakap kat dia aku ada call ans whatsapp mak mertua aku tu tak berhenti siap nangis-nangis mintak tolong jaga anak sebab aku tegah tak tenteram, gila meroyan kot bukan benda main-main.
Aku terus nafikan benda tu since betul lah, mana ada aku call or whatsapp mak mertua aku paksa-paksa dia jaga anak aku. Pasal postpartum depression pun aku pendam sorang-sorang.
Hmm… Bila aku nafikan benda tu, auto suami aku terus melenting. Dia ingat aku nak cakap yang mak dia tu menipu walaupun hakikatnya ya. Dan seminggu jugaklah suami aku tu tak bertegur dengan aku.
Seminggu lepas tu, aku alami demam yang panas sampaikan aku tak larat nak buat apa, tapi aku gigihkan diri untuk bagi anak susu, and tukarkan pampers dia. Bab mandikan tu aku tak sempat.
Tiba-tiba husband aku balik dia terus naik angin. Yelah, anak tak mandi padahal dah malam kot.
Aku cakap lah aku demam apa semua and aku mintak tolong dia mandikan. Yaaa… Dia mandikan anak kami, tapi dia bising-bising lah.
Semua kata-kata dia terlalu berat aku terima seperti, “Kalau tak larat nak jaga anak tu, hantar jer lah kat mak. Atleast awak tu terjaga, anak tu pun terjaga. Ni tak, degil. Ingat badan tu dah sihat sangat lah tu. Last-last jadi lah macam ni. Awak ke mana, anak ke mana”.
Aku hanya mampu diam dan tahan air mata masa tu. Ke esokkan harinya, bila aku tersedar dari tidur, aku tengok anak dah tak ada kat sisi aku. Aku ingat husband aku tolong mandikan anak yelah masa tu aku bangun agak lewat.
Aku nampak husband aku tengah bersiap nak pergi kerja dan anak tak ada pun dengan dia. Aku tanyalah “Abang, anak kita mana?”.
Dan dengan muka yang tak ada perasaan tu dia cakap,
“Oh, malam tadi mak ayah datang. Abang ada try kejutkan awak, tapi mak kata tak payah kejutkan awak since awak pun demam kan. So diorang pun bawaklah anak balik kampung. Diorang bukan apa, kesian tengok awak macam tu”.
Maka berderailah air mata yang aku tahan selama ni. Aku bangun-bangun anak dah tak ada kat sisi. Kalau kampung tu dekat macam kat sebelah rumah aku tak kisah, ni aku duduk Johor, kampung tu kat Kelantan.
Macam mana aku nak drive dengan keadaan macam ni semata-mata nak bagi anak susu badan. Tiba-tiba suami aku boleh tambah lagi ayat, “Pasal susu anak tu awak jangan risau, nanti mak carikan susu formula apa yang sesuai dengan dia”.
Aku nak anak aku susu badan! Dia anak aku! Dia berhak dapat benda tu! Kenapa pisahkan aku dengan anak?!
Dan beberapa bulan lepas tu aku masih tak bertegur dengan suami aku. Suami adalah pujuk, dia suruh aku video call mak mertua aku untuk tengok anak tak pun dia sanggup hantar aku balik kampung untuk jumpa anak.
Dia tak tahu, sebelum dia cakap macam tu aku dah try call mak mertua aku berkali-kali semata-mata nak tengok anak.
Whatsapp tanya khabar anak pun dah aku buat, tapi yang aku dapat hanya harapan dan hati yang hancur. Mesej aku dia bluetick jer. Video call aku dia reject.
Tapi aku tak cakap benda tu kat suami since aku tahu nanti akan ada persalahfahaman macam sebelum ni. Dan adalah sekali seminggu tu mak mertua aku akan video call suami, dia bagi suami aku tengok keadaan anak.
Bila aku join video call tu, auto riak muka dia terus berubah. Kadang dia call jer suami aku, dia nasihatkan suami aku suruh aku tu call dia tanya pasal anak.
Dia siap cakap, “isteri kau tu mak tak faham lah. Kata sayang anak, tak ada pun nak whatsapp or call mak. Dia sibuk ke? Tapi diakan dah letak jawatan, bukan ada benda lain pun dia nak rushing2”. Annoying kan?
Kalau aku ada kekuatan untuk buktikkan yang berapa banyak whatsapp aku tentang anak yang dia bluetick, and berapa banyak video call aku yang dia reject, mesti dia malukan?
Benda tu berlaku sampai lah anak aku masuk usia 7 bulan. Sepanjang 7 bulan tu, aku adalah balik kampung sebabkan events keluarga. Aku ni bukan jenis mak yang tak kisah pasal anak okay, mainan dia, barang keperluan dia, semua aku beli by duit simpanan aku.
Cuma aku tak ada kesempatan nak bagilah sebab setiap kali aku try nak bagi, mesti mak mertua aku akan cakap yang aku ni beli benda yang sebenarnya anak aku tak perlukan..
Pluss macam-macam lagilah ayat dia untuk reject barang yang aku beli tu dari terus sampai ke anak aku even masa tu aku dah bertentang dua mata dengan dia sekalipun.
Adik beradik suami aku setiap kali events keluarga, mesti diorang akan jeling-jeling aku macam aku ni buat jenayah. Lepas tu perli-perli aku about anak aku. Aku tak tahu apa yang diorang tahu about aku, tapi aku yakin semua tu datang dari mulut mak mertua aku.
Sebelum ni layanan adik beradik suami okay jer kat aku, tapi semua berubah sejak anak aku mak mertua aku jaga.
Last-last aku cakap dekat mak mertua aku depan suami and depan adik beradik yang lain,
“Mak, saya datang ni bukan semata events keluarga jer tau. Saya nak ambik anak saya, nak bawak dia tinggal dengan saya. Lagi pun ibu ayah saya selalu tanya pasal anak. Anak ni kan cucu diorang jugak”.
Dan aku nampak muka dia yang dari tadi tersenyum tu terus berubah.
– Faridah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit