Adab Bersama Mayat

Hi Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani reader IIUM Confession sekalian. Aku bosan ni, tengah meeting hari ni so alang2 aku nak acah2 bercerita sikit pasal good old days gitu.

Sebelum tu mau kenalkan diri dulu. Boleh panggil aku Mark (bukan nama sebenar). Sekarang ni kerja sebagai doktor perubatan di klinik kesihatan di sabah.

Ni aku nak cerita sikit pasal pengalaman dulu2 ni, masa elektif posting forensik selama 1 minggu di salah satu hospital besar di Malaysia.

Kalau pasal forensik ni terbayang mayat2 macam2 rupa, ada yang sempurna ada yang terburai, campur cerita pasal roh2 tak aman semua kan. Tapi cerita ni tak la seram sangat pun. Kot.

Aku dari kecik lagi berminat dengan bidang forensik ni, mainly sebab kemisterian yang ada pada bidang ni sendiri, dan aku suka berseorangan, so mayat2 ni kadang rasa macam kawan2 lak haha.

So bila dapat join elektif posting forensik ni melompat la aku kan.

Tapi masalahnya kawan2 aku yang ikut sama ni tak berminat, langsung, entahlah takut badi mayat ke geli ke aku tak tau.

Jadi kalau perlu hantar wakil untuk join forensic session hands on, aku saja la yang jadi wakil student uni kami ni.

Diorang ni lepak tepi je silang kaki sambil tengok aku bekerja. Tapi at least lepas tu diorang semua tong2 duit belanja aku makan campur belanja duit sewa hotel seminggu tu, so ‘pengorbananku’ berbaloi la kan haha.

Sebelum tu, apa jobscope wakil student?

Kami akan tolong doktor forensik potong mayat tu, dari kepala, dada dan badan, then ambil organ2 mayat tu macam otak, hati, semua tu lah, then timbang setiap organ tu sambil diperhatikan wakil polis dan doktor.

Bau mayat bergantunglah, kalau baru meninggal dia tak ada beza sangat dengan masa melapah daging korban, tapi kalau mayat yang dah lama tu haa baunya Ya Allah, kau pernah bau bangkai haiwan kat tepi jalan tu?

Baunya berkali2 ganda lagi ‘harum’, kalau kau bau sekali sumpah kau akan ingat sampai mati. Sori gruesome sikit tapi perlu diceritakan lah kan.

Lepas tu kami akan buat pelaporan, mainly pasal kecederaan mayat, berat setiap organ mayat tu dan punca kematian gitu.

Kebetulan bukan kami satu universiti saja yang join elektif posting ni, ada juga 2 lagi uni yang buat attachment pada masa sama.

So setiap kali ada mayat yang perlu dibedah, satu student akan jadi wakil untuk setiap uni, so ada 3 wakil lah kan.

Yang bestnya semua wakil lain ni gegirl, cantik2 pulak tu.

So dengan status single aku ni masa tu (masih single sekarang hokayy), aku pun acah2 hero la masa tu. Semua prosedur aku buat, diorang cuma pegang sikit2 saja, aku harap diorang impressedlah kan.

Nak dijadikan ceritanya, hari tu ada satu mayat baru sampai bilik forensik. Kesnya ada satu orang tua ni dijumpai meninggal di rumah, dah 2 minggu meninggal baru orang kampung perasan.

Mungkin orang tua ni geng introvert macam aku kot masa dia hidup, tak tau lah. Dia meninggal masa duduk atas kerusi kayu yang design lama tu.

So masa dijumpai tu mayat tu kaw2 melekat di kayu kerusi tu macam gam uhu, dan tak dapat dipisahkan.

So apa unit forensik buat? Diorang angkut mayat tu sekali dengan kerusi tu weh masuk bilik forensik, mayat tu still steady dengan posisi duduknya tu. Bau dia jangan cerita lah weh pehhh.

Oh lupa, dalam bilik forensik ni sebenarnya ada satu lagi kubikel dalam tu yang macam kedap udara, especially so that mayat2 yang dah berulat ni akan dibedah dalam kubikel tu dan baunya tak merebak sampai keluar hospital.

Doktor forensik satu orang ni mencari2 lah satu wakil student untuk ikut dia masuk kubikel tu. Tapi tak ada satu pun yang sanggup, termasuk aku. Aku rasa kalau aku masuk kompem muntah hijau on the spot.

Tapi yelah masa tu aku nakal kan, so kami dengan kurang ajarnya sempat lagi buat lawak sambil gelak2, yelah mau buang rasa mual dan nervous kan, sambil kitorang acah2 mau muntah ramai2.

Ye tau tak appropriate, tapi kami noobs lagi masa tu, sori lah kan.

Doktor tu nampak aku yang paling galak menyakat masa tu, apa lagi terus dia panggil aku.

“Kau, sini.”

“Saya ke doc?”

“Ye kau, aku nak kau datang sini sekarang”

Aku dah cuak dah, macam marah je member ni huhu. Padan muka aku. Aku jalan la dekat dengan dia. Terus dia tarik tangan aku.

“Kau ikut aku masuk kubikel”. Mati.

Kami masuk, Doktor tu tutup pintu kubikel. Pehh berpinar kepala otak weh bila bau semerbak kasturi tu. Tapi tak habis lagi, pintu tempat kami berdiri masa tu ada lah dalam 4 meter dari mayat tersebut.

“Kau pergi berdiri sebelah dia sekarang. Cepatt”

Ambik kau gelak2 lagi kan dah kena. Aku pun terpaksalah ikut je arahan macam anak ayam. Aku berdiri la sebelah mayat tu. Okey lagi kot.

Tahan nafas, tahan nafas.

“Sekarang aku nak kau rapatkan muka kau dengan atuk tu. Renung mata dia dalam2”. Like whatttt. Gurau kasar nampak.

Aku tau niat si doktor ni nak buat aku muntah. Okey i will show you that this is nothing. So aku pun ikut jelah, sambil tahan nafas, kau tau aku masih tahan nafas dari start masuk kubikel tu sampai sekarang.

Sebab tu aku still boleh maintain macho haha. So aku pun ikut je la, aku rapatkan muka aku dengan muka atuk tu, tapi tak la rapat sangat kan. Busuk dan seram.

“Lagi. Rapat lagi”

“Lagiiii !!!”

“Ok cukup.”

Sekarang jarak hidung aku dan mayat tu dalam 5 jari saja. Mayat tu punya rupa kan sebijik macam ada satu topeng muka tu namanya ‘the Scream’, kalau tak silap, cuma tambah pakej ulat2 menggeletik di seluruh muka. Cer gugel la kalau rajin.

Dia punya mata tu reput sampai termasuk dalam soket mata tu, nampak saaangat hitam dan mengerikan.

Aku face tu face dengan mayat tu selama lebih kurang 10 saat agaknya, yelah agak je la mana ada timing kan. Then doktor tu kata “okay cukup. Sini kau balik”. Fuhh nasib baik, kalau dia suruh aku cium atuk ni memang aku nangis.

Berlari aku pergi kat doktor tu, aku dah tak boleh tahan nafas dah, sikit lagi paru paru aku nak kong. Sampai kat doktor tu aku lepas nafas dengan penuh lega, aku rasa timing aku tahan nafas tu boleh masuk rekod dunia kot.

“Boleh tahan gak kau eh, at least tak muntah, berbakat kau ni hahaha” bakat atuk kau. Aku buat report SISPAA karang haa.

Masa tu jugak aku dibebel oleh si doktor tu, pasal adab bersama mayat lah apa lah. Sori lah aku mana ada belajar adab bersama mayat ni masa subjek PAI sekolah menengah.

Kasar jugak doktor ni eh mau beri pengajaran, tapi yelah dari awal lagi salah aku sebenarnya. Ok lah pengalaman, boleh cerita kat anak cucu nanti.

Keluar je bilik forensik, pergi tandas, aku muntah hijau, sebanyak banyaknya. 3 hari tak selera makan, sampai aku takut aku kena badi mayat sudah masa tu.

Tapi tak lah, biasa saja ni. Esoknya aku join balik bedah mayat hahaha. Dan minat aku terhadap forensik tak berkurang pun malah makin mendalam.

Mungkin dalam setahun dua ni aku nak minta ditukarkan ke bahagian forensik kot. Doakan ye.

Thank you. Dah dah la tu, mau fokus meeting ni. Bye bye.

– Mark (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *