Tinggalkan An4k Aku II

Untuk part I, (https://iiumc.com/tinggalkan-an4k-aku/).

Assalamualaikum dan salam hormat kepada semua pembaca, yang memberi nasihat, teguran dan semangat pada post saya di part I.. Saya amatlah menghargai setiap satu nasihat, semangat yang diberikan.

Keadaan saya sekarang, masih berjuang bersama suami mempertahankan rumah tangga.

Hingga kini, kami dah berubat merata, ada yang saya cari, ada yang suami cari. Boleh katakan 10 perawat kami pergi, 9 dari itu cakap perkara yang sama.

“Orang yang menyihir saya adalah orang terdekat, orang ni ada ilmu tuntutan (ilmu hitam) dan belaan dia sendiri, orang ni bukan pergi ke dukun / bomoh kemudian bayar sejumlah wang untuk hantar pada saya. Tak. Orang ni hantar belaan dia sendiri.”

Saya tahu, perawat tidak akan memberitahu siapa pelaku tetapi perawat yang kami pergi semuanya terpaksa memberitahu sebab jika tak bagitahu, akan berlaku lagi mudarat.

Beberapa nasihat, amaran diberikan pada suami seperti, “jangan balik kg buat masa ni, kalau kamu balik, isteri kamu akan lagi teruk sebab orang ni adalah orang terdekat kamu sendiri”.

Bukan 1 perawat, bukan 3 perawat, malah lebih dari 3 perawat nasihatkan yang sama.

Kenapa kami pergi banyak2 perawat? Sebab kami sendiri tak percaya, tak boleh terima hakikat bahawa pelakunya (si penyihir) adalah ibu mertua aku sendiri.

Sekarang, aku hanya fokus pada 1 perawat sahaja yang sangat baik, amat membantu.

Keadaan aku? Sangat teruk. Makin hari, makin teruk tapi aku tetap takkan putus asa untuk ikhtiar kerana aku yakin, setiap saat minit yang terjadi pasti bersebab dan semua atas izinNya.

Yang paling menyedihkan, bila perawat cek suami aku, suami aku clear, sihir ni memang khas ditujukan pada aku tetapi perawat cakap pada suami,

“Awak ni dah diberi makan kotor dari kecil, awak ni dah ditanam untuk tunduk dan patuh pada dia. Adik beradik awak pun sama”.

Ya suami mengiyakan kerana sepanjang hidup dia, dia memang amat susah untuk bercakap TAK pada ibunya. Suami sebak.

Suami cakap pada perawat, patutlah sepanjang ayah saya hidup… , perawat sambung, “masa hidup ayah kamu macam orang bodoh kan”. Suami angguk.

Aku? Tak tahu nak kata. Semangat aku makin jatuh. Muka aku, teruk. Makin gelap, kusam, berjerawat besar sedangkan aku bukan jenis berjerawat.

Setiap kali tengok cermin mesti aku sedih. Aku sedih Ya Allah. Aku sedih. Aku berubat, ustaz akan tarik jin jin ni keluar.

Boleh katakan setiap 2 hari aku akan pergi dan setiap kali pergi, penuh 1 badan. Penuh. Penuh hingga di kuku, tengkuk, merata semua ada. Takde satu tempat yang ustaz cek, tak ada.

Ustaz bantu keluarkan. Lusanya, aku sakit balik. Aku sakit balik.

Aku kadang putus asa, aku pergi pada perawat lain, pun sama bantu aku, keluarkan semua yang ada. Tapi lusa jin di badan aku penuh lagi.

Kadang tak tunggu lusa, sehari je dah penuh balik.

Bila penuh atau semakin penuh, muka aku terus merah gelap, aku jadi pemarah, jerit, panas tanpa sebab, badan aku terasa dicucuk aku terbaring tak boleh buat apa terutama asar ke maghrib. Lama2 aku belajar untuk kontrol sikit demi sikit.

Aku tanya ustaz , kenapa ustaz, kenapa macam ni, kenapa ustaz dah bantu keluarkan, dia datang lagi.

Katanya sebab si penghantar ni hanya baca mantera dan sihir ni akan sampai pada aku. Aku? Tak percaya. Langsung tak percaya. Aku pergi cari lagi perawat baru tuk ubatkan aku.

Tetap, esok lusanya aku sakit lagi. Aku tanya perawat tu kenapa, tetap sama, dihantar melalui angin, hanya seru dan hantar.

Ya aku tahu, aku sendiri kena bantu diri aku. Aku tingkatkan amalan aku. Aku amalkan 3 Qul, aku amalkan Al Baqarah terutama 102, dan macam2 lagi. Aku fahamkan setiap satu maksud dan jalan ceritanya.

Aku yakin, aku tahu, semua yang terjadi ni bersebab tapi percayalah, aku hanya manusia biasa, kudrat aku sama macam korang semua wahai pembaca. Kadang2 aku tak kuat. Aku tak kuat.

Aku baru mulakan kerja di tempat baru, setiap minggu pasti ada hari yang aku terpaksa cuti.

Aku memang susah nak kerja. Badan aku sakit, aku boleh rasa setiap satu jarum dicucuk2 di seluruh badan aku terutama alat sulit.

Gangguan di rumah dah biasa jadi, aku dah biasa tengok sinki terbuka tiba2 depan mata, aku dah biasa tengok barang aku dekat almari tiba2 jatuh semuanya serentak sedangkan kipas tak buka, hanya air cond. Aku bukan guna almari lama.

Aku dah lali badan aku bercakar penuh di kaki, di badan. Mental aku? Tak kuat. Tak kuat. Suami semangat utama aku.

Aku tanya pada perawat, kenapa DIA buat macam ni, apa salah aku. Perawat cakap, dia tak boleh terima anak dia kawen, dia merasakan kasih sayang dia dirampas. Dia dah cuba pisahkan korang dari sebelum kahwin, tapi tak dapat.

Ya depan aku mak mertua aku sangat baik, sangat ramah, sangat penyayang. Aku tak sangka disebalik sifat dia, itu niatnya. Pahit untuk terima tapi itulah kenyataan.

Sejak aku sakit, mak mertua sering hubungi suami untuk tanyakan keadaan aku. Apa pesanan dia pada suami?

Dia pesan sambil marah, jangan pergi berubat, tu semua syirik, tolong dengar cakap, jangan pergi berubat, tu semua syirik! Syirik!

Mungkin semua yang terjadi ni untuk buka mata suami supaya tahu siapa DIA sebenarnya dan apa yang jadi pada adik beradiknya.

Aku tahu, semua yang jadi ni Allah nak uji aku dan tuk aku tingkatkan amalan aku jadi lebih baik dari sebelum ni. Doakan aku untuk kuat.

Doakan rumahtangga kami berkekalan hingga ke jannah.

– MRYL (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *