Kisah aku nak cerita ni jauh pada kes yang tengah hype ni. By the way, aku kenalkan diri sebagai Nasi, sebab apa nasi. Sebab aku ni nampak je garang. Tapi aku mudah lembut hati.
Aku perempuan dah kawen and ada anak 5 orang. Of course semua detail tu tipu. Tapi aku betul ada anak ramai berbanding adik beradik aku. Aku juga bekerja. Dah ada rumah sendiri, kereta sendiri, motor sendiri.
Boleh dikatakan apa yang aku impi masa aku kecik, aku dapat. And semua tu atas usaha aku laki bini.
Aku start kerja dari umur aku 16 lagi. Sampai sekarang umur dah 30an masih rajin bekerja hakiki dan part time. Aku jenis tak boleh tak keje.
Time belajar pon aku keje. Aku tak nak susahkan mak ayah aku. Aku rasa lah, tapi mak ayah aku still jalankan tanggungjawab sebaik mungkin, especially mak aku.
Headline berita yang tengah hype tu “Anak bunuh ibu bapa sebab sering disebut “TIDAK MEMBANGGAKAN””
Tapi ada ya berlaku di realiti masyarakat kita. Ramai ya yang menyalahkan ibu bapa mulut celupar, lancang, suka downgrade anak.
Aku nak cerita sudut pandang anak yang tak membanggakan tapi tak menyusahkan ni hidup dikalangan anak yang tidak membanggakan dan menyusahkan?
Tak membanggakan takpe lagi. Ni dah la tak membanggakan. Menyusahkan pulak. Suka ikut kawan. Mudah terpengaruh. Dari start berkawan tingkatan 3 4 start tak nak sekolah.
Alasan family broken. Broken ke kalau mak ayah kau kerja dari pagi sampai petang je pon. Malam ada kat rumah. Kau boleh makan sama-sama.
Tengok tv sama-sama. Kalau takde malam pon. Time kerja shift malam.
Tiga empat bulan sekali ada la jugak kau berjalan ke pantai ke, sungai ke piknik. Tiga pat bulan sekali ada juga makan KFC, Family Mart bagai. Hah tu samyang harga RM24 lebih tu.
Kau beli juga kan? Maksudnya apa yang kau nak. Memang bukan semua kau dapat.
Tapi ada je yang kau dapat tak. Cuma TAK SEMUA!!
Semua tu kau ingat duit jatuh dari langit?? Semua tu hasil mak ayah kau yang kau cakap takde kat rumah tu la.
Pergi kerja. Bila dinasihati. Melawan.
Suruh kerja. Tak nak kerja. Tapi bab mintak duit mak ayah ah, dia lah nombor satu.
Nak makan have², ngikut kawan. Sedap sesaja. Free sesaja.
Bila orang tak bagi. Mula cakap orang pilih kasih. Bila ada anak yang tak dibanggakan tapi tak menyusahkan mak ayah ni tegur.
Cakap orang tak faham keadaan. Hidup memang malang. Tiber nak anxiety lah bagai.
Rasa nak cepuk je kepala tu biar betul² sewel. Senang, ada akad OKU dapat juga elaun bulan². Tak susah mak ayah kau nak membela biawak hidup macam kau.
Mulut mak ayah ye memang kena jaga. Jangan celupar. Tapi kau pon sebagai anak.
Ada otak kan, ada akal kan. Fikir la. JANGAN SUSAHKAN ORANG TUA.
Diorang yang memang dah susah. Nak cari makan pon susah wei. Ingat kau dah besar.
Kurang lah sikit susah. Eh berbini, berlaki pulak. Kerja tak nak.
Sekejap-sekejap berhenti. Alasan tak sesuai dengan jiwa. Eh, ni bukan dunia khayalan dunia impian ciptaan kau.
Nak sesuai ikut sedap tekak kau je. Kau ingat kau berhenti terus dapat 3k 4k dalam tangan kau nak survive sementara nak dapat kerja baru?
Mak ayah kau juga yang kena tanggung duit minyak duit makan kau lepas tu. Tu pon kalau kau terus dapat. Kalau tak? Kerja nak tido aje kat rumah tak reti nak bangun pegi cari kerja ke tolong masak ke apa.
Ah laki pompuan sama je. Kau tak reti masak, tak reti kemas rumah. Tak guna je aku tengok.
Takde pilih bulu kat mata aku. Dah beranak pinak. Dicampak anak tu bagi mak ayah yang tua tu pulak jaga.
Mana tak celuparnya mulut orang tua tu nanti. Tak orang tua. Orang sekeliling kau yang celupar.
Ni part aku pulak. Orang bersifat macam ni terutama namanya adik beradik. Aku harap ada ya dia baca semua yang aku tulis ni tapi aku rasa sekadar angin lalu je, mungkin.
Dia rasa, kau bebel la macam mana pon. Bukan kau membantu dia bagi duit nak berubah ke apa. Ha ye, memang hidup aku nak jadi hamba duit kau je kan?
Kau tak yah usaha. Tak yah. Silang kaki je.
Duduk je dalam rumah rilex-rilex. Nak makan, nak topup, nak beli susu pampers anak. Anak yang konon kau cakap MEMBANGGAKAN mak ayah ni lah yang kena support hidup kau yang tak nak berubah tu.
Lepas tu cakap aku ni sombong berlagak cakap je besar. Engkau tu, baik yang bujang baik yang dah beranak pinak. Mana nak berubah.
Aku tau la aku ada tengok depan mata sendiri. Aku merasa sampai bergaduh aku laki bini sebab laki aku tegur aku selalu di ambil kesempatan. Awal-awal aku marah sebab apa.
Sebab adik beradik aku. Jangan campur. Tapi lama-lama.
Aku stop backup sebab aku pon ada anak lebih ramai dari diorang. Aku kena utamakan suami dan anak-anak aku. Rasa tak boleh terima tindakan aku.
Aku tak balik kampung time korang ada, aku tak call, aku tak mesej dalam grup wasap pon aku cctv je lah, aku tak pergi rumah korang even aku ada pegi berjalan kat kawasan negeri tu, aku tak ambil tahu hal korang.
Lantak korang ada makanan ke, susu anak habis ke. Yang aku tau. Mana yang bujang tu 2 minggu sekali ke seminggu sekali ke. Ada la aku bagi jugak nasi bungkus.
Hari lain? Pergi m*mpus. Dah kau tak nak kerja kan. Kesah pulak aku nak pikir dah.
Yang dah kawen 3 4 bulan sekali aku bank in diam-diam atau aku beli susu pampers anak korang kat online je direct hantar ke rumah korang.
Aku tak harap terima kasih sebab memang jenis tak reti nak berterima kasih pon. Aku tau la aku kenal korang macam mana.
Aku cuma harap anak-anak buah aku and anak-anak aku tak jadi macam korang. Sebab hidup ni memang masih panjang. Kita tak tau apa yang akan jadi masa akan datang.
Aku cuma boleh doa je dalam solat aku laki bini. Yang bujang pon aku harap sangat sempat berubah sebelum jumpa jodoh.
TAK MEMBANGGAKAN TAPI TAK MENYUSAHKAN,
– YOONGI (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit