Cinta Menolak Cinta

Nama aku Cinta. Aku ni dulu seorang perempuan yang bercita-cita nak mendirikan rumah tangga, berkerjaya dan mempunyai anak-anak.. Ala biasa la perempuan kan tak sah kalau tak berangan.

Jadi, aku takde boyfriend sepanjang hidup aku sebab aku nak lelaki yang pertama hadir dalam hidup aku tu adalah lelaki yang terakhir.

Memang cliche bunyi nya tapi aku sejujurnya nak buat hidup baru sebab nak tinggalkan hidupku yang lama yang tak seberapa baik.

Sampai satu masa, hadirlah seorang lelaki, kacak orangnya, soft spoken, tinggi, memang menarik lah orangnya. Dia pon popular jadi aku pon macam suka lah orang se “perfect” dan popular itu suka aku.

Orang memanggil aku cantik tetapi aku tak pernah percaya sebab aku membesar dengan kritikan dari orang kiri kanan jadi aku pon menganggap bende tu hanya sebagai perlian.

Dekat situ lah orang kata aku sesuai dengan lelaki tersebut. Mulanya indah, kalau dia buat salah dia akan merayu minta maaf.

Masa mula mula aku tak berapa suka sangat sebab aku bukan jenis yang lembut dan romantik. Tapi lama kelamaan aku betul betul dah jatuh pada si dia.

Jadi personality aku berubah 360 darjah. Kawan kawan aku pon tak percaya aku sesopan dan se ayu itu semasa aku dengan lelaki tu.

Tapi kene cover la sikit kadang kadang sebab lelaki tu macam misogynistic sikit hahaha. Lepas dia dah sedar aku dah suka dia sangat sangat dia mula layan aku macam sampah.

Aku ni rasional orangnya, malas bergaduh semuanya aku iyakan sahaja. Aku cepat lupa dan cepat memaafkan sebab malas lah fikir benda negatif macam ni. Jadi semua salah dia aku maafkan sepantas kilat.

Maka, dekat situ dia dah mula rasa selesa layan aku macam sampah. Ada je nak pusing cerita, tak sah kalau tak menipu. Benda kecil yang tak perlu menipu pon dia nak tipu hahaha. Tak faham aku.

Ada pernah aku tahu pasal dia tapi saja la buat buat bodoh.

Aku pun bertanya, lepastu masih nak menipu aku terus hantar screenshot dekat dia. And dia still macam nak jugak menipu pasal benda tu.

Banyak screenshot yang aku dapat sepanjang aku ada hubungan dengan dia.

Aku tak pernah la tipu dia tetapi kadang dia tak suka sebab aku kalau bertanya terus jawab soalan tu betul betul, dia kata ada sesetengah benda tak perlu diceritakan.

Aku pun macam?? Aik kalau aku menipu nanti kau cop aku bukan bukan pulak.

Selepas terlalu lama kene manipulate dan ditipu aku pon dah putuskan untuk tidak lagi ada apa apa hubungan dengan si dia.

Banyak je cerita lagi yang lebih detail tapi aku memilih untuk simpan masa lalu aku yang lama kepada diri aku sahaja sebab ini baru pembuka cerita.

Belum lagi isi sebenar yang menjelaskan tajuk cerita aku pada hari ini.

Di sini lah mulanya pemikiran hidup aku terhadap segalanya berubah. Ya, tak dinafikan lelaki pertama yang hadir dalam hidup aku mengubah segala persepsi hidup aku.

Satu masa ni, aku memang suka seseorang selepas sekian lama tiada “crush” kan hahaha. Lepastu, lelaki tu pon suka aku jugak rupanya dah lama.

Aku pon terkejut lah kitaorang pon mula berbual di media sosial. Lama lama, dia menganggap aku sebagai teman wanita dia.

Aku pun terkejut. Ya, betul aku memang suka dia tapi aku tidak pernah mengungkapkan keinginan untuk ada apa apa hubungan dengan laki tu.

And memang dia baik, sangat baik. Jauh lebih baik daripada ex aku.

Dia jujur, dia baik, tak pernah buat salah dan tak pernah menaikkan suara. Senang cerita dia sangat baik lah.

Aku tak biasa dengan lelaki layan aku macam tu. Jadi aku rasa tak selesa.

Dia memang cakap dia serius dengan aku. Nak kawin la bagai tapi disebabkan ex aku tu, keinginan aku untuk mendirikan rumah tangga sudah tiada. Hilang lesap di pemikiran.

Aku jadi tidak romantis bersama orang baru dan aku rasa geli bila terima kebaikan daripada orang baru.

Bukan tak move on. Sudah.

Tetapi aku tak nampak lelaki sama dengan sebelum aku ada apa apa hubungan dengan lelaki. Faham kan?

Aku jarang bagitahu benda yang mengacau fikiran aku kepada orang lain walaupun rakan yang paling rapat. Jadi aku diam je.

Aku rasa sedih kadang kadang, kerana aku tiada lagi nafsu untuk lelaki. Bahkan aku memang tidak mahu mengahwini sesiapa tak kira lah se tampan mana pun ataupun berkawan dengan sesiapa.

Aku mula menjauhkan diri dengan semua orang selepas memberi kata kata terakhir kepada mereka termasuklah kepada lelaki baru tersebut. Yela takkan nak belah macam tu jekan, takde adab pulak.

Aku mula rasa seronok hidup bersendirian. Aku lebih rasa seronok berbual sorang sorang, makan sorang sorang, kerja diam diam dan buat semua benda sorang sorang.

Tak dinafikan aku memang rasa bersalah terhadap lelaki tu, cuma aku rasa itu bukan salah aku sebab aku tak pernah mintak nak jadi teman wanita dia pun.

Aku reply text dia pon sepatah sepatah jadi aku betul betul rasa aku memang tidak beri sebarang “fake hope”.

Ya betul aku suka dia, tetapi untuk hidup bersama dan mendirikan rumah tangga… tidak. Bukan rakan rakan aku sahaja aku jauhkan diri malah keluarga sendiri pon sama.

Di awalnya aku dah cakap objektif masa depan aku memang nak membina hidup baru sebab hidup lama yang tak berapa baik. Di situ aku maksudkan tentang keluarga aku.

Di penghujungnya aku menjauhkan diri daripada semua orang tetapi amanah dan tanggungjawab sebagai manusia dan anak aku masih jalankan. Aku rasa lebih selesa dan aman hidup sendirian sehingga kini.

Aku juga jadi hati batu. Bukan keras kepala eh, lain tau aku masih lagi rasional terhadap orang lain tapi kalau aku dijerit, dimarahi, dimaki aku tak rasa tercabar, sedih atau marah.

Aku macam dah takde perasaan dah. Otak aku pon malas fikir dia macam “lantak kau la nak buat apa nak jerit jerit la suatu hari nanti aku mati aku lupa jugak pasal kau” sebab semuanya aku dah kene dulu.

Even aku menghadapi krisis melibatkan nyawa aku masih tiada perasaan. “Nak mati mati lah, dah ajalkan”.

Kalau orang layan aku macam sampah aku tidak teragak agak untuk putuskan segala jenis hubungan persahabatan. Rakan rakan aku marah tentang betapa simple mindednya aku dan terlalu redha dalam hidup.

Nak buat macam mana, hidup aku lebih aman dengan cara begini.

Dulunya berhati lembut, memberi segala-galanya kepada lelaki yang aku cinta sekarang dah jumpa lelaki yang baik aku pula yang menolak cinta.

Impian budak kecil di dalam diri aku untuk mendirikan rumah tangga yang bahagia terkorban. Tanpa sedar disebabkan oleh seorang manusia, hidup sesorang boleh bertukar 100% .

Dulu aku peramah, extrovert dan ceria orangnya. Kini tidak lagi..

– Cinta (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *