Penantian Yang Sia Sia

Aku Nur, itu nama samaran aku. Kini umur aku 24 tahun dan alhamdulillah hidup aku lebih bahagia dari sebelumnya.

Disini aku nak ceritakan kisah aku berkenalan dengan seorang lelaki yang bernama Iman, nama samarannya.

Aku berkenalan dengan dia pada umur aku 18 tahun. Aku berkenalan dengan Iman masa zaman diploma dan kami berdua satu kelas.

Aku mula jatuh cinta pada dia disebabkan perwatakan dia yang soft spoken, handsome dan layanan dia pada aku sangat baik.

Aku bila dah berkenalan dengan lelaki, niat aku sebolehnya nak halal. Aku bersayang-sayang dengan dia hanya tempoh 3 bulan saja.

Kenapa 3 bulan?

Ni situasi di mana dia mula berubah. Ada satu kelas teknologi maklumat, pensyarah aku bercakap soal jodoh.

Dari situ dia berubah dan habis saja kelas dia whatsapp aku katanya dia nak end kan hubungan kami.

Aku terkejut dan aku tanya kenapa? Dia tak ada jawapan sampai hari ini.

Paling yang menyakitkan hati aku, dia boleh kata hubungan ni sekadar crush saja bukannya sebagai pasangan BF dan GF selama tempoh 3 bulan tu.

Aku rasa ditipu dan perasaan kasih sayang aku hanya dibuat main saja.

Kelas esoknya, aku tak pergi langsung sebab aku tak kuat kalau terserempak dengan dia waktu kelas.

Aku syukur ada dua orang kawan baik aku teman aku healing di mall. Tapi sama saja perasaan itu masih berkecamuk.

Aku sempat berhubung dengan dia untuk perbetulkan hubungan ni. Dia kata, nak tunang ke?

Aku tolak sebab yelah muda lagi, tak ada kewangan yang cukup.

Aku cakap okay tak apa, aku boleh tunggu dia sampai habis belajar dan kita tunang tetapi respon dia macam aku sorang je beria.

Penantian yang sia-sia seperti tajuk aku nyatakan ni adalah bermula aku menunggu dia selama 2 tahun.

Setiap hari aku menunggu jawapan sebab kenapa dia tiba-tiba nak putuskan hubungan kami.

Aku macam orang bodoh setiap hari aku menangis untuk nak dia balik, aku gunakan kawan dia untuk tanyakan dia kenapa buat aku macam ni, tapi sama saja tiada jawapan. 

Kawan Iman ada bagitau aku yang dia ada menangis sebab end kan hubungan ni, tapi still sama tiada jawapan kenapa.

Result pointer aku makin merosot sebab kan kejadian tu dan aku kerap sakit yang membuatkan aku ulang alik ke hospital.

Sampailah aku habis diploma pun aku masih tak dapat jawapannya. Masa ni aku dah redha dan pasrah.

Sampai umur aku 21 tahun, aku bukak twitter Iman, aku ternampak gambar seorang perempuan siap beremoji love. Waktu ini aku rasa kosong, rasa macam penantian aku sia-sia.

Aku tunggu dia 2 tahun dan ini yang aku dapat. Nak cakap pasal jaga ikhtilat? Kenapa bercinta dengan perempuan lain?

Sejak kejadian ni, aku tak percaya air mata lelaki dan aku mula heartless yang sangat dalam.

Aku whatsapp Iman aku bagitau segalanya yang terpendam.

Aku kecewa tapi tak akan kembalikan perasaan sayang tu pada dia. Aku sentiasa berharap semoga ada kifarah buat dia kerana buat aku sakit.

Selang beberapa tahun, disebabkan doa aku yang tidak putus dan sentiasa percaya yang lelaki baik itu ada,

Alhamdulillah, dua tahun lepas, aku dipertemukan seorang lelaki yang bernama Amar (nama samaran) yang sangat baik yang menerima segala kekurangan aku sampai hari ini.

Aku dilayan macam puteri dan diterima baik oleh keluarga Amar. Aku beruntung disebabkan rasa kecewa aku yang sangat dalam, Tuhan gantikan aku dengan yang lebih baik.

InshaAllah doakan aku dan Amar untuk langkah yang seterusnya tak lama lagi.

Pesanan aku untuk perempuan atau lelaki, sentiasa percaya bahawa perempuan/lelaki yang baik itu mesti ada cuma belum masanya.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *