Kifarah is Real

Assalammualaikum dan hai. Bismillahirrahmanirrahim.

Sebenarnya saya banyak kali type dan padam untuk menulis ni. Takut penerimaan negatif atau salah faham.

Tapi saya percaya pada nawaitu saya dan berharap ada pengajaran yang boleh diambil dari kisah ini sementelah terlalu banyak kisah2 toxic family yang kita baca saban hari.

Saya juga dari toxic family. Toxic family bukan hanya family saya (bapa, ibu & adik beradik) tetapi berakar umbi dari nenek, pakcik, makcik, sepupu, anak buah sebelah ibu saya.

Biasanya kita dengar ibu pilih kasih dengan anak yang lebih sikit dari segi kepandaian, rupa paras, rezeki – pendek kata yang ada kelebihanlah.

Berbeza situasi saya bila disisihkan kerana saya lebih sikit dari adik beradik yang lain. Ibu sepertinya tak suka dengan rezeki yang saya ada. Inilah perangai toxic yang diwarisi dalam keluarga sebelah ibu.

Mereka ni 10 adik beradik, 7 daripadanya perempuan. 3 orang abang yang atas semua berkahwin dan tinggal jauh. Ayah mereka meninggal waktu mereka masih kecil.

Jadi mereka dibesarkan tanpa figura seorang lelaki. Dari saya kecil, saya dah tengok macam2 drama pergaduhan mereka adik beradik. Bila bergaduh tu akan ada tag team.

Team Merah- makcik A, B, C dan D.

Team Biru- Makcik E, F & G.

Team2 ni akan berubah ubah macam parti2 politik menjelang pilihanraya.

Mereka tak pernah stick dalam satu2 pakatan. Setakat langkah kajang, langkah sheraton apalah sangat pada mereka. Pergaduhan selalunya berkisar tentang hasad dengki atas kelebihan yang ada antara mereka.

Contoh: makcik B beli kereta baru, ada sajalah makcik lain yang mengata makcik B sombong berlagak dan akan dipulaukan.

Sekecik kecik kelebihan pun boleh mendatangkan iri hati & rasa sakit hati. Yang paling sedih, mereka ni percaya bomoh dan benda khurafat.

Suami main kayu tiga pun habis diasapnya. Tapi ends up bercerai juga. Saya tahu sebab kami waktu kecil pun dibawa sama ke tempat berubat.

Kadang untuk minta air penerang hati (air mineral yang dibaca2 jampi kemudian diasap dan dihembus2 oleh perawat). Naik mual kami dipaksa minum. Saya selalu bohong ibu sebab geli nak minum.

Nak jaga hati ibu, saya bawa jelah pergi sekolah tapi saya tong sampahkan aja. Bila saya atau adik beradik saya dapat keputusan cemerlang, makcik2 akan claim itu berkat minum air “bomoh”yang diaorang rekomenlah. Nak jugak kredit. Ameklah cik.

Ketaksuban mereka tu hingga anak nak ambil exam jpj pun mintak tangkal. Tapi 3 kali ambil juga baru lulus. Perangai suka bergaduh dan tak boleh ditegur ini berlanjutan hingga tua.

Bayangkan sedang menunaikan umrah dan haji di Mekah pun mereka boleh bergaduh mulut & bermasam muka.

Sehingga di usia tua, makcik2 saya ini sebahagiannya ibu tunggal, sebahagiannya pula ibu kena tinggal. Yang masih bersuami hanya ibu dan seorang lagi makcik saya yang saya kira paling tak banyak hal.

Kebanyakan anak2 makcik saya (sepupu) juga sering kahwin cerai dengan pelbagai lah kisah krt nya.

Tapi semua salah menantu. Tak pernah anak mereka yang salah. Yang bestnya, mereka bangga sangat dengan kawen cerai sebab rasa anak2 mereka laku macam artis.

Sepupu2 saya juga berjaya dalam bidang masing2- scammer, forex, dr** dealer, penyondol. Makcik2 saya tak pernah kesah tentang halal haram asalkan nampak kaya berjaya.

Dan kami (saya dan sepupu2 perempuan) sejak kecil dah didoktrinkan oleh makcik2 supaya carik jodoh lelaki yang sudah established, tua kerepot macam mumia pun takpe, janji berharta.

Jadi janganlah tuan/puan naif sangat kalau tengok ade orang sanggup kahwin macam ni.

Selain jodoh yang telah ditakdirkan sebenarnya ada keluarga yang memang sudah groom anak2 untuk cari jodoh begini. Pelajaran memang langsung tak diberatkan.

Ibu saya sebenarnya disisihkan oleh adik beradik dia kerana dalam ramai2 adik beradik, ibu saya paling susah hidup tapi direzekikan punya anak2 yang terang hati.

Kesemua kami anak2 ibu belajar hingga ke universiti dan Alhamdulillah adik beradik saya tiada lagi yang bercerai berai (nauzubillah). Saya tak tahu, ibu perasan atau tidak, sebenarnya dia dicemburui oleh adik beradik dia.

Tapi mak suka brag pasal saya di hadapan adik beradiknya. Contoh: tolong brag kalau apa2 achievement saya dan suami- naik pangkat, beli aset etc. Tapi di depan saya, ibu akan buat tak reti seolah tak heran pun dengan apa2 achievement saya.

Untuk nak neutral kan keadaan, mak akan kutuk2 saya juga depan adik beradik dia. Contoh: bagitau rumah saya bersepah, saya gaji besar tapi suka membazir, saya tak pandai kemas rumah etc.

Disclaimer: ibu saya ni ada ocd dan die memang surirumah dari dulu lagi. Saya pula bekerja. Dan definisi kemas mak saya dan saya berlainan ye puan2. Perangai mak yang suka brag hal saya ni sebenarnya mengundang kebencian makcik2 saya kepada saya.

Walaupun saya jumpe mereka kebanyakan waktu raya sahaja dan fb saya pun tak friend pun dengan sedara mara ibu saya ni, tapi mereka tetap tahu perkembangan saya melalui ibu. Dan saya sendiri pun tak pernah share hal personal saya dengan mereka.

Beberapa tahun lepas (sebelum covid), saya telah diuji dengan kehilangan anak selepas bersalin. Sedih kehilangan ni sangatlah pedih apalagi bila terpaksa act normal memandangkan seorang anak kami agak terkesan dan perlu diberi perhatian lebih.

Jadi luarannya memang kami suami isteri nampak tenang sahaja dan cepat move on, tapi hakikatnya Allah sahaja lah yang tahu. Menyorok menangis berdua dalam bilik sebelum tidur dan selepas tiap kali solat memang menjadi kebiasaan.

Semasa hari pengkebumian anak, Alhamdulillah dipermudahkan urusan kerana ramai sangat kawan2, jiran dan anak2 tahfiz datang membantu, solat jenazah dan sebagainya.

Manakala makcik2 saya hadir macam tetamu vip dengan spek hitam besar ala2 artis ke mahkamah syariah, dan langsung tak sedekahkan yasin. Malah makcik2 ni cakap

“Sorrylah Lea (saya bukan nama sebenar). Family kita dah lama tak ada kematian. Taktaulah. kekok nak buat apa. Datang ziarah ajelah ye”

Gitu perasan immortal keturunan vampire twilight ke hapa diorang nih kan.

Dipendekkan cerita selang beberapa bulan selepas kematian anak, telah berlakulah satu perselisihan faham antara saya dengan seorang sepupu perempuan saya ni.

Tak reti saya nak explain sebab takut panjang pula jadi confession nih. Cukupla saya bagitau berpunca dari iri hati hal anak2 kami di sekolah (anak sepupu saya ni sekelas dengan anak saya). Jadi macam2lah fitnah dilemparkan kepada kami sekeluarga yang berpunca dari hasad.

Bagi rakan terdekat yang tahu kisah sebenar, mereka semua suruh kami saman malu sahaja sepupu saya yang memfitnah tu. Sebab dia sebarkan fitnah kepada cikgu2 di sekolah anak. Mujurlah cikgu2 tak percaya sebab di sekolah pun anaknya yang bermasalah..

Walaupun fitnah die agak bo***- kami laki bini pemakan rasuah & anak2 kaki buli, tapi tetap sakit hati. Dan saya pula mengambil pendekatan berdiam diri tak membalas.

Saya tak suka & tak pandai gaduh. Vocab gaduh saya lemah memang tak setanding mereka yang memang forte & expert dalam bidang gaduh maki hamun majoring in sumpah seranah. Jadi, saya cume block saja wasap2 sepupu dan makcik2 saya bagi meredakan keadaan.

Tapi mereka tak puas hati, mereka serang pula di fb, email dll medium yang mereka boleh sent. Dasar kaki gaduh! Yang paling mengguris hati saya hingga berbekas adalah ayat

“Padan muka kau. Anak kau tu mati sebab mak kau tak suka kau”.

Sehingga kini saya tak boleh lupa ejekan mereka itu.

Tak sangka kesedihan saya adalah kegembiraan mereka. Seolah puas melihat kami bersedih sekeluarga. Satu kejayaan buat mereka.

Selain itu makcik saya juga menyerang saya dan mendoakan saya bercerai berai dengan suami. Dia cakap di depan muka suami 

“Bini kau ni sebenarnya jahat. Sama macam anak kau. Pandai berlakon. Satu hari kau tau perangai sebenar bini kau, ko mesti bercerai punyalah”

“Bini ko ni macam kera dapat cincin. Dulu kecil hidup susah. Dah senang, belagak”

Fitnah demi fitnah lagi. Mujur suami saya menjawab

“Makcik, kalau isteri saya dulu susah, dia kena susah selamanya ke supaya makcik bole terus hina dia?”

Memang itulah perangai makcik2 saya. Sejak kecil bila kami balik kampung beraya, mereka akan suruh anak2 sorokkan purse masing2 sebab kononnya kami susah & akan ambil duit mereka.

Begitulah perangai memandang hina pada orang susah. Apabila kehidupan kami lebih baik atas usaha kami, mereka jadi hasad dan tak puas hati. Hinaan demi hinaan tu saya telan.

Malu juga dengan suami tetapi mujur suami amat memahami dan dia lebih mengenali saya. Tak tergugat seinci pun kepercayaan dia kepada saya malah dia banyak menyabarkan saya dan minta saya cut off hubungan dengan mereka demi kesihatan mental kami sekeluarga.

Saya pernah berdoa sambil menangis semasa bertahajud,

“Ya Allah aku tak mampu membalas fitnah dan penghinaan ini. Maka padamulah aku berserah”. 

Seterusnya yang ingin saya ceritakan inilah yang paling saya takut sebenarnya. Selang beberapa bulan, saya dapat tahu melalui sepupu yang masih baik dengan saya, anak makcik saya yang memfitnah dan menyumpah depan suami saya itu, meninggal dunia.

Ironinya dia meninggal ni hospital yang sama dengan arwah anak saya dan penyakit yang sama. Allahu.

Dipendekkan cerita lagi, dalam tempoh covid itu, beberapa kematian silih berganti dikalangan makcik2 yang menghina dan mengejek saya. 

Makcik A- kematian anak juga

Makcik B- kematian suami

Makcik C – kematian ibu (nenek saya yang dijaga)

Makcik D- kematian anak juga 

Total 5 kematian dalam tempoh 2 tahun dan bukan disebabkan covid tapi lain2 penyakit.

Anak- anak yang meninggal semua muda2 lagi dan mereka pun orang baik2. Walaupun ada sepupu yang ikut perangai makcik2, tetapi ada juga yang normal.

Setiap kali menerima berita kematian itu saya hanya mampu mendoakan dari jauh untuk arwah2 sebab kami telah pun putus hubungan.

Namun saya sentiasa teringat kata2 ibu mereka mentertawakan kematian anak saya.

Oh ya, sepupu dan makcik saya tu dah pindah juga ke negeri lain sebab dikejar ahlong. So anak saya aman dah disekolah tu.

Saya sebenarnya takut, apalah ibrah disebalik semua yang terjadi ini. Bukan saya nak mentertawakan mereka tapi saya jadi takut dan lebih menjaga lisan saya.

Dan saya syukur saya tak membalas kejian fitnah dan hinaan mereka dan berserah pada Allah swt.

Saya taktau inikah dikatakan kifarah atau doa dari orang yang teraniaya. Wallahuaklam. Tapi ia benar2 memberi pengajaran.

Bukan niat saya nak memburukkan keluarga sendiri tapi inilah reality. Jika kita dilahirkan dalam family yang sempurna dan baik, janganlah kita ingat orang lain bertuah seperti kita dan kita judge mereka.

Bagi yang dilahirkan dalam family seperti ini, janganlah kecewa dan patah semangat. Break the cycle. Don’t carry your parents’ sins.  Move on dan memaafkan.

Jarakkan diri jika perlu. Cut off if melampau. Allah tak kejam dan Allah tau niat kita terhadap sesuatu tindakan yang diambil.

Terima kasih membaca nukilan ini. Kalau ada kebaikan, ambillah sebagai pengajaran dan abaikan jika sebaliknya.

– Lea (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *