Jika tinggal di rumah ibu bapa, sedangkan anda suami isteri bekerja, ada duit gaji sendiri, usahalah untuk diperuntukkan gaji itu dengan menghantar anak2 ke pengasuh.
Atau salah seorang berhenti kerja untuk urus anak2. Boleh juga upah ‘helper’ separuh masa untuk bantu jaga anak2 itu.
Bukan disuruh orangtua yang dah berusia, yang nak bermotosikal pun sudah terketar2 untuk jaga cucu2, hantar ambil mereka ke sekolah.
Bahkan terkadang, suami isteri bekerja, gaji yang boleh digunakan untuk upah pengasuh atau menyewa rumah sendiri, dihabiskan untuk perkara2 yang tidak perlu, untuk hal2 yang tidak berfaedah.
Ada juga yang sudah mempunyai rumah sendiri, tetapi masih lagi menumpang rumah orangtua. Kerana lebih menguntungkan bagi mereka.
Kenapa terlalu kedekut? Sampai bilakah hendak di kerah tenaga ibu bapa itu? Apakah menunggu mereka sudah tiada baru akan usaha uruskan jaga anak sendiri? Tinggal di rumah sendiri?
Beginilah ia *Derhaka tanpa sedar.*
Ya. Memang senang tidak perlu keluar duit untuk upah pengasuh, sewa van sekolah, pulang kerja pakaian siap bercuci dan berlipat,
Rumah siap berkemas, makanan tersedia, hanya pergi dan balik kerja, tidur sahaja dan macam2 lagi kesenangan bila menumpang dengan orangtua.
Bahkan apabila pulang dari kerja, anak2 masih atuk nenek juga yang uruskan mandi, makan cucu2 itu. ibu bapanya hanya tidur dan bersenang2, atas alasan telah letih bekerja.
Bukankah itu memang sudah tanggungjawab dan komitmen ibu bapa yang masih ada anak kecil?
Yang sepatutnya memang saat ini memang waktu berpenat, waktu berletih, waktu tidak cukup rehat, demi menguruskan anak2 yg masih kecil?
Lainlah jika masih bujang.
Kadang bahkan tertanya2, bagaimana ibu bapa yang tinggal di rumah sendiri, yang tiada pembantu rumah, seawal pagi harus menghantar anak ke taska, pulang dari kerja harus jemput semula, penat bekerja lalu terus harus mengurus anak2 sendiri. Rehat belum tentu cukup.
Yang menumpang dengan orangtua, pulang dari kerja masih boleh berehat, kerana ada yang boleh tolong menguruskan anak2.
Kadang orangtua tidak sedar diperlakukan sebagai hamba, apatah lagi orang tua yg tidak/kurang berpelajaran.
Melihat atuk2 yang sudah bongkok mengendarai motosikal menghantar cucu ke sekolah juga sudah menyedihkan, apatah lagi nenek2. Belum lagi disebut tentang bahaya di atas jalanan, di kawasan sekolah yg sesak.
Walhal, apabila cucu2 membuat rumah bersepah dan kotor tetap juga nenek atuk itu yang urus membersihkannya. ibu bapanya pula, tiada mempunyai rasa bersalah dan peduli atas olahan anak sendiri.
*Persis orang gaji? Ya. Sama. Persis.*
Uruslah anak2.. Bukan dihamparkan urusan anak2 itu ke nenek dan atuk semata. Nenek dan atuk boleh sahaja membantu, tapi bukan membantu sehingga sama tugas seperti pengasuh atau orang gaji.
Bukankah lebih baiknya tinggal sendiri? Bisa menguruskan anak2 dengan cara sendiri tanpa berlawanan dengan cara atuk nenek mereka?
Fikirlah, mak ayah itu telah menua. Ramai pula yang berstatus warga emas. Biarpun mereka kata tak apa, biarpun mereka memberi alasan sunyinya rumah tanpa kanak2, hakikatnya, biarlah mereka hidup tenang di usia itu.
Bukan sudah tanggungjawab atau tugas mereka untuk uruskan kanak2, apatah lagi cucu2 yang masih lengkap beribu berbapa.
Janganlah sampai sudah beranak-pinak pun kita masih nak dibantu oleh orangtua untuk jaga anak2 kita? Apatah lagi ketika kita berkemampuan.
Terkadang mereka tidak mengadu, tapi sedarlah, bahawa tenaga mereka sudah berkurang.
Beri mereka elaun setiap bulan? Fikir sedalamnya, apakah duit itu memang pemberian khusus kepada orangtua, atau UPAH/GAJI mereka kerana mengurus anak2 anda. Fikirkan dari hati.
Dan jika jawapannya yang kedua, benarlah tanda besar kiamat itu, apabila *ANAK2 MENJADI TUAN KEPADA IBU BAPA SENDIRI.*
Kita sedar mereka juga mungkin mengeluh, mungkin mereka tidak menunjukkan kepada kita keluhan itu, penat mereka, tiadakah setitik rasa bersalah di hati kita yang sanggup membiarkan anak2 kita dijaga oleh warga emas seperti itu?
Jika sudah memilih untuk berkahwin dan mempunyai anak, anak2 itu ialah tanggungjawab dan amanah. Bukan amanah atuk nenek mereka. Lainlah jika pendapatan besar, boleh upah pembantu rumah 24 jam.
Dan lainlah jika cucu2 itu yatim dan piatu, nenek dan atuk mungkin berkeras untuk menjaga mereka.
Jangan berharapkan keluarga jaga anak2 kita, uruskan anak2 kita sendiri, cari pembantu, mereka memang dibayar khusus untuk mengasuh, membantu.
Ya. Jika tinggal di rumah sendiri, pulang dari kerja harus mengemas rumah, membereskan dapur dan pakaian, memasak. Letih.
Tidak seperti jika menumpang dengan orangtua, pulang kerja terus boleh berehat, boleh pulang lewat.
Apatah lagi bila ada adik beradik lain di rumah. Urusan rumah, kerja2 rumah tidak perlu dikisahkan. Rumah bersepah tidak perlu difikirkannya.
Mahu overtime, ber ‘me time’ bersama rakan2 pada bila2 masa tentu bisa sahaja. Anak2 pasti selalu ada yang akan menjaga mereka.
Ada juga yang cerewet benar tentang cara penjagaan anak2 mereka, memberi arahan itu ini layak si pemerintah kepada orangtua sendiri.
Unggahan ini difokuskan kepada yang kedua atuk dan nenek ada. Iya mereka mungkin keduanya boleh sama2 membantu.
Si nenek mengurus makan pakai cucu2, si atuk menghantar ambil ke sekolah. Bagaimana pula dengan yang hanya tinggal nenek, atau hanya tinggal atuk?
Bagi yang belum berkahwin, ingatlah, jangan biarkan orangtua kita yang menguruskan rumahtangga kita, orangtua hanya cukup memberi nasihat dan tunjuk ajar.
*Jika harus menumpang, menumpanglah dengan beradab.*
Bagi yang sudah berkahwin, ingatlah semula, apakah kita sebenarnya sanggup membiarkan orangtua yang sudah tua itu menguruskan anak2 kita, semata2 untuk menjimatkan kos, supaya kita tidak lelah?
Jangan beri alasan takut kerana banyak mendengar kes penderaan kanak2 jika dihantar ke pengasuh. Masih banyak tempat penjagaan kanak2 yg elok dan dipercayai.
Jangan merasa hebat hanya kerana dapat memberi ‘gaji’ kepada orangtua padahal kita boleh keluar bekerja asbab kerana ada yang menjaga anak2 kita. Tiada yang menjaga anak2, tidak dapatlah kita keluar bekerja.
Silalah ambil berat soal ini. Kadang-kadang, berpunca daripada kita yang ‘derhaka tanpa sedar’ kepada orang tua inilah, punca anak2 kita menjadi nakal atau lembam. Rezeki menjadi tidak berkat. Tiada rahmah dalam rumahtangga.
Ya. Itu memang rumah tempat kita membesar suatu ketika dahulu. Itu dahulu. Tetapi apabila telah berumahtangga, tinggal di kediaman sendiri dan mewujudkan ‘rumah tempat membesar’ untuk anak2 sendiri adalah lebih baik.
Jadilah anak2 yang berbakti.
Jadilah orang2 yang bersyukur dan merendah diri, apabila dibantu dimudahi urusan.
_Semoga bisa berfikir~_
– Anunimus mus (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit