Sekolah Traumaku

Jika ditanyakan padaku, apakah aku merindui zaman sekolah menengah? Jawapanku adalah tidak.

Iya, aku tidak merindui kerana terlalu banyak yang pahit berbanding yang manisnya berbanding zaman sekolah rendah.

Kerana sewaktu sekolah rendah aku dapat mencipta banyak kenangan manis yang aku kenang sehingga ke hari ini.

Ini adalah kisah zaman persekolahanku.

Aku adalah seorang yang sangat introvert, bahkan di sekolah pun aku sangat pendiam maka pantaslah aku tidak mempunyai kawan kawan yang rapat seperti orang lain.

Sedih juga sebab bila aku kemana mana pasti akan seorang diri, makan sorang sorang, duduk dalam kelas pun tidak heboh seperti rakan yang lain.

Berbalik pada topik mengapa aku lebih merindui zaman sekolah rendah.

Ini kerana disekolah aku sangatlah aktif dan segala macam acara aku sertai contoh macam nasyid, dikir barat, sukan, jawatan sekolah dan lain lain.

Pernah juga aku dibuli sewaktu darjah 3, tetapi ia nya sekejap saja dan tidak memberikan kesan negatif apa apa pun terhadap diriku ini.

Bermulalah kisah aku dibangku sekolah menengah, masuk saja ke sekolah itu sewaktu tingkatan 1, aku kerap kali tidak hadir oleh sebab aku merasakan tiada sesiapa yang mahu berkawan dengan aku disebabkan aku ini introvert teramat. 

Sehinggakan beribu alasan aku cipta kepada ibuku untuk aku tidak hadir ke sekolah,

Namun lama kelamaan perkara ini semakin berlarutan dan telah diketahui oleh guru tingkatanku mengapa aku kerap tidak hadir sampaikan cikgu menghubungi ibuku dan aku tidak sangka pula perkara ini dirujuk sampai ke kaunseling sekolah.

Selepas daripada itu rakan rakan aku mula lah berkawan dengan aku namun itu hanya sementara.

Kita pergi ke zaman aku tingkatan 4 dan 5.

Pada tahun tersebutlah aku secara perlahan lahan menghidapi masalah tekanan mental (anxiety disorders) oleh kerana guru bahasa Inggeris kami.

Di sekolah kami, guru ini memang ditakuti ramai pelajar namun jika pelajar itu mahir dalam berbahasa Inggeris memang dia layan baik, kena dekat pelajar tidak pandai berbahasa Inggeris memang situ juga kena tengking.

Dia jugalah penyebab aku menghidapi anxiety dan depression, keluarga aku juga tidak suka akan guru tersebut.

Sewaktu aku tingkatan 5, dimana zaman ini sepatutnya pelajar pelajar sedang berjuang dengan SPM tetapi sebaliknya aku berjuang dengan mental health.

Disebabkan trauma, aku terlampau takut untuk ke sekolah dan bukan sehari dua tetapi berminggu minggu dan perkara ini dalam makluman guru tingkatanku maka dia faham mengapa aku tidak hadir.

Aku juga pernah overdose ubat penenang sehingga ditahan ward mental oleh kerana trauma.

Sampailah satu masa aku cuba untuk ke sekolah dan pada hari itu juga aku telah dimalukan oleh guru bahasa Inggeris aku didalam bilik guru.

Dia telah menengking aku dan rasanya adalah dalam setengah jam aku berdiri kaku di hadapannya sewaktu dalam bilik guru disaksikan oleh guru guru yang lain.

Lagi buat dia menggila apabila dia dapat tahu aku sakit disebabkan dia, sebab dia tidak dapat terima alasan tersebut. Remuk hati aku.

Macam aku beritahu tadi tentang anxiety, sakit aku menyerang ketika itu memang aku menggeletar badan sejuk seperti mayat, nangis sudah tentulah.

Balik saja daripada sekolah terus aku mengadu pada ibuku dan aku tidak hadir ke sekolah sejak kejadian itu.

Lama kelamaan aku mengambil keputusan untuk berhenti sekolah dan keluargaku hormat dengan keputusan itu. Sejak daripada itu, hidup aku merasa sedikit aman kerana sudah berkurang tekanan.

Namun trauma aku masih ada sampai sekarang.

Akhir kata, aku masih mendapatkan rawatan susulan di pakar psikiatri dan bergantung kepada ubat depression sampai ke hari ini.

– Qistina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *