Untuk confession pertama, (https://iiumc.com/reply-i-hope-to-be-happy/).
As salam semua, selepas hantar confession pertama, tetiba rasa menyesal. Aku nak email admin minta jangan siarkan. Yela, selama ini takde sesiapa pun tahu rahsia hidupku walau suami sendiri. Kusimpan rapi, niat nak bawa sampai ke mati.
Tapi busy kerja sebelum PRN, tak perasan rupanya dah tersiar pun. Terasa segan & janggal membaca confession sendiri.
Alhamdulillah, aku berlapang dada dengan semua komen yang diberikan. Mana yang kata dia menangis baca, aku pun menangis baca komen dia.
Ada yang kata cerita rekaan, tak logiklah, confession yang sangat bodoh, aku okay je sebab dulu pun, family bapaku cakap benda sama. Aku buat cerita rekaan, tak logik.
Kisahku ada persamaan dengan artis P*teri B*lqis. Jenis bapa gila s3ks. Aku memang follow isu dia dan selalu counter komen2 biadap menghina & menyalahkan dia dan ibunya.
Cuma dia okay lagi berbandingku kerana dia anak tunggal. Aku pula, dengan adik-adik pun kena. Tapi P*teri B*lqis lagi kuat semangat juangnya & kisah hidupnya satu Malaysia tahu. Aku pula hanya berani buat confession di sini sahaja.
Memang kisah hidupku tidak tercapai dek akal waras & melangkaui peradaban manusia normal. Tapi apa yang Ayla alami memang sudah sangat menyakitkan, sebab tu kena ada satu ‘kisah’ yang lebih teruk dari dia.
Memang tak mudah membuka kisah aib tersangat hitam ini, tapi kuharap dengan cara ini Ayla dapat semangat hidup, bangkit & terus berjuang.
Ok, recap semula. Aku bagitau ibu jumpa Bapa Saudara Jahanam pasal perangai bapa, ibu sebenarnya dah buat report polis pun (khilaf aku tercicir point dah report polis ni).
Tapi Bapa Saudara Jahanam (BSJ) ni back up bapaku. Dia kata ibu sengaja reka cerita nak kenakan bapa, padahal memang kami adik beradik ni yang problem.
Aku gadis liar, adik-adikku pula ambil dadah. Ibuku yang bodoh manjakan anak2, kata BSJ. Lagipun benda dah lama, kenapa baru sekarang nak buka cerita.
Bapa pun dengan drama air mata, kata dia difitnah, sumpah tak buat, sebenarnya aku ni yang dah rosak, ramai jantan bawa ke hulu ke hilir.
So, akhirnya balik sajalah polis tu, siap bersalaman dengan BSJ dan bapaku. Ibu macam orang gila berguling di tanah sambil memaut kaki BSJ. Merayu untuk percaya, tapi BSJ pula menghina ibu macam2. Allah.. Sakitnya aku ingatkan moment itu.
Aku pujuk ibu masuk ke dalam rumah sebab jiran pun dah ada yang tanya2 kenapa ada polis datang. Malam tu bapa ikut balik rumah abangnya.
Manusia kejam & keji seperti bapaku memang wujud. Seperti wujudnya pembunuh arwah adik Nureen Jazlin, bapa yang rog0l & liwat anak kandung di Mekah pun wujud, yang rog0l anak kandung down syndrome hingga hamil pun ada.
Tapi misterinya, background bapaku dari family roots yang kaya & berpengaruh. Biasanya manusia keji mungkin turun temurun dari keturunan psiko juga. Nope.
Arwah datukku seorang pesara tinggi kerajaan. Dihormati kerana ketokohan & berharta. Ada bapa saudaraku berpangkat Dato (Dato tahun 80-an, bukan sebarangan kaya tau). Adik beradik bapa yang lain juga berharta, kecuali bapa.
Bapaku juga seorang narsistik, sangat taksub pada rupa parasnya & rasa angkuh berasal dari keluarga senang. Dia suka menghina rupa paras orang lain. Ibu sering dihina kerana dari keluarga miskin.
Family dia cerita, bapa spoiled brat yang terlalu dimanjakan sejak kecil & diberi kemewahan. Bapa hanya tahu berfoya2 hinggalah kedua datuk & nenek meninggal.
Kemudian bapa dipinggirkan dek perangai baran & suka meminta duit tak nak bekerja. Tapi pakej, mereka buang bapa.. Buang sekali kami anak-anaknya. Makan pakai kami, lapar dahaga, derita kami dan apa agama kami langsung tidak diambil peduli.
Tapi masing2 pergi haji dah berkali2, bersedekah sana sini, buat majlis keraian, makan2 untuk masyarakat setempat, tapi darah daging sendiri dibuat lebih hina dari anjing.
Walaupun sedarah daging, namun jarak hubungan seperti langit & bumi. By the way, mereka & keluarga masing2 masih kaya je, aman tenang bahagia sampai harini. Misteri kan, hidup ini. Dalam drama aje orang jahat dapat balasan.
Pasal report polis tu, sebenarnya ibu hanya tahu aku jadi mangsa s3ks bapa masa aku lepas SPM ( maknanya aku rahsiakan sejak kecil).
Selama ini, ibu memang langsung tak tahu. Hinggalah berlaku hal besar padaku, yang memaksa aku bagitau ibu. Kali ni memang nekad nak heret dia ke penjara, ajar cukup2, sebab ingatkan aku makin dewasa, dia berubah. Bertahun dah aku bagi peluang.
Tentang adik dirog0l bapa, aku rasa ibu memang tak tahu hingga akhir hayatnya. Ini kerana aku hanya tahu pun, setelah ibu mula tak sihat.
Kami ada bergaduh besar dan adik buka rahsia dahsyat ini. Tak kusangka adik juga menjadi mangsa. Rupanya, kami masing2 menyimpan rahsia yang sangat2 hitam. Allahu..
Tentang hal besar tu, satu malam aku study lewat malam, bapaku tetiba sediakan kopi. Aku pun takde fikir apa, cuma aku heran kenapa ada serbuk putih di tepi gelas tu. Bapa kata minumlah nanti sejuk tak sedap.
Aku tak sedap hati, aku buat2 minum tapi aku bawa gelas tu ke dapur buang. Ibu takde rumah sebab ambil upah mengasuh orang baru bersalin, duduk sekali. Adik-adikku dah tidur.
Tapi aku cukup berani bila aku tanya dia letak apa pada air kopi tu, baik mengaku atau aku bagitahu ibu. Bapa kata tak letak apa-apa, kalau kau tak nak minum buang ajelah.
Hmmm… Aku rasa aku cukup tahu dah apa niat bapa malam tu. Sakitnya bagai disiat2 hidup2 kulit dari tubuhku. Hiba tak terkata. Sebak, marah, kecewa, sakit hati, pilu bersilih ganti.
Sejak malam tu, aku rasa tak selamat di rumah. Lepas SPM, aku pulun kerja siang malam, sengaja cari kerja shif malam supaya tak tidur di rumah. Aku busykan diri supaya tak terlalu memikirkan kejadian malam tu.
Aku tak takut balik tengah malam ke, subuh ke. Bas henti-henti terakhir malam, aku diturunkan di tepi jalan besar sahaja dan kena jalan kaki masuk ke kampung.
Jalan kampung gelap, laluan kiri kanan ada kebun dan penuh semak samun. Aku tak rasa takut sebab tahu, setan paling besar adalah bapaku sendiri.
Ada seorang kawan lelaki sekampung perasan aku kerap balik malam, selalu tolong teman di kepala simpang masuk kampung. Rupanya bapaku tak senang dan menyerang dia di rumah, dia dituduh buat tak baik denganku. Kecoh juga satu kampung. Dia malu lalu membawa diri.
Perangai bapa macam si4l tu, aku dah tak peduli. Kat tempat kerja, aku baik dengan semua orang.
Kalau ada kawan lelaki nak tumpangkan, biasanya.. aku ikut instinct (satu kelebihan sebagai mangsa seksual, aku agak pandai menilai lelaki yang baik atau yang haprak) Kalau aku rasa ok, aku ikut je daripada kena menapak jauh malam2 buta.
Tapi sejujurnya, aku dah tak kisah sangat kalau kawan lelaki nak r*pe ke ,c*bul ke, ikutlah.. Asal jangan bapa yang buat. Aku tak nak jadi pembunuh.
Tapi itulaa.. misteri betul, takde pun lelaki intro nak r0gol ke, c*bul, r*ba ke apa. Yang buat benda jijik kat aku, cuma bapa setan aku aje. Mungkin doa ibu sentiasa mengiringiku. Aku pun bukan jenis melengser tak tentu hala, cuma terima pertolongan yang dihulur.
Mana2 budak lelaki berbaik dgn aku, semua bapa serang. Pernah kawanku yang jenis gengster sikit, nak bertumbuk dengan bapa, tahu pula takut, bapa masuk rumah terus.
Dia direct sound, Aik.. pakcik marah ni kenapa, saya cuma hantarkan dia balik, saya nak kawan dengan dia aje, ke pakcik yang nak pakai anak sendiri?
Aku pun terkejut dia cakap macam tu. Dia kata dah lama syak ada yang tak kena padaku. Terutama bila aku pernah pergi kerja dengan mata lebam, pipi bengkak. ( Ye, bapa suka menggila, pukul belasah aku, bila aku makin berani melawan & berkawan dengan budak2 lelaki).
Aku doakan semua rakan lelaki yang budiman ini dirahmati Allah hidupmu, dipelihara zuriat keturunanmu. Budi baik kalian tetap ku ingati.
So, berbalik di awal ceritaku tadi, modal inilah yang bapa gunakan menuduh aku liar & memang dah rosak pun. Padahal aku baik2 sahaja, takde lelaki yang tergamak aniayaku.
Lepas usaha nak heret bapa gagal, aku just teruskan hidup. Cuti sem, aku bekerja sungguh2 cari duit untuk belanja pengajianku dan bantu ibu. Bapa terus buat cerita fitnah pada sedara mara, kata aku jadi perempuan simpanan sebab tu dapat belajar tinggi.
Sedara mara elitist yang buta hati & fikiran ni pun, beristighfarlah kata kami ni semua ahli neraka, tak akan cium bau syurga katanya. Dia tak tahu yang aku akan tarik setiap mereka ke neraka. Tunggu masa sahaja.
Sia2 aje belajar sungguh2, dapat kerja yang baik. Ku jangkakan bahagia menjengah, rupanya duka tak habis-habis, adik2 terkorban, ibu dah tak macam dulu, tak tidur malam, bercakap, mengomel seorang diri.
Impian nak ada rumah sendiri, ada kereta, nak bercuti dengan ibu & adik2 dan yang penting nak bawa mereka jauh dari bapa (Tapi akhirnya kami masih stuck dengan dia hingga sekarang.
Rasa macam tak guna hidup lagi.. Untuk apa? Selama ini kekuatanku hanya ibu & adik2 tersayang. Zaman dulu, tak guna terms depression, bipolar.. Tapi aku rasa memang ada masalah mental.
Aku kerap ke tepi laut, merenung dengan pandangan kosong & mengharapkan ada ombak besar menarik aku hingga ke tengah lautan.
Kekadang ralit melihat kenderaan laju2 di jalanan dan membayangkan tubuhku hancur di bawah kenderaan itu seperti hancurnya impian dan harapanku.. Aduh makin laju pula air mata ku mengalir.
Aku tak rasa nak bunuh diri tapi aku memang takde semangat nak hidup.. Rasa putus asa, penat dengan ujian demi ujian.
Tapi itulah, misterinya perancangan Allah SWT bila dihadirkan suamiku sebagai penyelamat ketika keadaanku sudah sangat2 rapuh.
Perkahwinan bukan agenda hidupku. Aku bercita2 nak single sampai mati, jaga ibu & adik2. Nak join NGO untuk membantu wanita & kanak2 yang tidak bernasib baik. Tapi siapalah kita untuk terus merancang.
Beza aku dengan adik-adikku, aku masih solat. Mungkin kerana aku dah terbiasa di asrama, uni dengan kawan2 yang baik akhlak.
Tapi adik2 ku memang tidak solat. Puas kupujuk, tapi mereka seperti terlalu kecewa dengan takdir hidup. Tak guna aku solat, Allah dah jadikan aku memang macam ni, aku memang hina.. Begitulah luahan.
Ok. Kenapa aku tak heret juga bapa di usia sekarang? Takkan nak lepaskan begitu saja. Siap nak jaga dia pula.
Padaku, mudarat melebihi kebaikan. Anak2ku sudah besar, faham belaka dah.. Yang sulung di Uni, no:2 di Mrsm Ulul Albab (doakan anakku seorang Hafiz ye), anak2 mendapat didikan yang baik. Suamiku dalam bidang professional, ramai kenalan.
Alhamdulillah, seorang adik dengan izinNya, semakin pulih. Baru nak merasa ‘hidup’ di usia menghampiri 40 an, direzekikan bertemu jodoh & baru dapat baby comel. Isterinya pun sangatlah baik, pandai serba serbi & dari keluarga baik2.
So, jika nak heret bapa ke muka pengadilan, malu sudah tentu. Sabit kesalahan & jatuh hukum tak pasti lagi. Turun naik mahkamah, emosi & air muka pasangan & anak2, keluarga mertua masing2 dan semua yang berkaitan.
Kami tak pernah kata sudah maafkan bapa. Mustahil untuk melupakan. Tapi kami adik beradik sedang cuba berdamai dengan takdir.
Analoginya, umpama kita sedang sakit teruk, luka parah & rasa sakit tu memang tak tertanggung. Tapi kita perasan luka tu macam beransur baik.. Rasa sakit pun berkurangan. Padahal tak dirawat pun.
Aku pun tak tahu samada Allah sedang menyembuh kami atau sebenarnya kami masih dalam dugaan Allah lagi. Tersilap buat keputusan & pertimbangan, akan hancur lagi kehidupan orang yang tersayang.
Sekarang aku sedaya upaya menjaga hubungan adik beradik, elak ada selisih faham. Aku banyak mengalah dalam apa jua keadaan & pastikan sentiasa ada ketika adik2 memerlukan.
Suamiku beberapa kali dapat tawaran bertugas di luar negara dengan family pakej, tapi ku tolak kerana tak nak kesal lama berulang lagi. Aku tak nak tinggalkan mereka seperti dulu. Adik2 perlukan aku untuk sokongan hidup mereka. Lagipun siapa lagi yang ada?
So, begitulah sebahagian kisahku. Ada baki episod hitam yang akan tetap ku simpan bawa mati, bersemadi bersama jasadku nanti. Moga di Sana dapat ku adukan kepada Allah untukku mohon syurga abadi bersama semua yang kukasihi.
Aku mohon tolong doakan semoga keluargaku semua bersatu kembali, lengkap di syurga..aku tetap nak ibu yang sama, bapa yang sama , adik beradikku cukup semua.
Kami tak dapat berkasih sayang di dunia, semoga kami bersama2 di syurga. Jika aku perlu memilih keluarga mana untuk bersama di syurga, aku mohon Allah berikan kembali keluarga asalku.
Aku menangis masa tulis ni. Tiba2 sebak kerana terbayangkan wajah suami dan anak2 tersayang. Walau mama sayangkan kamu semua, lebih dari nyawa sendiri, tapi mama tidak pilih kamu semua.
Hidupku bersama suami & anak2, sudah seperti ‘syurga’ bagiku. Kebahagiaan, kecukupan dah semua yang terindah, yang tidak pernah ku impi akan ku miliki. SubhanAllah, Alhamdulillah. Syukur Ya Allah.
Kerana suami & anak2 inilah yang Allah telah hadirkan sebagai pinjaman teristimewa untukku, semata2 sebagai kekuatan untuk aku terus hidup hingga hari ini. Dapat membantu adik-adikku pula.
Khilaf aku, mengaku dah bahagia. Tak bahagia lagi, sebab ada adik2 yang masih tersasar dalam kehidupan & seakan berjauh hati, merajuk dengan Allah SWT.
Aku percaya, pasti ada cerita hidup orang lain yang lebih teruk dari ku. Ada terbaca bapa paksa anak buat s3ks dgn ibu sendiri, adik beradik sumbang mahram sampai lahirkan anak, ibu cabul anak lelaki sendiri. Itu yang tahu, yang pendam sampai jadi gila, yang mati..?
Lagipun aku kena berhati2 juga confess, risau jika ada yang terperasan & cam identitiku. Yelah, aku kan ada saudara mara, jiran2 sekampung, kawan2 rapat. Kisah family & bapa gila aku ni kan ‘rare’, mestilah ramai orang ingat ‘kisah rare’ kami.
Mohon doakan kami tidak diuji lagi. Doakan adik-adikku mendapat hidayah & mendapat kebahagiaan dunia & akhirat.
Tapi ibuku adalah seorang yang tidak pernah kenal apa itu kebahagiaan. Dunia bukan untuk ibu, damailah di Sana. Tunggu kami ye.. Al Fatihah untuk ibuku sayang.
Yang bahagia pun mati, yang hidup derita pun mati. Kesudahannya memang setiap orang akan diuji. Samada di dunia atau di akhirat kelak.
Ayla…. Baca tak kisahku ini? Ku doakan juga Ayla diberi ‘kesembuhan’ & beroleh kebahagiaan. Tinggalkan derita semalam, Esok masih ada… Untuk kau cuba cari bahagiamu. Kerana kau belum mati.
– Lenny (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit