Assalamualaikum, nama aku Deana. Bukan nama sebenar.
Tujuan aku menulis di sini sebab aku nak cerita betapa seksanya hidup bergelumang dengan dosa yang aku anggap biasa selama ni tapi hakikatnya terlalu besar dan memalukan.
Aku pun bukan berniat share perkara ni untuk aku buka aib tetapi lebih untuk menyedarkan orang lain yang turut sama bergelumang dalam dosa ni.
Sekiranya ada yang sudi baca, aku doakan agar urusan kalian dipermudahkan oleh Allah. Semoga Allah terus buka jalan untuk kembali pada-Nya.
Cerita ni bermula masa aku sekolah rendah. Tak dinafikan, aku seorang yang cemerlang dalam pelajaran.
Aku jarang jarang lah dapat nombor bawah dari satu. Sampai aku selalu dapat pujian dari cikgu, kawan kawan dan saudara mara sebab selalu dapat keputusan cemerlang.
Hingga satu hari, salah seorang rakan aku tunjukkan sepotong kertas dari satu majalah dan dia kongsi pada beberapa orang rakan kami.
Yang mengejutkan, potongan kertas tersebut menunjukkan beberapa aksi tak senonoh atau bahasa kasarnya s*x positions.
Bagaimana aku tahu? Aku hanya sedar selepas berbelas tahun yang itu sebenarnya gambar yang sangat teruk untuk kanak kanak seawal sekolah rendah.
Bermula dari hari itu, aku mula mencari gambar gambar serupa menggunakan telefon bimbit ayah aku yang kebetulannya ketika itu telah diberikan pada aku kerana ayah aku sudah mendapatkan telefon baru. Ketika itu aku berusia 12 tahun.
Ya, baru 12 tahun tapi aku sudah terdedah pada perkara sebegitu.
Dan aku ingin ingatkan, perkara ni 100% atas pencarian aku sendiri dan tiada seorang pun dari keluarga aku yang tahu tentang perbuatan aku ni dan sehingga hari ini aku tak pernah buka cerita ni pada sesiapa.
Bermula dengan aku mencari scene scene panas, video video pendek yang menggha*r*hkan, sehingga kepada gambar gambar model yang s*ksi.
Selepas upsr, aku dihadiahkan oleh ayah aku sebuah telefon pintar sebagai hadiah keputusan upsr yang cemerlang.
Masa itu, aku tidak lagi melakukan perkara haram seperti sebelum itu dan aku lebih banyak menghabiskan masa dengan rakan rakan dan bersedia untuk temuduga masuk ke sekolah menengah.
Ketika itu, memang tiada masa dan aku sendiri tak terfikir tentang perkara tersebut sehinggalah aku masuk ke sekolah menengah.
Aku mula terdedah kembali dengan perkara perkara begitu pada usia aku menengah atas.
Satu hari, aku dan dua orang lagi kawan aku keluar outing hujung minggu dan kami bertiga pulang ke rumah salah seorang rakan kami untuk makan dan rehat sebelum kembali ke sekolah.
Rakan aku ketika itu decide untuk ajak kami tengok sebuah filem l*cah. Betul, kami bertiga sama sama menonton filem tersebut ketika outing di rumah rakan kami.
Sejak dari itu, setiap kali aku pulang ke rumah untuk cuti, aku dah kembali mencari lagi content content begitu.
Tapi, walaupun dah didedahkan dengan perkara begitu aku tidaklah menonton content content tersebut terlalu kerap.
Dalam setahun, aku hanya menonton dua atau tiga kali. Mungkin juga disebabkan aku tinggal di asrama jadi tak banyak masa untuk aku mencari content content begitu.
Cuma, sejak aku mula terlibat dengan content l*cah aku dah sukar untuk belajar. Banyak perkara yang aku susah untuk faham dan hafal. Perkara ni aku hanya sedar bila aku dah kerja sekarang.
Habis spm, aku habiskan masa keluar dengan kawan kawan aku ke serata tempat. Dan tiba tiba tahun itu covid menyerang dan bermulalah pkp pertama.
Pada tahun yang sama, aku pula dah mula mendaftar masuk ke kolej dan belajar secara online. Maka, aku banyak habiskan masa di rumah pula.
Masa tu aku mula sekali lagi mencari content content yang dah beberapa bulan aku tinggalkan. Aku mula mencari movie movie er*tik dan mula mencari video video di youtube.
Dan walaupun begitu, ketika itu youtube agak strict dengan content content begini jadi tak banyak yang aku jumpa. Semuanya masih bertapis sedikit.
Sehingga sekarang, ketagihan aku terhadap p*rnografi ni semakin teruk bila aku dapat tahu di google ada website yang terang terang menjamu video video l*cah tanpa sebarang tapisan dan tidak berbayar.
Aku takkan sebut website tersebut dan bagi yang sudah tahu, aku minta tolong untuk rahsiakan dari pengetahuan sesiapa supaya korang dapat lindungi mereka dari terdedah pada content content p*rnografi ni.
Aku mula kunci pintu, guna earphone dan aku ada tabiat pelik ketika menonton iaitu aku akan letakkan selimut di celah kaki dan aku kepit. Cara itu membuatkan aku rasa ‘sedap’.
Tapi, walaupun sebelum itu nafsu aku membuak buak dan seperti ‘ter*nsang’, selepas beberapa minit aku akan terus tutup website tersebut dan seperti biasa aku akan clearkan history supaya tiada yang tahu.
Tapi Allah maha melihat, Allah tahu perbuatan setiap hambanya. Aku mula bekerja di syarikat yang aku sangat selesa bekerja di situ. Tetapi gaji aku seolah olah tak pernah cukup.
1400 akan habis dalam masa beberapa hari padahal aku sendiri pun pelik ke mana semua duit aku habis.
Aku juga jadi sangat malas solat. Mujurlah zohor dan asar aku akan solat di pejabat. Dan selalunya aku akan tinggalkan solat isyak setiap malam. Sangat jarang untuk aku solat penuh lima waktu.
Sehinggalah satu hari, aku ditawarkan untuk menyambung degree ke luar negara dalam bidang pendidikan al-quran dan as-sunnah atas permintaan ibu.
Dan setiap kali aku scroll tiktok, akan lalu video video tentang bahaya p*rnografi dan kesan terhadap rohani, fikiran dan kehidupan. Mula timbul perasaan takut dan gelisah dalam hati.
“Macam mana aku nak belajar bidang agama padahal aku sendiri tengah bergelumang dalam dosa yang berat?”
Aku mula perasan sebelum sebelum ni yang aku sangat susah faham ketika belajar, tidak merasa kenikmatan beribadah menyebabkan aku sentiasa meninggalkan solat apatah lagi membaca al-quran.
Aku juga mula perasan kenapa duit gaji aku sentiasa habis dengan terlalu cepat, seperti gaji aku ini tak berkat. Aku juga perasan yang sangat susah untuk khusyuk dalam solat.
Semuanya disebabkan ketagihan p*rnografi yang bermula dari umur yang terlalu muda. Semuanya aku lakukan atas kesedaran dan pilihan aku sendiri. Aku lupa Allah itu ada. Dia maha melihat, maha mengetahui.
Tapi aku lupa.
Aku tetap teruskan dosa tanpa fikir kesannya. Dan sekarang aku masih lagi dalam proses meninggalkan p*rnografi. Aku cuba melawan bisikan bisikan yang berkata ‘alah, sekejap je. Nanti dah hilang perasaan tu tutup lah.
Alhamdulillah, walaupun masih baru, aku sudah berjaya penuhkan solat lima waktu, dan mula kerapkan membaca al-quran selepas maghrib. Semua demi mengubah dan mendidik nafsu agar tak kembali terjerumus.
Aku tau, pasti ramai juga yang sama seperti aku, sedang berusaha untuk tinggalkan perkara perkara maksiat dan mungkar.
Aku tahu sangat susah untuk kau buat perubahan lebih lebih lagi bila benda tu dah sebati dengan kau terlalu lama.
Tapi jangan pernah berhenti untuk berubah. Andai terdetik dalam hati kau untuk berubah, cepat cepatlah kau sahut sebelum kau semakin hanyut.
Allah sedang panggil kau untuk kembali pada-Nya. Allah tak mahu biarkan kau terus hanyut dan melupakan dia. Kau kena terus kuat melawan nafsu dan jangan sesekali toleh ke belakang kembali pada dosa yang sama.
Andai kau perlu cut off orang di sekeliling kau agar jihad kau lebih mudah, buat saja. Allah akan gantikan dengan yang jauh lebih baik. Berubahlah kerana Allah.
Bila kau dah sedar kesan buruk p*rnografi terhadap diri kau, kau akan mula takut untuk teruskan.
Dengan adanya rasa takut dan didorong dengan suasana yang mengajak kau ke arah yang lebih baik, insyaAllah lebih mudah untuk kau tinggalkan dosa tu.
Banyakkan berdoa agar Allah lindung kau dari kembali ke dosa yang sama.
Itu sahaja dari aku. Semoga dapat dijadikan dorongan untuk mereka yang ingin berubah ke arah yang lebih baik dan aku doakan urusan kau dipermudahkan oleh Allah. Aamiin dan assalamualaikum.
– Deana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit