Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua pembaca yang budiman.
Sejak tahun 2022, hospital dah menjadi rumah kedua aku. Nov 2022, Dec 2022, March 2023, May 2023, July 2023.
Aku warded in Nov 2022 di KPJ Pahang and was given one time off morphine and ketamine and during that period, aku sepatutnya attend wedding adik aku. Tapi aku kat ward, alone.
Adik adik video call sahaja and adik aku yang kahwin, C dengan adik ketiga aku si J menangis macamkan aku dah mati rupa dia.
Jenuh aku pujuk cakap takpelah aku takde pun, orang lain ada, tapi sebalik pujukan tu, macam tersiat siat hati aku.
Almost a week juga aku di hospital dan doktor masih tak dapat nak conclude apa sebenarnya masalah after UA, blood work panel, CT Scan, X Ray, Scope semua tu.
Jawapan yang sama sejak berbelas tahun. Then aku discharged dengan a bunch of oxycodone at lower dose.
Exactly a week later, badan aku mengembang dan bengkak teruk, admit again di KMI Kuala Terengganu for 3 4 days.
Masa ni baru doc cakap most probably aku ada neuropathic pain and aku allergy dengan ketamine hence badan aku bengkak teruk.
Aku gained 7 kgs masa ni. Ni meniti hari hari ke majlis perkahwinan aku.
Semua sedang sibuk menguruskan perabot baru di bilik aku dan adik aku si C untuk majlis pada hari sama. Abah aku menangis teresak esak.
Katanya, “abah sedih. Abah ingatkan along ada sekali untuk bagitahu abah nak letak meja ni kat mana, katil ni kat mana… Tapi anak abah takde… “
Aku discharged dari hospital beberapa hari sebelum akad nikah. Badan masih lagi kembang and baju nikah aku tak muat, pin kain aku tercabut time nak pergi outdoor photoshoot.
In laws aku semua tanya kenapa aku nampak berisi sangat compared to masa engagement.
Then, kahwin. Sihat sekejap, bulan 3 start balik sakit. Sakit dia tahap jalan membongkok tangan menggigil gigil berpeluh even dalam aircond.
Bila doc tanya untuk rate pain score 1-10, aku terus cakap 13.
Terus ke KPJ Pahang sebab semua record aku di sana, admitted under different surgeon sebab upper GI and general surgeon aku on leave.
Tengah unpack barang, nurse datang bagi instruction untuk pack balik sebab aku kena terus ke HDU.
3 hari 2 malam aku di HDU. Entah siang entahkan malam. Makan entah ke mana.
Doc (Dr Siva) induce background ketamine infusion 24 hours sepanjang tempoh tu. Pains specialist aka anaesth induced sleep.
Aku terbaring sepanjang 3 hari. Tak mandi, tak ke toilet. Tubed untuk urine.
Masa tu cuma boleh minum Gloria Jeans or Starbucks. Dengan satu air tu lah aku bertahan 24 jam.
Bila terjaga, aku angkat kepala and minum air tu few sips and back to sleep.
Aku ingat juga satu hari bila aku sakit teramat even dengan ketamine, aku minta maaf kat parents and adik aku. Meraung semua orang ingatkan aku dah nak mati.
Time tu dah rupa dalam drama yang kau tengok doctor and nurses semua berlari masuk bilik gelap aku tu.
Aku cuma ingat aku cakap kat doctor tu, “help me”,
Aku nampak anaesth tu pandang machines kat belakang kepala aku and said “I will help you” lepas tu aku out terus.
Keluar HDU, sambung infused 24hrs background morphine for 2 days. Ngeri sangat rasanya pengalaman during these period.
Aku hallucinate teruk, aku nampak macam macam orang bila aku pejam mata.
Lelaki tua duduk kiri kanan aku teleng2 kepala tanya ehh kenapa tutup mata, bukalah, bukakkk lepas tu gelak kuat kuat.
Masa ni dah pindah wad biasa.
Aku pejam mata tutup telinga menggigil atas katil sambil baca segala doa dan ayat quran yang aku tau, then husband aku baru balik dari belia GJ, sentuh lengan aku, aku menjerit sekuatnya.
Nurse yang datang pun buat aku takut. Adik aku datang tidur kat bilik sama, sebab bilik luas so adik adik tidur bawah bentang toto, husband sebelah aku atas katil.
Dia mengaji, buat solat sunat. Masa ni lagi teruk aku meracau nampak macam macam.
Lepas 2 hari doctor tukar ke fentanyl+oxycodone untuk lagi 2 hari guna machine PCA tu. Sakit je tekan, sakit je tekan button.
Tapi sakitnya tetap hampir tidak hilang. Aku minta discharge, biar aku berehat kat rumah.
And aku schedule appointment dengan surgeon yang selalu aku jumpa, Dr Marzuki Ibrahim. And after some discussion, we agreed to have my case transferred to HSNZ under Pain Clinic.
Masa ni memang dah confirm dah case aku falls under Chronic Neuropathic Pain. Pain yang sentiasa ada, yang buat kau takut nak bangun pagi, tertanya tanya sakit ke tak hari ni. Boleh hadap ke tak hari ni.
May. Mothers Day. Aku tested positive for pregnancy.
Baru 5 weeks but the pain unbearable sangat kat kiri kanan perut. Bukan cramping but the neuropathic pain kicked in.
It was an unplanned pregnancy. Aku tak ambil precautions sebab OBGYN mentioned aku ada harapan tipis untuk pregnant. But I got pregnant.
Tapi masa ni aku, husband and parents aku masing masing dalam dilema.
Aku tengah menggelupur sakit, diorang tak sanggup tengok aku sakit macam tu. And we decided to end the pregnancy.
Sakit sangat hingga tahap aku hilang ingatan apa jadi, bila parents aku bawa ke klinik, husband aku ajak makan semua aku lupa.
Few days aku asyik menangis disebabkan rasa bersalah. Tapi husband and parents aku cuma tanya satu soalan,
“Kalau 5 weeks plus dah menggelupur sakit, macam mana nak carry to terms? Kami tak sanggup tengok”
Dalam tempoh berpantang, aku buat TAP Block. Injection terus ke saraf bahagian kiri kanan perut aku.
Pain specialist HSNZ yang buatkan. Inject ubat bius direct ke saraf.
And now alhamdulillah, masih bertahan. Cuma procedure ni terpaksa diulang sekiranya sakit tu mula balik.
Ngeri jugak bila ingat sebab aku minta tak nak bius, lepas tu aku boleh rasa jarum tu duk tenyeh tenyeh perut aku tapi tak tembus. Lepas dah buat tu aku cakap kat doc aku nak bius.
And doc bagi partial sedation, bila nak buat sebelah kanan, doc just cakap,
“Ok ML, I nak buat sebelah sini. You give me one big shout okay? And… Go!”
Habis segala bahasa keluar. Lepastu pengsan. Aku masih bertahan dengan oxycodone 25-30 mg sehari.
Doc ada offered morphine but aku awal awal lagi cakap no. Trauma aku belum habis.
Gabapentin 600mg a day. Entahlah.
I can’t stop taking my medication, but in order for me to conceive, I must be medication free for the first 12 weeks.
OBGYN aku bagi suggestion to just get pregnant sebab katanya i’m running against time, umur dah 34 katanya.
And there are tests to check abnormalities in the fetus as early as 9 months. If they find any abnormality, they will terminate the pregnancy.
Aku tak sampai hati untuk kehilangan lagi. Jadi aku tumpang gembira sahaja tengok anak anak orang lain.
Aku tanya husband aku, dia okay ke kalau aku tak mau pregnant. Aku tak nak anak aku warisi sakit aku dan aku tak rasa badan aku mampu untuk carry another life inside of me.
Aku suruh dia kahwin lain, dia menangis. Tak nak katanya.
“Abang kahwin dengan awak bukan sebab abg nak anak. Abg nak hidup berdua dengan awak.”
“Selagi mana ada awak, dah cukup bagi abang. Selagi ada kita.”
It’s hard for me to turn right. Harder to turn left. The whole thing is just a very hard pill for me to swallow.
Aku sedang cuba berdamai dengan takdir. Moga ada ruang untukku menjadi ibu kepada anak di kandungan bidadari lain di dunia.
Moga aku kembali sihat dan aktif seperti 17 tahun lepas..
– ML (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit