Some of kenalan akan tanya kenapa tak tamatkan jer kursus pegawai tu, kalau tamat mesti sekarang dah jadi pegawai kerajaan, tak payah dah susah-susah fikir lepas graduate nak kerja apa.
Gaji pegawai lepasan degree ni mahal. So boleh lah survive dengan hidup la ni yang sara hidup pun makin mahal.
Tapi… Tu orang yang tak lalui pada fasa kejatuhan aku yang memang jatuh terduduk ditimpa tangga.
Niat nak sambung belajar ofc lah nak banggakan mak bapak.
Dari zaman sekolah rendah sampai ke zaman matrikulasi, aku kerap dibuli dari segi mental.
Mula-mula tu aku anggap semua hanya gurauan sebab nak sedapkan hati, tapi bila gurau jadi hinaan mesti tak ada orang yang boleh bertahan lagi bila bertubi-tubi dapat.
Aku harap bila aku masuk Universiti, maka mulalah hidup baru untuk aku keluar dari fasa mental health issue.
Bukan aku malas nak rawat my mental issue dengan berjumpa psikiatri, tapi aku rasa lebih baik ikhtiar.
Sebab kes buli yang aku alami tu lah aku jadi seorang yang pendiam, aku akan jadi tak selesa bila di tempat yang ramai orang, dan some of case aku akan buat benda diluar jangkaan aku since aku pun ada panic attack.
Tak cuma tu, pernah juga aku dimasukkan hospital sebab collapse.
Bila dapat tawaran masuk uni dan kebetulan masa tu ada kakak sepupu yang telah tamat belajar cerita pengalaman dia menjadi pegawai salah satu badan kerajaan, aku jadi macam ter”adore” dengan kisah dia.
Aku ingat aku kuat dan mampu bertahan, tapi rupanya ia terhenti di hujung jalan sebelum aku disahkan menjadi pegawai dan tamat latihan.
Mula tu adalah frust tapi aku rasa mungkin bukan rezeki aku kat situ lagi pun buat aku nak bertahan lama lagi kalau mental aku dah hancur lebur.
Hancur lebur bukan sebab penghinaan, tapi more kepada pengkhianatan. Rasa dikhianati bila aku anggap orang yang aku rapat tu as sahabat, tapi at the end of the day dialah yang paling memanipulasi.
Dia nampak aku ni teruk kat mata orang lain my story benda-benda yang aku rasa dia tak patut pun. Silap aku juga terover sharing, last-last benda tu lah yang diungkit and jaja.
Masalahnya aku takleh brain, masing-masing bukan level budak biasa-biasa, muka dah nampak macam budak baik, background masing-masing dari sekolah agama berprestij, pendidikan pun aku kalah, tapi… Perangai sumpah buat aku tertekan.
Masa awal aku masuk latihan, aku rapatlah dengan beberapa orang and kat story ni aku tak akan mention lah, aku yakin yang doa orang teraniaya ni ampuh,
So aku tak berdendam cuma aku nak diorang belajar dari apa yang diorang dah buat kat aku, dan aku story ni untuk pengajaran if korang mengalami benda yang sama macam aku.
Kat sini aku labelkan dia sebagai si A, B, C, dan some of group girl yang dok sokong si A and B. Diorang ramai, aku sorang.
Sebab tu aku pilih untuk angkat kaki. Bukan sebab aku pengecut, cuma aku dah penat and aku tak rasa kat situ ada rezeki aku.
So back to story, masa awal aku masuk tu aku kenal dengan si A. Aku rapat dengan dia pun sebab banyak class kami sekali, plus aku adore sebab dia from sekolah agama.
Aku ni agama pun cikai-cikai jer, so aku rasa better aku kawan dengan orang yang tahu selok belok agama. At least takde lah aku makin culture shock bila berjauhan dengan family bagai, tambah lagi satu dia ni jenis memang struggle lah lagi-lagi bab belajar.
Dia datang dari family yang broken, mak ayah dia bercerai dan semua perbelanjaan ditanggung oleh mak dia and bantuan agensi kerajaan macam tu lah. Dia memang berjimat.
Tapi semua tu tak lama. Ada satu hari ni, dia memang dah tak ada duit langsung, dan dia pun minta aku pinjamkan dia some of money.
Masa tu aku pulak tak lah berapa nak ada duit, aku masuk uni pun under tajaan zakat jer. Duit biasiswa pula memang aku manage cukup-cukup sampai satu sem, tapi sebabkan kesian aku pun bagilah dia pinjam.
Start tu kan, dia asyik nak pinjam. Bila pinjam pula dia akan gunakan isu kawan like
“Kalau aku tak kawan dengan kau, sape lagi nak kawan dengan kau? Tolonglah. Kita kan kawan”.
Sekali dua tu boleh toleransi lagi, tapi bila dah hari-hari ni aku pun kering poket. Yang paling sedih sekali aku terpaksa berikat perut, nak mintak family kat kampung belum tentu diorang ada duit, dan bila aku nak kutip hutang pulang…
Hurmmm… Haram, liat nak bayar lepastu terus nak ugut buka cerita aku kat orang-orang yang kami kenal sepanjang tempoh latihan.
Tak cukup lagi tu, ada sekali masa tu aku nak saving duit buat lesen sebab yelah payah tak ada lesen nak pergi mana-mana kadang macam pengemis even kereta sewa bayar pakai duit sendiri,
Tapi sebab tak de lesen gigihlah nak ajak member yang ada lesen untuk tolong drive. Tolong bukan setakat tolong, kena hulu-hulur jugaklah karang diungkit-ungkit.
Lepastu si A ni nak mintak belanja makan sebab tak ada duit cash kat tangan, tapi aku dah cakap aku pun ada cukup-cukup. Still tak nak faham.
Dia boleh pulak ambik makanan sedap-sedap dari aku yang confirm lagi mahal kat cafe uni tu pastu beratur pulak betul-betul belakang or depan aku. Bila time aku nak bayar boleh pulak dengan muka selamba dia kata,
“Ni bayar sekali ye. Dia bayar”.
Aku jem, tapi terpaksa bayar sebab tak nak gaduh plus tak nak orang lama beratur semata seketul A tu.
Dari semester 1 sampai semester 5, itu je yang dia tahu. Bila aku mintak hutang, dia pura-pura hilang ingatan.
Tapi bila aku hutang dia like masa aku mintak tolong dia print out kerja aku since aku tak ada printer, boleh pulak dia ingatkan aku supaya bayar cepat.
Aku tahulah nak bayar, ni dia siap mention kat group of girl yang sememangnya anti aku tu.
Macam lah hutang aku banyak, dan macam lah aku tak bayar. Aku tahulah nak bayar.
Padahal baru berapa jam jer aku suruh dia print out. Tak cukup aku ni nampak pelik kat group of girl tu sampai aku dipalau since aku pendiam, dijaja pulak aku ni liat bayar hutang, makin bertambahlah anti diorang kat seketul aku.
Yang paling tak suka tu bila nampak aku jer ada jer cerita pluss buat muka taik diorang tu yang nampak aku macam najis bergerak. Yang si B pulak ni aku rasa dia terpaling susah.
Dia bukan anak orang biasa, tapi terlalu humble sampai melabel diri “aku ni miskin” padahal dalam account bank adalah duit.
Aku ni yang duit bank tinggal duit buku yang confirm tak boleh keluar ni pun tak adalah nak drama bersamamu macam dia.
Hari-hari cerita dia miskin, bantuan universiti bagi kat orang yang betul-betul susah pun dia tapau even masa tu dia dah dapat bantuan, alasan dia kena guna kesempatan sebaik mungkin.
Yang kata susah tu jugak lah yang dok paksa-paksa aku supaya ikut lifestyle dia yang suka naw iku benda-benda viral.
Bila aku tak nak, tahu pulak nak bising.
Aku ingat lagi masa tu aku betul-betul berjimat, aku tak de nak story yang aku kena tanggung si A ni sampai duit simpanan pun tak ada, tapi aku adalah bagi tahu si B ni masa dia ajak aku nak pergi jalan-jalan yang aku ni tak berapa nak ada duit.
You know apa dia kata? Dia kata,
“Lah, kau ni boros ke wey? Simpan lah duit tu. Cuba tengok aku, yang jimat aku akan jimat. Takpe lah lain kali aku ajar kau jimat. Betul lah kata si A ko ni boros bab duit. Kita nak survive sampai hujung semester, kau boleh pula dah kering”.
Aku ingat lepas tu dia boleh lah bagi aku sedikit ruang untuk menyendiri, dahlah lapar padu.
Biskut kering semester berapa yang tak habis tu lah jadi alas perut. Tup tap dia boleh cerita kat group of girls yang aku ada masalah duit sebab boros.
Bukan sekali tau, berkali-kali dia akan cerita benda tak patut kat group of girl ataupun kenalan dia yang kenal aku. Dia punya lifestyle ni aku kena ikut kata dia sebab aku ni one of orang yang dia rapat.
Tapi jujur aku ni lagi miskin dari dia so aku tak boleh nak ikut. Dia sekali keluar mesti beli macam-macam.
Kalau makan pun nak tempat yang viral so boleh post kat ig, fb bagai. Aku ni selalu lah jadi bahan sindiran sebab tak mampu nak ada semua tu.
Si C pulak dia ni orang banyak pengaruh. Dia ni lah yang buat aku bertambah trauma dengan Uni dan kehidupan sepanjang latihan.
Aku bukan baik, tapi aku cuba jadi baik. Aku masa sem 1 ke 3 memang tak rapat dengan dia, tapi sebabkan aku selalu masuk hospital time latihan jadi dia kenal and terpaksa rapat dengan aku sebab dia ada, “pengaruh dan jawatan”.
Dia jenis konfiden tinggi jadi ramai orang akan beralah pada dia. Mungkin malas nak gaduh ke apa, tapi bila dia gaduh pun still ada group of girl yang sokong dia.
Dia pernah lah downgrade kan aku se down-down nya, maki hamun aku atas sebab tak mudah sabah one of that adalah sebab dia tak suka aku yang jenis pendiam dan tak suka karakter aku (senang kata semua pasal aku).
Dia banyak pengaruh, jadi bila dia kata dia tak berkenan kat aku, semua puak-puak dia auto benci kat aku.
Yang paling tak boleh blah tu siap pulau dan canang aku sampai aku makin depress dan banyak kali aku rasa nak bunuh diri sebab aku rasa betullah cakap dia yang aku ni badut and useless.
Ramai orang sekeliling aku like si A and si B ni turut sokong dia tapi still berkawan dengan aku, tapi bila si C ni suruh diorang nasihat aku or tegur aku even dekat public pasal benda-benda yang mengaibkan pun diorang buat.
Serius duduk dalam circle tu buat aku makin rasa useless, dihina dikutuk baik mentally atau physically, and semua tu berlaku selama 3 tahun tanpa pengetahuan siapa-siapa. Adalah yang pernah tanya aku okay tak, tapi aku tipu yang aku okay.
Ada satu benda yang aku makin benci pada diorang, masa tu adalah satu latihan ni. Aku bawak barang baru tau semua sebab barang tu memang aku tak ada like baju, seluar macam tu lah untuk survive beberapa hari.
Duit tu pulak aku guna duit baki lepas aku hantar duit ke kampung sebab masa tu mak ayah aku memang perlukan untuk adik-adik aku jugak, then barang aku beli tu around 200 lebih.
Barang tu aku letak depan diorang and sama tempat di mana diorang letak beg-beg diorang.
Then, aku dihantar ke hospital sebab collapse during latihan.
Aku balik-balik jer barang tu dah tak ada, aku tanya diorang nampak tak, sorang-sorang aku tanya since barang aku paling banyak lesap, barang diorang aku tak sure tapi aku dengar cerita tak ada pun yang hilang barang kecuali aku.
Masa tu kan beg tu lesap, diorang boleh kata “Ish kau ni cuai, ingatlah balik mana kau letak. Kau ingat kita orang ni nak jaga barang kau ke 24 jam? Pergilah cari sendiri”.
Aku round banyak kali tempat sekeliling, last-last aku jumpa beg tu terburai macam ada yang selongkar, pakaian dalam apa semua bertabur dengan kotoran, stok makanan pula habis lesap.
Allah, menangis aku. Tapi bila ada another from group of girl tu hilang barang and aku buat donno or cakap,
“Aku tak tahulah. Sorry”.
Dia copnya aku kurang common sense sampai ke sudah dan label aku lembik, punca, beban sebab aku asyik keluar masuk hospital.
Dan hujung tahun ketiga tu aku angkat kaki. Itu pun sebab aku warded HB low, pernafasan aku teruk, and Dr sarankan aku untuk stop aktiviti-aktiviti lasak or yang boleh buat keadaan aku makin teruk.
Warded pulak time latihan. Maka bertubi-tubi mak jemah from the group of girl tu menyemak wasap aku, bukan dia tanya khabar or mendoakan yang baik-baik.
Diorang cuma sent benda -benda bodoh yang makin buat aku sedih like “kau ni banyak eh penyakit, lembik”. Trauma gila bila ingat apa yang jadi.
Banyak benda sebenarnya jadi sampai aku jadi trauma. Trauma ni bukan sekejap ye nak hilang.
Even sekarang aku dah berkeluarga pun still tak hilang like aku susah nak buat pilihan since dulu aku dikecam teruk kot kalau salah buat pilihan sampai digelar badut yang bermaksud bodoh.
Bukan takat dari group of girls tapi ada juga puak-puak lelaki yang take advantage untuk maki hamun aku.
Sebab tu dia jadi traumatik. Mental yang hancur, kepercayaan about friendship ni pun hancur lebur.
Aku datang bawa harapan keluarga, aku keluar sebab aku tak kuat dah. Bila aku putuskan untuk berkahwin, aku tahu bukan senang untuk seorang lelaki bergelar suami bertahan dengan keadaan aku.
Tapi alhamdulillah dia ada bila aku kena warded sebab aku masih lagi tak move on masa awal kahwin tu. Aku tak move on sebab aku tertanya
“Kenapalah orang yang membuli ni dia berjaya sedangkan aku yang dibuli kena tanggung this trauma and mental health issue yang terjadi sampai aku mati nanti”.
Ye diorang berjaya guys, masing-masing ada carrier yang diorang achieve sedangkan aku masih ulang alik hospital dan klinik pakar.
Trauma ni dia keep menghantui aku sampai lah sekarang dan itu menjejaskan parentinghood aku sekarang.
Aku takut anak-anak membesar dan mula berkawan. Aku takut diorang lalui benda perit yang aku lalui.
– Farz (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
dua tiga kucing berlari mana nak sama si kicing belanh