REPLY: Mak Mentua Perfectionist

Hi confessor, (https://iiumc.com/mak-mentua-perfectionist/).

Jujurnya bila baca confession tu, terkejut sangat sebab banyak persamaan.

Saya siap bagi suami baca dan cakap siap-siap, “Ni bukan sayang tulis tau!”

Saya nak confessor tahu, perasan tu valid dan bukan dia saja yang rasa.

Dan macam ada satu komen tu kata, dalam satu rumah, tak boleh ada dua Queen.

Yang condemn confessor tu, jangan samakan mak mertua awak dengan mak mertua orang.

Dapat mertua yang cerewet, kita masak pun dia tengok kat sebelah untuk komen serba serbi tak kena, stress tau.

Belum lagi part kita beli sabun, ubat gigi kegunaan sendiri yang kita suka pun dia suruh beli yang lain.

Semua tak kena, nak bernafas pun takut kot rentak saya tarik nafas tu tak betul pada dia.

Cara untuk selesai cuma satu- Cari rumah sendiri, sewa atau beli, terpulang pada kewangan confessor.

Suami saya pun sama macam confession tu, demand lebih.

Lepas berjaya pujuk dia untuk duduk rumah sendiri, dia survey rumah-rumah yang agak mewah pada saya.

Kita isteri ni risau la walaupun dia yang bayar nanti, makanya saya beli sendiri rumah murah-murah, ajak suami teman bila jumpa kontraktor untuk renovate dan beli perabot rumah.

Eh tiba-tiba dia yang teruja pula, semangat ajak kita shopping barang rumah dan hulur duit sponsor bagi rumah cantik katanya.

Rumah ni sebenarnya tak perlu mahal, janji selesa. Cara untuk pujuk suami pindah ni, terpulang pada confessor.

Lain suami, lain ragam. Sebagai isteri, confessor lebih tahu caranya.

Cara saya, bagi suami gembira, layan elok-elok dan selit sikit, “Alaa tak bebas la nak manja lebih-lebih. Bestnya kan baby kalau rumah sendiri, try baby bayangkan ekekeke”

Selain tu, saya buat dialog sedih sikit lepas luahkan kat suami bila kena tegur dengan mak mertua.

Saya tak pernah ada rumah sendiri, dari kecil duduk menumpang rumah orang, sewa rumah, selalu kena hati-hati, tak bebas nak buat apa-apa.

Saya tak nak anak-anak nanti rasa apa yang saya rasa. (Waktu ni tak ada anak lagi tapi kami selalu cerita impian nak anak berapa, nama anak apa dari zaman bercinta lagi sebenarnya, haha)

Rumah sepatutnya jadi tempat yang paling selesa, paling bebas untuk kita buat apa sahaja.

Lain lah kalau kat rumah orang, contohnya nak buka kipas waktu panas pun takut je orang marah bil elektrik tinggi.

Nak makan pun tak selera sebab asyik diperhatikan, serba serbi tak kena.

Saya nak anak-anak ada kenangan yang indah kat rumah mereka membesar. Yang pernah alami je faham perasan ni.

Ya, saya memang main emosi sikit dengan suami waktu ni sebab kalau saya gaduh, masam muka dengan dia sebab terasa dengan mak mertua, saya tahu suami akan stress dan akan keruhkan keadaan.

Jadi saya cuba buat suami kasihan kat saya dan saya tahu suami memang akan cuba bagi isteri dia gembira.

Sebab bila isteri gembira, suami lagi gembira kannnnn.

Cuma itu lah, suami kadang-kadang tersepit dengan mak dia.

Ayah mertua ada, tapi dia okay je tak banyak cakap sangat. Cuma mak mertua saya lebih kurang sama macam confessor.

Nak pindah keluar ni, biar suami yang pujuk mak dia. Kita jangan masuk campur, nanti nampak kita yang beria nak pindah.

Kita cuma bagi sokongan kat suami dari belakang je, dan bagi idea dialog yang perlu.

Tapi saya rasa, kalau bagi alasan nak cuba hidup sendiri dengan isteri, nak romantik-romantik, mak mertua faham kot.

Saya doakan semoga confessor tabah dan dapat pindah secepat mungkin, sebab itulah yang sebaiknya.

Saya lepas pindah terus mengandung dan alhamdulillah anak dah berderet.

Berkat kepala tak stress dah kot, haha.

– Puan H (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *