Belajar Berdamai Dengan Takdir

Assalamualaikum, sebelum ni jadi silent reader je. Tapi sekarang macam tergerak hati nak menulis.

Aku cuma masih belajar nak berdamai dengan takdir. Aku masih cuba walaupun ada masa hati kecil aku selalu persoal kan semua perkara.

Nama aku Siti, ada 3 orang anak. Aku bekerja kerani syarikat swasta, tak besar tapi dikenali di tempat aku ni. Gaji pun hanya bersih 1.5k sahaja. Bukan duduk daerah bandar pesat.

Kerani admin kerja dah 6 tahun, kenaikan gaji sangat la slow. Bila anak anak aku sakit terpaksa la aku ambil cuti unpaid.

Jadinya berapa sahaja gaji yang tinggal sehingga cukup bulan. Dengan ekonomi yang sekarang, aku rasakan sangat terkesan dengan kehidupan aku.

Suami aku juga bekerja, gaji nya cuma 2k sahaja.

Aku tak pasti orang lain pun terkesan juga atau tak dengan keadaan ekonomi sekarang.

Dengan gaji yang ada, setiap kali gaji mesti habis beli keperluan anak anak dan rumah. Jauh sekali untuk membeli barang keperluan sendiri.

Bila aku cakap aku sudah habis berjimat, makanan aku sentiasa masak dan bawa bekal ke tempat kerja aku dan suami.

Sudah lama kami tak makan di kedai sebab harga yang mahal..

Tapi masih lagi ada orang tanya, kenapa tak menyimpan.

Aku dah cuba simpan tapi bila hujung bulan aku korek sebab duit dah kering. Susu, pampers anak perlu diutamakan.

Aku pun tak tahu kat mana salah dan silap aku uruskan duit.

Suami aku pun tak mampu nak bagi duit nafkah, duit dia pun habis untuk keperluan komitmen dia. Semua urusan rumah, barang basah, kering aku beli guna duit aku.

Tipu la aku cakap aku tak sedih, tapi hidup mestilah diteruskan dengan anak anak sedang membesar.

Kereta pulak, aku pakai kereta bapak aku. Kereta lama, kiranya dia bagi dekat aku, sebab aku memang tak mampu nak beli kereta baru.

Bila kereta lama ni korang faham la, selalu kena servis dan banyak yang kena selalu baiki.

Ni pun aku pakai je selagi boleh guna sebab aku tak ada duit lebih untuk tukar. Aku tunggu masa je kereta bapak aku tu merajuk.

Niat aku nak baiki, tapi kat mana aku nak cari duit sedangkan bila gaji duit aku dah habis.

Tiap kali ada kereta baru lalu sebelah, aku sedih sebab aku tak mampu nak memiliki.

Tapi korang jangan salah faham, suami aku ada je kereta, tapi tu kereta dialah. Aku nak juga merasa untuk ada harta sendiri, tapi tulah aku belum direzekikan lagi.

Aku bukan tak cuba untuk tukar kerja. Dah macam macam interview aku pergi, rezeki aku masih belum ada.

Lagipun tempat aku ni bukan bandar pesat. Peluang gaji tinggi tu tipis, oleh itu, aku stay jela dekat tempat kerja sekarang.

Baru ni, anak aku yang sulung minta bawa pergi pantai, aku menangis tiap hari lepas balik kerja sebab bila aku buat kira2 duit aku tak cukup pun untuk bawa anak anak aku bercuti.

Anak aku yang kecik tu langsung tak pernah merasa pergi makan angin. Sedihnya aku.

Aku pun sekarang dah kurang buka medsos sebab aku taknak jadi terkilan sebab tak dapat nak bahagiakan keluarga kecil aku.

Aku emak yang lemah. Tiap kali aku rasa nak jadi lemah, nak putus asas, tiap kali tu jugak aku sebut setiap perkara yang baik jadi dekat diri aku.

Antaranya anak2 aku membesar depan mata, tak mewah macam orang lain tapi cukup seadanya. Suami aku pun baik dengan anak anak.

Cuma kami berdua belum mewah dengan kewangan walaupun perkahwinan dah cecah 5 tahun.

Terima kasih korang sebab baca, tolong doakan aku dan suami kuat untuk tempuh segala onak dan duri untuk keluarga kecil kami ni.

Tolong bagi kata2 semangat untuk aku yang kadang2 nak tersungkur dan rebah.

– Siti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *