Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Hmm nak start dari mana ya. Baiklah, akak ceritakan tentang keluarga akak dulu.
Akak anak kedua dari 10 adik beradik. Ayah akak dah tiada, mak masih tinggal di kampung bersama adik-adik, semua dah habis belajar. 3 teratas dah berkahwin dan tinggal jauh.
Adik yang ingin ku ceritakan ini yang kelima. Usia dalam pertengahan 20an. Dia bekerja di negeri lain.
Kerja dia memang payah nak dapat cuti, tapi bila dia dapat cuti memang dia ambil cuti yang lama, untuk spend masa dengan family di kampung.
Adik akak ni memang jarang nak call mak, tak tahulah mungkin dia pun tak tahu nak cakap apa kot. Jenis agak survival la sikit.
Baik, pendekkan cerita, dalam setahun ni, dia agak payah nak berhubung dengan family. Alasan dia sibuk bekerja.
Ada sekali akak dapat pergi kawasan dia tinggal, ajak dia berjumpa, tetap alasan sama. Sibuk bekerja.
Mak pun dah bising dia dah lama tak telefon. Akak pun berbuih mulut dah pesan kat dia suruh call tapi entahlah tak tahu apa masalah dia.
Kemudian, baru-baru ni mak datang negeri dia bekerja, sebab abang dia pun sebenarnya tinggal kat sana (yang no 3), cuma berbeza bandar je. Dalam 30 minit gitu.
Mak ajak dia datang ke rumah, sama jugak. Senyap sibuk bekerja katanya.
Hari mak nak balik, baru dapat call itupun mak yang call dulu. Mak tebakla, kenapa sibuk sangat bekerja siang malam ni? Nak kahwin ke? Dan adik iya kan.
Adik akak yang no 3 tu dengar perbualan dan tanya akak (sebab biasanya akak banyak tahu semua hal family) kenapa tak bagitahu yang no 5 ni nak kahwin?
Aik. Haha pecah lobang. Dari akak tak tahu memang jadi tahulah.
Dan siasatan dibuat. Dari perbualan mak dan adik, gf dia tu janda, ada anak sorang dan bekerja. Umur 15 tahun lebih tua dari dia.
Tup tup, jumpa la tiktoknya. Hmm memang jauh dari yang kami bayangkan.
Dengan umurnya dah memasuki 40, berjoget2 di tik tok, tak bertudung (maaf akak bukan skeptikal, cuma agak terkejut sebab kami tak buat benda macam tu).
Tak tahulah kenapa adik boleh suka dengan perempuan tu. Anak dia pun lebih tua dari anak2 kami dan perempuan itu pun lebih tua dari kami semua. Wallawehh. Apo ko buat ni dikk.
Akak wasap dia, tanya tentang kebenaran semua dan dia iya kan.
Dia mintak rahsiakan dulu gf dia tu dari pengetahuan mak, sebab dia nak suruh gf dia tu pakai tudung apa semua dulu lah sebelum jumpa.
Video- video tik tok pun dia dah suruh delete tapi slow slow la katanya.
Akak ceramah la jugak cakap dari segi tanggungjawab apa semua, mampu ke dia nak handle sebab yelah dengan perbezaan umur tu.
Dari sudut anak, sebab dah 40an kan, risiko tinggi.
Kemudian jarak usia tulah, anak umur 10 tahun, maknya dah 50 tahun. Itu pun baru sorang.
Tapi yela orang tengah angau bercinta manalah nampak itu semua kan.
Last-last akak suruh istikharah ajela kalau betul dia nak teruskan.
Jadi disini akak bukan nak suruh para pembaca kecam atau apa, cuma boleh ke bagi pandangan atau pengalaman kalau ada yang pernah alami, sebab first time dalam family kami jadi macam ni.
Saudara mara semua nanti pun tak tahulah penerimaan semua, hahaha.
Ko hadapla dik ko nak sangat. Akak pun tak nak menghalang, sebab ini jalan hidup yang dia pilih. Yang hadap 24 jam nanti pun dia, bukan kami.
Cuma kami nak yang terbaik untuk dua-dua pihak inilah, sebab realiti selepas kahwin tak sama dengan sebelum kahwin.
Semoga yang baik-baik saja lah buat mereka, dan berharaplah dia dapat bimbing bakal isterinya dengan baik.
– Kakakmu yang risau (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit