Isteri Tak Bersyukurkah Saya?

Salam semua. Saya Puan N ibu kepada 2 orang anak, bekerja sendiri & suami bekerja swasta.

Kebelakangan saya merasakan perkahwinan ini memang tak perlu dan satu kesalahan.

Suami suami yang baik, cuma suami memang jenis tak pedulikan saya.

Tiada whatsapp tiada call kadang saya balik lewat malam pun tiada bertanya khabar kecuali saya bawa anak2 bersama saya.

Terkadang terfikir adakah suami berkahwin dengan saya hanya kerana tiada pilihan sebab kami tak bercinta berkenalan terus berkahwin.

Dulu gaji suami kecil saya bayar hampir 80% perbelanjaan rumah & komitmen saya yang bayar.

Alhamdulillah tahun lepas income suami dah boleh 100% bayar segala komitmen, saya akan berbelanja tuk expenses tambahan seperti makan luar & berjalan2.

Saya dah pernah deep talk tentang masalah ni tapi suami hanya berubah seketika.

Habis kerja suami akan lepak di dapur sambil main hp sampai waktu tidur.

Dulu saya selalu bising tapi sekarang saya dah tak peduli saya balik kerja settle kerja dapur & tidur atau layan drama korea.

Saya pun tak ada sharing apa2 masalah semua saya settlekan sendiri sebab saya rasa suami tak peduli pun.

Hari cuti suami akak habiskan masa untuk hobi nya memasang robot.

Jadi saya kalau suami cuti habiskan masa kerja & cuba untuk pulang lewat supaya tak berjumpa suami sebab saya rasa menyakitkan hati bila habiskan masa dengan hobi.

Sampai saya cakap pada suami pergilah kerja jauh supaya saya tak nampak dia & saya bergaduh dengan suami bila suami tak ada. Saya tak kisah kalau dia tak pedulikan saya.

Suami juga tak pernah ajak saya keluar walaupun untuk makan di kedai bersama.

Dulu saya selalu je ajak suami keluar sekarang saya akan keluar dengan anak2 atau staff sahaja. Sekali sekala akak terbang jumpa kawan baik saya.

Baru baru ni saya berjumpa dengan clinical psychologist saya sebab saya pejuang anxiety disorder & major depressive. Dah lebih 13 tahun dah.

Clinical psychologist saya menasihatkan saya untuk berusaha tuk bawa suami saya ke sesi kaunseling,

Tapi saya rasa suami tak akan berubah sebab ini bukan kali pertama saya suarakan perasaan saya.

Sekarang saya cuba tuk sibukkan diri dengan kerja, dengan anak2 saya kerja hari2 sekarang supaya saya penat & boleh terus tidur.

Apa perlu saya buat teruskan perkahwinan ni tanpa rasa atau berpisah cara baik tapi macam mana dengan anak2.

Saya ada childhood trauma di mana ayah & mak tak seperti pasangan suami isteri yang lain selalu bergaduh.

Saya kadang terfikir jika saya bercerai adakah anak-anak akan kehilangan figura seorang abah.

– Puan N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *