Haiii semua, lately ramai nak jadi surirumah ye…
Ni haa akak nak cerita. Akak ni jenis yang sangatlah komited bekerja, sangat-sangat bertenaga & focus naikkan karier setiap tahun.
Sampailah satu tahap, suami dapat rezeki kerja kerajaan. Nak jadi cerita, suami kena posting jauh. Akak tak ikut, sayang nak resign.
Bermulalah episod PJJ, akak jaga anak sorang, husband jauh.
Lepas tu mak bebel cakap tak elok suami dah kahwin tapi masak sendiri, basuh baju sendiri (kira macam bujang la) so mak akak encourage akak resign & ikut husband.
Husband okay je sebab dia tau akak zero loan and sejenis yang boleh adapt whatever situation. So akak pun resign dan bermula lahh episod surirumah yang merantau.
Seriously, enjoy ye pada awalnya. Adela dalam 6 bulan pertama kot, penuh aktiviti untuk anak. Anak pun memang advance la perkembangan dia.
Lepas tu, mula bosan. Hari2 bangun tidur fikir nak buat apa hari ni.
Ya Allah bosannya, sebab akak jenis setiap hari adalah hari yang busy. So jadi macam tepu, tak tahu nak buat apa everyday.
So akak mula lah online business.
Btw akak pun a graduate, so setakat nak main sistem semua ni bukanlah susah bagi akak.
Akak success dalam business, every month travel oversea mencari barang2 baru & supplier baru.
Lepas tu anak masuk 2 orang. Mula kelam kabut nak urus anak sambil berbisnes di rumah. Lepas tu masuk 3 orang anak, akak mula rasa give up.
You know what? Cita2 bisnes dari rumah sambil jaga anak tu, bukan satu idea yang bagus. Salah satu akan terabai. Sama ada anak2 terabai atau bisnes tak dapat nak focus.
So I need a helper. Ambil maid pulak jaga anak. Lepas tu focus bisnes. Maid jaga anak.
Mana pergi cita2 yang nak jaga anak sampai jadi bijak tu? Dah terkubur.
So jadi berkerjaya juga, dah bukan surirumah. Anak2 maid yang besarkan, suap makan, mandikan, tengokkan buat kerja sekolah.
Sampai one day, akak tanya diri sendiri. What am I doing?
Nak jadi surirumah besarkan anak dengan tangan sendiri, nak educate anak, nak ajar mengaji etc tapi end up nak duit poket sendiri, buat online business lepas tu anak maid jaga tak ke sama tu dengan pergi kerja?
So… pilihlah salah satu je. Online business, berkerja dari rumah tu adalah KERJAYA ye, takde sambil2 jaga anak. Salah satu pasti akan terabai.
Kalau nak jadi suri rumah, jadilah suri rumah sepenuh masa yang bangun tidur hanya focus kecantikan diri, kebersihan rumah, perut suami & anak2, ajar mengaji, ajar silibus sekolah..
Semua2 tu tanpa perlu serabut otak fikir bisnes. Barulah boleh focus jadi surirumah. Busy tau jadi surirumah ni, kalau betul2 focus la especially bila anak dah 2-3 orang.
Now business dah slow, akak decide nak close business ni setahun dua lagi. Sebab anak sulung dah meningkat remaja memang request nak spend time dengan mama.
Kita pun kena lebih focus anak yang remaja ni sebab zaman sekarang membesarkan anak memang mencabar ye.
Macam mana akak yakin nak close business?
Sepanjang berbisnes akak kumpul asset. Beli 2 biji rumah & satu kereta secara cash. Biasa2 je tak perlu mewah. Yang penting zero loan.
Masa bisnes, buat betul2 biar sampai jadi asset, jangan guna duit online bisnes untuk beli skincare & makeup je lepas tu rumah kereta semua harap gaji suami. Jangan macam tu ye.
Setahun dua lagi Insyaallah akak kembali join kelab surirumah, majulah surirumah untuk negara!
– Cantik (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit