Cukup Sampai Disini

Assalamualaikum. Banyak yang saya nak luahkan, tapi saya pendam. Tapi saya dah tak tahan lagi.

Saya seorang isteri yang bekerja, berusia 32 tahun dan mempunyai seorang anak yang berusia 3 tahun. Tahun ni merupakan tahun ke empat usia perkahwinan kami. Empat tahun usia perkahwinan, masih baru.

Seumpama anak kecil yang berusia empat tahun, banyak yang belum diketahui, masih banyak yang nak di terokai. Tapi, saya dah tawar hati. Sangat-sangat tawar hati.

Saya dah tak mampu nak teruskan perkahwinan ni. Kami selalu bergaduh, tu lumrah dalam perkahwinan. Isu kecil, benda remeh temeh, sudahnya jadi gaduh besar.

Kami kahwin dengan cara yang sangat ringkas, akad nikah di masjid, dan kenduri doa selamat di rumah keluarga saya, jemputan tak sampai 200 orang, jiran-jiran dan kawan rapat sahaja.

Tiada hantaran, tiada dulang hantaran, tiada bersanding, tiada makan beradap. Saya nak permudahkan urusan.

Awal perkahwinan, kami bekerja, disebabkan kurang mampu, kami menyewa bilik, dan lepas tu PKP, kami di rumah keluarga saya, dan dalam masa yang sama, saya mengandung.

Jujur saya katakan, saya langsung tak nak anak waktu sebab saya tau keadaan ekonomi kami masa tu.

Banyak kali saya cuba gugurkan kandungan, emosi saya sangat tak stabil, depression saya datang kembali (saya memang ada chronic depression dan anxiety disorder dari sebelum berkahwin).

Habis PKP, kami berpindah ke rumah sewa. Keadaan emosi saya sangat tidak stabil ketika mengandung, dipaksa masuk wad psikiatri sebab keadaan yang sangat teruk, tapi saya sign surat tak nak admit.

Dengan keadaan emosi dan rumah tangga yang tunggang langgang, suami sekejap bekerja sekejap tak, hampir setiap hari kami bergaduh.

Dan dia naik tangan. Lebam badan, muka pun bengkak. Dia kata dia naik tangan sebab mulut saya jahat.

Ye betul, mulut saya jahat, kadang sampai saya maki dia. Saya mengaku silap saya, tapi saya tak tahan. Saya mintak perhatian, dia prihatin dengan saya.

Saya bekerja dia pun bekerja. Tapi bab kerja rumah, semua nak kena bersuruh, kalau tak suruh, tak buat. Dia buat apa yang dia rasa nak buat.

Saya penat, penat emosi penat fizikal. Setiap kali bergaduh hal kecik, bila mulut saya lantang bersuara, setiap kali tu jugak tangan dia akan naik. Sepak terajang.

Empat tahun berkahwin, 4 kali badan saya lebam2, sampai hidung berdarah, muka kena sepak dengan suami. Alasan sebab saya cabar dia, mulut saya jahat. Saya takkan lantang sampai macam tu kalau tak berpunca dari dia.

Banyak kali saya suruh dia lepaskan saya, tapi dia tetap taknak. Baru-baru ni saya kena tibai lagi. Puncanya, saya simpan duit anak.

Duit raya anak, duit orang bagi anak, semua saya simpan dalam sampul raya, saya sorok dalam handbeg. Bila saya tengok, tau2 duit dah takde, tinggal balance berapa sahaja dari duit yang jumlah ratus ratus tu. Duit seringgit seringgit pun habis.

Saya tanya kenapa amik duit anak tak bagitahu, selongkar beg saya. Dia jawab, nanti dia ganti lah. Tapi duit saya selama ni, pun tak pernah berganti.

Gaji saya lebih dari dia, jadi setiap bulan memang banyak yang saya tolong cover. Dia hanya bayar sewa rumah, bil api air dan hutang motor sahaja. Kereta, belanja dapur, makan minum, taska anak, semua saya tanggung.

Kenapa dia tak boleh tanggung lebih? Sebab dia kena tanggung keluarga dia di kampung. Kena bayar duit kereta yang ayah dia beli, kena bayar barang yang mak dia beli, dan nafkah untuk anak, perkahwinan dia yang sebelum ni.

Ayah dia tiba2 sakit, jadi tak mampu lagi nak bekerja. Dia sebagai anak sulung, dia lah yang tanggung mak ayah dia.

Biasanya dia akan mintak dengan saya untuk support duit minyak motor dia, duit rokok dia, makan tenga hari pun setiap hari saya akan siapkan bekal.

Saya akan spare duit untuk dia, tapi saya musykil kenapa dia tak mintak, rupanya dia kebas duit anak. Saya marah sangat, terlampau marah. Kami bergaduh besar dan dia tibai saya.

Saya merayu dengan dia saya cakap saya dah tak sanggup, saya tak mampu nak teruskan lagi, saya dah tawar hati, dah takde rasa sayang, dah tak boleh nak hormat dia sebagai suami lagi. Saya mintak dilepaskan.

Dia tak nak, tapi dia sendiri cakap yang dia pun dah takde hati.

Dia tak nak lepaskan saya sebab anak, cukup sekali sebelum ni dia bercerai, anak bawah jagaan bekas isteri, dia taknak jadi lagi.

Tapi untuk apa teruskan perkahwinan kalau dua2 dah takde perasaan? Lebih 2 minggu kami tak tidur sebilik, tak bertegur sapa walau serumah.

Dia buat hal dia, saya buat hal saya dengan anak. Banyak kali saya cakap dengan dia, hujung minggu cari lah part time, carilah apa2 job untuk support sebab gaji dia tak cukup. Apa yang dia buat?

Tidur, kalau tak kejut, tak bangun lah jawab dia. Bangun dah petang, siap2 keluar lepak dengan kawan. Melepak boleh pulak, cari kerja tak nak. Mana lah saya tak sakit hati. Pantang hari cuti, tidur je lah keje dia.

Pernah sekali, bulan lepas, anak saya kena muntah muntah, saya nak bawak ke hospital masa tu, dah tengah malam makin teruk anak muntah, saya kejut, dia buat tak tau je, dia merengus.

Sudahnya tengah2 malam tu saya drive, bawak anak ke hospital. Dengan cemas nye, anak muntah dalam kereta, saya sampai terlanggar kereta orang. Bila balik dari hospital, dia masih tidur.

Esok bangun macam takde apa jadi. Cubalah gembirakan hati anak, isteri. Bawaklah kami jalan-jalan, tapi dia, kalau tak tidur, lepak dengan kawan.

Dia kata duduk rumah pun, macam takde orang. Kami ni bukan manusia ke? Bukan keluarga dia ke?

Entahlah. Orang kata solat jemaah suami dan isteri. Selalu saya ajak dia berjemaah, jawapan dia, solatlah dulu, nantilah.

Saya teringin nak solat jemaah dengan suami sendiri, tapi entahlah. Subuh tu, kalau tak kejut, memang dia tak bangun. Ni kami tak bertegur sapa, saya pun tak tau dia solat ke tak.

Saya tahu silap saya, kalau bergaduh, mulut saya laju je nak hamburkan kemarahan. Tapi saya penat. Saya penat nak meminta, penat nak tanggung beban sorang2, penat nak tagih kasih sayang, perhatian dari seorang suami.

Bila gaduh, apa yang saya dapat? Sepak terajang. Pujuk? Langsung takde. 

Lepas gaduh, kalau tak saya yang mulakan dulu, memang sampai ke sudah lah macam tu. Dia leka dengan dunia dia, handphone dia, sampai masa untuk anak isteri pun tak de.

Dalam rumah, macam kami ni housemate, bukannya keluarga. Sungguh, saya tak mampu lagi nak bertahan. Saya mintak dilepaskan cara baik, dia tak nak.

Kalau ikut hati, saya memang nak ke pejabat agama nak selesaikan semua ni.

– NA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Saya kesiankan dekat anak Puan. Kecil kecil dah witness domestic violence. Ajarlah anak kita ketenangan. Puan kena kuat dan Puan berhak merasa ketenangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *