Kejadian 1
Alkisahnya, aku tengah sedap makan nasi, tiba-tiba aku terperasankan kakak yang ralit tengok aku. Aku pandang dia dan dia buat isyarat sebelah kanan, aku pun slow pandang. Menjerit kuat aku terkejut,
Lepas dia puas hati dengan reaksi aku dia blah sambil cakap, “overlah kau”
Eeyyy geram je aku dengan minah ni.
Aku pandang cicak tadi, eeeee dah la hitam baka manalah yang dia dapat ni. Aku gawang-gawangkan tangan sambil buat bunyi bising dengan harapan dia berambus…
Nan hadooo dia buat tak heran, jadi aku yang berambus.
Kejadian 2
Aku tengah tengok tv, ekor mata nampak ada benda pelik berjalan atas tikar getah. Nohhhh sekali aku tengok scorpion. Besaq baq hang, hitam berkilat pulak tu. Sambil merangkak dengan pengepit dia tu.
Aku waktu tu? Terpegun la aku apa lagi. Biasa aku jerit panggil penghuni rumah tapi waktu tu aku sorang je. Nak tak nak aku terpaksa survive.
Makhluk tu jalan laju, aku gerak cepat-cepat ambil batang buluh dekat pintu dan kembali balik kat posisi aku.
Aku aim badan si scorpion ni gaya aku waktu tu macam nak tangkap ikan kat sungai. Fokus betul dannnnn dia melepaskan balingan disitu dan….. Ohhh tidak berjaya.
Jantung aku macam tersentap waktu ni sebab makhluk tu tukar posisi kepada siap siaga menghadapi serangan musuh, dengan pengepit dia siap bawak naik. Aduhhh aku waktu tu ketaq jugaklah tangan pegang buluh.
Lagi sekali aku cuba pun tak kena sebab tangan aku menggeletar mat. Aku give up sebab takut.
Aku pandang jam, lagi setengah jam penghuni rumah balik. Aku pun sambung tengok tv sambil berdiri atas kerusi. Kadang aku tengok jugak makhluk tu risau dia lari.
Aku berdiri dengan tangan pegang buluh sampai la penghuni rumah balik. Jangan tanya kenapa aku tak duduk padahal aku ada atas kerusi dan bukannya lantai dan bukan benda tu reti panjat pun. Sebab apa? Sebab bolehhh dik.
Penghuni rumah balik dan aku cerita, lepastu beliau bunuh dan buang makhluk tu tak sampai 10 minit pun walhal aku mengambil masa selama 30 minit tercongok membilang detik waktu yang terlihat perlahan menunggu penghuni rumah sampai.
Kejadian 3
Tengah seronok aku mandi lampu bilik air berkelip kelip. Bila aku tengok lampu, aku terkejut sangat korang.
Setiap kali aku terkejut, jantung aku rasa macam tersentap tau dan aku akan menjerit yang jeritan tu boleh membuatkan anak jiran aku senyap dari menangis dan penghuni rumah berlari kearah suara jeritan tersebut.
Tapi tu dulu. Sekarang penghuni rumah sikit pun tak heran. Nak nak lagi kakak aku tu, dikatanya aku ni over, dia anak nombor 2.
Anak nombor dua ni memang pelik and merepek eh peel dia? Mood dia boleh swing sebab dengar aku punya jeritan, macam mengarut tapi betul dan dialah living proof bahawa anak nombor dua tersangatlah ……
Oh berbalik kepada tadi, ada rama-rama besar berterbangan dalam bilik air.
Bilik air tu kalau luas aku takde lah takut sangat ini diruangan yang kecil itu makhluk itu berlegar-legar, uish aku apa lagi menjerit lah sambil ‘gedebush gedebush’ aku siram badan aku cepat-cepat dengan gayung.
Yang aku tahu aku nak keluar. Sepantas kilat aku tutup pintu bilir air lepas aku keluar sebab takut nanti beliau masuk dalam bilik.
Rumah aku duduk ni rumah kampung dari zaman nenek moyang. Jadi atapnya memang ada laluan angin. Selain angin, haiwan-haiwan turut menggunakan laluan ini.
Kadang tu aku rasa macam tak payah pergi zoo pun takpe. Sebab rumah ni sendiri dah macam zoo, macam-macam jenis haiwan yang aku jumpa dan setiap kali tu aku tak pernah fail untuk terkejut dan menjerit.
Ye aku penat menjerit dan terkejut. Aku tak minta pun korang. Sebab macam yang aku cakap, bila aku terkejut, dia rasa macam ada orang sergah kita dari belakang. Ha centu perasaan dia. Penat kan? Hm.
Aku pernah je pergi jumpa ustazah untuk pulihkan semangat semua tapi tulah.
Long story short, rama-rama tu berjaya masuk ke dalam bilik. Aku masuk bilik air nak tutup air kolah yang dah penuh.
Beliau dengan happynya berterbangan keluar dari ruangan sempit itu keruang yang lebih luas. Aku apa lagi? Terus tolak pintu bilir air dan tutup.
Aku jerit tanya mak rama-rama tu dah keluar ke dari bilik? Dua kali aku ulang, sepi je yang aku dapat.
Aku keluar dari bilik air slow slow, tengok macam tenang dan aku pun bergerak keluar dan waktu itu beliau terbang dengan gembiranya, aku berlari macam lipas kudung keluar dari bilik.
Aku minta kakak yang peelnya pelik tu untuk tolong bawa makhluk tu jauh-jauh. Dan aku amaze ya kawan-kawan. Penghuni rumah ni tak pernah mengecewakan aku dengan keberanian mereka. Kakak aku tangkap dan lepaskannya keluar. Settle.
Aku pelik tau korang, penghuni rumah langsung tak takut membunuh haiwan-haiwan ni. Kakak aku tu lagilah, seronok dia menyakat aku sebab dia tahu aku takut dan cepat terkejut. Macam mana aku nak jadi macam mereka?
Aku ni nampak pun dah menjerit sebatu, nak bunuh memang tak la. Mak aku siap memudahkan kerja aku lagi dengan beli segala jenis mak nenek spray untuk bunuh haiwan tapi aku tak berani nak spray dekat haiwan-haiwan tu ha.
Aku rasa macam dorang duk perhati je aku ni dengan mata tersembul depa. Yang aku berani pun dengan lalat, semut, ulat dan yang tak membahayakan. Banyak lagi sebenarnya kejadian – kejadian lain. Tapi itu jelah yang nak dikongsi.
Aku bukan apa korang, aku share cerita macam ni sebab aku sedih sangat baca IIUM Confessions ni. Banyak betul dugaan alam berumahtangga yang menyedihkan jiwa.
Apapun komunikasi adalah tunjang utama dalam sesebuah perkahwinan dan semoga semuanya dalam rahmat dan kasih sayang-Nya.
Lagi satu, hahaha sorry tapi aku nak cakap jugak yang aku minat betul dengan cerita Suamiku Si Lembut tu haih sebijik macam novel. Comel betul.
– Tulips (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit