Assalamualaikum. Saya cuma nak luah isi hati saya sekarang. Saya dan suami masing2 bekerja.
Dia bekerja Oil & Gas di Sarawak sudah 10 tahun, saya dan anak2 di KL.
Sejak berkahwin, barulah saya kenal suami saya ni sangat boros dan kedekut. Masa tu saya tak kisah la sebab belum ada anak2.
Dia bayar sewa rumah, saya bayar bills dan barang dapur.
Bila dah ada anak2, dia bayar yuran nursery, tapi keperluan anak2 saya yang beli. Dia beli baju untuk anak2 pun masa newborn je 5 pasang dan tiap kali Aidilfitri.
Jadi, sepanjang anak2 membesar, saya la yang belikan baju2 mereka. Botol susu pun masa newborn tu jela sekali dia beli. Susu, pampers, barang dapur saya beli, kemudian baru dia bayar dekat saya.
6 bulan sekali belum tentu dia bayar. Tiap kali minta dia bayar hutang, dia akan sentap dengan saya. Akan bagi silent treatment.
Tak angkat video call bila anak2 nak bercakap dengan dia. Salah satu sebab saya tak berpisah lagi, sebab anak2 saya sangat2 sayangkan dia.
Dia bukan jenis buat kerja rumah dan melayan anak2, tapi anak2 tetap sayangkan dia.
Dia jarang dapat balik KL, kalau dia balik memang anak2 berebut nak peluk dan perhatian dari dia.
Tapi bila dia balik, dia akan cari kereta dan kawan2 dulu. Kebanyakan masa dihabiskan bercamping dengan kawan2.
Sehari sebelum balik Sarawak, baru dia akan duduk di rumah.
Dia pernah cakap kat saya, kahwin ni macam kena scam sebab saya tak henti2 minta duit.
Saya cuma minta dia bayar keperluan anak2 je sebab saya tak pernah minta duit untuk saya pun. Jauh sekali nak minta barang kemas sebab saya tak suka pakai barang kemas.
Kebanyakkan saya jumpa kawan2 suami yang dah lama kerja offshore, masing2 dah beli rumah sendiri. Bila tanya suami, dia cakap kalau cerai nanti saya akan tuntut harta sepencarian.
Saya memang speechless. Tak terfikir pun saya ke arah tu. Isu cerai tu pun sebab beberapa tahun yang lepas suami kantoi dengan saya, lebih 5 kali check in hotel. Bukan hotel di Sarawak, tapi di Semenanjung.
Kami bergaduh besar dan saya tuntut cerai. Sampai sekarang saya tak tahu siapa yang bersama dengan suami. Pelacur atau girlfriend. Isu tu terus senyap.
Bila dia balik, saya akan periksa seluar2 dan barang dia. Kalau jumpa kondom, saya akan tolak bila dia ajak bersama. Risau ada penyakit. Dan macam biasa, dia akan sentap dan bagi silent treatment.
Suami memang tiada duit simpanan. Emergency saving pun tiada. Kadang dia tak cukup duit, dia akan pinjam duit saya.
Suami sejak dulu suka main kereta. Kalau dia buat kereta, kadang2 boleh habis puluh ribu. Habis macam tu je.
Lepas tu tambah lagi trend camping sekarang. Duit dia akan habis dekat barang kereta dan barang camping. Kadang geram sangat, saya rasa nak bakar koleksi kereta dan barang camping dia.
Saya pernah terfikir nak berpisah, tapi anak2 sangat2 sayangkan dia. Ibarat budak bila tengok aiskrim atau coklat, mata terus bersinar bercahaya. Reaksi muka anak2 saya macam tu la.
Walaupun ayah mereka tak berapa nak melayan, mereka tetap sayang. Mereka belum mampu nak faham lagi. Saya suka tengok bila tidur malam, anak2 saya tidur pun tersenyum.
Gembira sangat bila dapat tidur sebelah ayah. Walaupun bunyi dengkur ayah tu dah sama macam bunyi ekzos kereta dia, masing2 tidur lena.
Saya rasa penguat saya mampu bertahan sampai sekarang ni ialah anak2. Dan juga keluarga mertua. Keluarga mertua saya terlalu baik dengan saya, Alhamdulillah ini rezeki saya.
Saya dah lama tinggalkan doa untuk suami saya berubah. Hanya solat dan doa lazim saja. Saya rasa Allah tidak mendengar doa saya. Saya betul2 rasa macam tu.
Semakin kerap saya berdoa untuk suami berubah, makin kerap dia buat perangai, makin kuat ujian rumahtangga yang saya kena hadap. Berdosa saya fikir macam tu, tapi saya betul2 penat.
Cuma baru2 ni saya mimpi saya suicide gantung diri, dan anak2 saya terabai, kebuluran.
Baru saya tersedar, dah lama sangat saya tinggalkan doa-doa saya. Saya harap suami saya berubah sebelum ajal kami tiba.
Doa di bawah ni yang saya kerap amalkan. Ada juga doa dari Ustazah Norhafizah Musa.
YA ALLAH, KAU LEMBUTKANLAH HATI SUAMIKU..JADIKANLAH DIA KETUA KELUARGA YANG TAAT PADA AGAMANYA YA ALLAH. BUKAKANLAH PINTU HATI DIA DAN KURNIAKAN TAUFIK DAN HIDAYAH KEPADANYA YA ALLAH..
YA ALLAH, JADIKAN DIA SUAMI DAN BAPA YANG MAMPU MEMBIMBINGKU DAN ANAK2KU KE ARAH SYURGAMU YA ALLAH..
YA ALLAH, SESUNGGUHNYA AKU MERAYU KEPADAMU.. JADIKANLAH DIA SUAMI YANG SETIA DAN JUJUR KEPADAKU YA ALLAH..
LEMBUTKAN HATI SUAMIKU, LUNTURKAN EGO SUAMIKU YA ALLAH.. KURNIAKANLAH PERASAAN CINTA KASIH SAYANG RINDU DALAM HATINYA UNTUKKU DAN KELUARGA KAMI YA ALLAH.
YA ALLAH, JADIKANLAH JUGA AKU ISTERI YG MAMPU MEMBUAT SUAMIKU RASA BAHAGIA DAN TENANG YA ALLAH..
JADIKANLAH AKU SEORANG ISTERI YG SEMPURNA DI MATA DAN DI HATI SUAMIKU YA ALLAH, JADIKAN AKU CINTA TERAWAL DAN TERAKHIR DALAM HIDUPNYA YA ALLAH.
YA ALLAH, JADIKAN KAMI SUAMI ISTERI YG MENCINTAI DI KALA DEKAT DAN JAUH, MENYAYANGI DI KALA SENANG DAN SUSAH, SALING KASIHI DAN CINTA DI DALAM SUKA DUKA DAN TAWA.
YA ALLAH, TERIMALAH IBADAH KAMI DAN JADIKANLAH KAMI PASANGAN SUAMI ISTERI YG BERSATU KERANA REDHAMU YA ALLAH.
SATUKANLAH KAMI DI TAMAN SYURGAMU, SEMOGA IKATAN CINTA INI SENTIASA DIPAYUNGI RAHMAT DAN REDHA MU YA ALLAH..
YA ALLAH, BERKATILAH RUMAH TANGGA KAMI DGN IKATAN CINTA DAN KASIH SAYANG HINGGA KE SYURGAMU YA ALLAH. KURNIAKANLAH KETENANGAN DAN KEBAHAGIAN DALAM RUMAHTANGGA KAMI YA ALLAH.
AMPUNILAH DOSA-DOSA KAMI, DOSA-DOSA KEDUA IBU BAPA KAMI DAN KELUARGA KAMI, SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YG MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA MENGASIHANI.
YA ALLAH, LIMPAHKANLAH REZEKI YG BERKAT DAN MENCURAH-CURAH SEPERTI AIR SUNGAI YG MENGALIR DERAS KE ATAS KELUARGA KAMI YA ALLAH.
YA ALLAH, PELIHARALAH KAMI DAN KELUARGA KAMI DARI SEGALA KEBURUKAN DAN KEJAHATAN, LINDUNGILAH KAMI DAN KELUARGA KAMI DARI SEGALA KEJAHATAN SAMA ADA YG KAMI KETAHUI ATAU PUN TIDAK KAMI KETAHUI.
AMIN YA ALLAH YA MUJIB..
– Mama (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit