Salam, saya dah berkahwin 18 tahun. Anak 4 orang, Isteri yang baik dan bijak. Masalah disini isu kepercayaan.
Awal perkahwinan saya akui agak lalai dan ikut nafsu. Mata tak dijaga. Saya anggap dah sedia makan, pakai, tempat tinggal dengan sungguh-sungguh cari rezeki tak ada masalah.
Hidup kami turun naik, sebab saya kerja secara kontrak (oil & gas) ikut projek. Isteri urus anak dan rumahtangga dengan baik. Anak membesar sepenuhnya di tangan isteri.
Walau masih awal tapi saya bangga dengan kejayaan anak-anak kami. Si sulung merupakan seorang hafiz dan imam di sekolahnya. Isteri saya jenis yang terlalu tegas, dulu dia banyak memendam.
Selepas 10 tahun perkahwinan kami segalanya bermula. Dia sering sindir saya untuk malu berbuat dosa, sementelah anak pun dah besar. Katanya juga dia tahu saya tak jujur dan suka cuci mata.
Selepas itu, jika selisih faham dia kerap naik angin yang agak teruk. Katanya jika saya tak mampu nak berubah sekurangnya pura-pura jadi baik depan anak.
Dia benci ada contoh buruk depan anak kami atau watak saya tak perlu lagi depan mata anak.
Jujur, saya tak pernah curang. Tak pernah terlintas untuk ada perempuan lain. Saya sangat sayangkan isteri saya.
Punca semua ini adalah saya ketika saya kantoi layan p***. Saya dah pun bertaubat, perkara tu dah bertahun berlalu. Saya tak ulangi lagi.
Perlahan-lahan dia lupakan hal itu. Saya malu, saya sendiri pun tak pandai mengaji dahulu (saya mualaf). Isteri lah yang ajar hingga saya mampu membaca Alquran dengan baik.
Anak-anak kami juga belajar mengaji dengan ibunya. 2 anak khatam dengan ibunya sendiri. Dari awal perkahwinan kami tak pernah berpisah.
Ke mana saya kerja saya akan bawa keluarga. Itu juga janji saya dan permintaan isteri. Sebenarnya sisi lain, isteri saya walaupun berdikari dan tegas.
Dia sangat lah manja dengan saya. Sangat manja sampai jiran pernah mengusik nya “manja nya dengan suami”. Berdikari dia bukanlah saya abaikan.
Saya bekerja dan hanya saya yang mencari rezeki. Jadi urusan anak sekolah, sakit, belanja barang dan bayar itu ini isteri yang uruskan. Balik kampung, kenduri pun isteri akan memandu sendiri bersama anak-anak.
Kerja saya hanyalah kuli bawahan, jika hari datang kerja adalah gaji. Banyak cuti kuranglah gaji.
Namun jika dia tak sihat, atau period pain saya akan cuti serta merta dan buat segala kerja rumah dan dia hanya baring berehat.
Setelah berbelas tahun kerja tak tetap. Baru-baru ini saya ditawarkan dari satu syarikat kerja berkaitan perkapalan (repair dsb) secara tetap.
Namun, saya perlu ke satu-satu tempat jika ada kapal yang rosak dll. (sekitar semenanjung & sabah sarawak)
Awalnya saya berharap isteri setuju. Ditawarkan dengan basic RM3*** dan lain-lain elaun. Majikan juga berjanji ada kenaikan setiap tahun.
Nampak menarik dan saya fikir mungkin dapat merubah kehidupan kami lebih baik. Saya beritahu isteri, dia hanya serahkan pada saya untuk buat keputusan.
Memandangkan tawaran ini juga datang ketika saya baru saja berhenti kerja awal bulan yang lalu (kontrak projek habis).
Saya pun mula bekerja, masih berdekatan. Sehingga saya disuruh pergi ke suatu tempat di pantai timur.
Balik dari kerja saya maklumkan pada isteri saya akan bertolak malam ini. Mungkin ambil masa 3-4 hari disana. Dia diam, sibukkan diri cuci pinggan selepas kami minum petang waktu saya balik.
Petanda awal bila saya ajak dia mandi dia tak nak. Katanya ada kerja. Sedangkan setiap hari itulah waktu & rutin kami.
Dia keluarkan baju saya tanpa bercakap. Hampir saya bertolak, dia katakan “ingatkan dah berbelas tahun hidup bersama akan kenal akan faham akan ingat semuanya”
“Rezeki di mana-mana boleh cari tapi janji lupa, tak boleh ke tak perlu ubah rutin selama ni yang dah berbelas tahun”
Dia salam saya, terus berpaling dan naik kereta, sebab nak ambil anak balik dari Asrama. Saya pula teruskan pergi dengan kereta syarikat. Langsung tak tanya khabar saya.
Saya call pun jawab sekejap kemudian beri anak bercakap. Pagi tadi saya call dia dan akhirnya saya berkata, “ok lah, bagi abang masa sampai hujung bulan ni. nanti kerja lain”
Dia diam. Saya kenal isteri saya. Saya tahu dia merajuk.
Sebenarnya juga dia ni ada satu perangai yang tak percaya. Dia takut saya lupa dia. Dia takut saya curang, layan p*** dan cari perempuan lain.
Sedangkan saya takkan dan tak nak buat dah semua tu. Saya sayangkan keluarga dan sangat sayangkan isteri saya. Entahlah.
Saya buntu. Isteri saya dia baik cuma bab kepercayaan sangatlah susah untuk dia berikan pada saya. Terlalu sayang mungkin.
Dunia dia hanya saya dan anak-anak. Adakala saya lihat dia terlalu lindung kami dari berbuat dosa. Anak kami dikawal apa yang dimakan, siapa kawan dan buka tv pun bila isteri izinkan.
Gadjet apatah lagi. Anak yang dah remaja pun tiada handphone. Anak bermain bola dia tetap setia di tepi padang.
Begitu juga anak ke taman permainan kawasan perumahan pun dia akan ikut dan tunggu walaupun anak-anak kami dah makin besar. Sekarang saya masih dikapal. Cuba pujuk hati isteri dan gembirakan walau dari jauh.
Tapi saya tetap rasa isteri berjauh hati. Cakapnya tak manja dah. Hanya jawab apa yang saya tanya.
Mungkin salah saya lupakan janji saya yang takkan kerja dan berjauhan dengan dia. Pernah dulu hampir setahun saya tiada projek, kami sama-sama jual makanan.
Sebelum ini juga pernah ditawarkan kerja luar tapi mungkin gajinya kurang menarik bahkan ketika itu saya masih ada kerja jadi saya terus tolak.
Cuma untuk kali ini saya ingat umur meningkat lebih elok kerja tetap. Cadang nya juga untuk kukuhkan dokumen demi perancangan beli aset seterusnya. Mungkin isteri sangat sayangkan saya dan itu juga rezeki yang mewah.
Mungkin juga ini kali pertama kami berjauhan dan dia terusik emosinya lantaran saya lupa janji juga.
Doakan saya. Semoga saya terus kuat dan tepat buat keputusan.
– Encik T (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit