Saya teringat kata-kata seorang pensyarah saya, masa dia belajar, adik beradik ramai, macam manalah ayahnya mampu sekolahkan mereka dengan sempurna, sedangkan ayahnya gaji kecil sahaja dan ibunya tak bekerja.
Bila dah berkeluarga dan jadi parents, barulah dia tahu dan faham apa parents akan buat untuk anak-anak mereka. 20 tahun++ kemudian saya pun faham perkara yang sama.
Saya nak kongsi kisah keluarga kecil saya. Saya kahwin pada penghujung 2000. Dikurniakan empat orang anak.
Alhamdulillah. Tahun ini yang sulung 20 tahun, yang bongsu 4 tahun. Masa anak² kecil, mula bersekolah, saya buat caruman education fund untuk mereka.
Tak banyak pun, RM50 sebulan untuk setiap anak. Masa tu baru kerja, gaji pun tak banyak. Financial planning pun tak pandai sangat. Tak macam sekarang, ilmu kewangan mudah dapat.
Saya tulis plan saya, setiap tahun berapa simpanan saya kena ada. Setiap bulan sebelum gaji, saya akan plan setiap sen duit saya tu untuk ke mana.
Saya sangka plan saya baik. Tapi plan Allah SWT mengatasi semuanya. Saya bekerja sebagai penjawat awam. Suami saya ada bisnes sendiri. Adalah jugak hic up di sana sini, tapi secara amnya, semua baik² saja.
Sampailah satu ketika, suami saya jatuh sakit. Teruk. Awal² macam ok lagi, cover dengan saving suami tapi bila dah beberapa ketika, hutang² dari pembekal perlu dilunas, gaji pekerja perlu dibayar. Tak mungkin saya dok diam saja.
Saving saya, barang kemas saya, kena guna untuk bayar hutang² bisnes, susah jugak nak redha masa tu. Nangis dalam hati. Depan suami saya kata tak apa.
Kena pulak kami baru saja beli rumah masa tu. Education fund anak² saya memang terpaksa stop. Saya tak mampu, saya memang kena fikirkan survival kami masa tu.
Saya buat personal loan jugak, bila bil perubatan suami dah sampai had maksimum medical card. Motor suami pun kena tarik waktu tu sebab tak mampu bayar. Saya downgrade kereta kepada viva manual 660 second hand.
Itupun saya tak mampu nak beli cash sebab saving memang dah tak ada. Terpaksa ikat loan hire purchase lagi, bayaran RM190 sebulan. Itu ja yang saya mampu waktu tu.
Bertahun-tahun jugak struggle, rasa bersalah pada mak ayah saya jugak sebab tak dapat bagi banyak masa tu. Kalau mereka ajak makan di luar pun selalunya ayah saya akan belanja kami. Selalu dia bagi alasan nak belanja cucu².
Selepas beberapa tahun, bila keadaan suami dah bertambah baik, saya berbincang dengan dia, kami buat keputusan untuk refinance rumah, dari lppsa ke bank.
Masa tu matlamatnya nak tutup PL saya di mbsb supaya kami ada cash lebih setiap bulan untuk kegunaan keluarga.
Suami pun dah start kerja balik, perlahan² ikut kemampuan dia. Tapi tak mampu nak cover banyak.
Masa ni anak² kami 3 orang dah di sekolah menengah. Fikiran saya dah mula runsing dengan belanja pendidikan anak² kalau mereka nak sambung belajar nanti.
Lebihan refinance ada dalam RM40k. Saya allocate untuk anak² seorang 5k. Saya baiki kerosakan² di rumah yang tak mampu kami baiki sebelum ni dalam 10k jugak.
10k lagi saya simpan di tabung haji yang sekian lama tinggal RM1300 khas untuk daftar haji.
Tahun 2020 PKP menjelma. Bisnes suami saya terhenti lagi.
Masa ni, anak sulung saya nak ambil spm, makin risau saya dengan belanja dia nak sambung study.
Masa ni saya ambil semua tawaran moratorium yang ada. Selain untuk belanja harian, saya tambah lagi simpanan pendidikan untuk anak² di sspn.
Akhir pkp, dapatlah saya simpan 10k untuk setiap anak. Masa saya buat refinance rumah dan ambil moratorium, saya sedar, pinjaman saya akan bertambah panjang tahunnya. Sampai 10 tahun lepas pencen baru selesai.
Tapi saya perlu buat, sebab saya lebih risaukan education fund anak².
Saya tak mampu nak beli rumah seorang sebuah macam yang sesetengah orang buat. At least mereka ada sedikit simpanan pendidikan saya buat untuk mereka.
Saya sedar juga 10k tu tak cukup untuk keseluruhan tempoh pengajian mereka di IPT nanti, tapi rezeki anak², insyaAllah ada.
Anak sulung saya decide nak sambung tingkatan 6, ambil STPM. Masa tu dia dapat tawaran matrikulasi program 2 tahun sebab add math dia dapat D.
Tapi dia dah tak mahu sambung aliran sains. Kelas masa ni online pada awalnya. Semua berjalan lancar, sampailah sekolah buka semula selepas tamat PKP.
Suami saya ada buat pengeluaran KWSP masa pkp tu, untuk beli secara tunai sebuah motosikal.
Anak sulung saya guna motosikal ni untuk ke sekolah sendiri, sebab kelas tingkatan 6 dia dah tak sama dengan sekolah adik² yang lain.
Satu hari, selepas saya balik dari kerja, saya tengok anak sulung saya belum sampai rumah. Selalunya pukul 3 petang dia dah balik. Saya called, tak berangkat.
Selepas solat asar, tiba² suami datang, suruh saya cepat siap untuk ke hospital. Polis telefon, beritahu anak saya terlibat kemalangan. Terus saya rasa jantung saya jatuh ke tanah.
Perjalanan ke hospital saya rasa sangat lambat. Tak berhenti dalam hati saya berdoa anak saya selamat.
Tiba di unit kecemasan, doktor bagi kami masuk. Terbaring atas katil tu anak sulung kami, berselimut, tinggal boxer saja, tak sedarkan diri.
Doktor bagitau, dia patah paha kiri, retak tulang pipi kiri dan ada pendarahan di dalam kepala. Susah hati saya masa tu, hanya Allah SWT saja yang tahu.
Disebabkan keadaan suami dah bertambah baik, dia volunteer untuk jaga anak kami di wad.
Masa ni pasca pkp, SOP di hospital sangat ketat. Tak ada lawatan atau berganti² penjaga. Melihat melalui video call anak meracau² hilang ingatan membuatkan hati ni bertambah pilu.
Doktor bagi tempoh 6 bulan untuk ingatan dia beransur baik. Dua minggu dia di wad. Tulang yang patah dimasukkan titanium. Luka² dijahit.
Sesi fisioterapi di lalui tapi ingatan yang hilang masih tak datang kembali. Sehingga sekarang setahun ke belakang dalam hidupnya lenyap.
Dia tak ingat langsung kenangan dia ambil spm. Untuk dia meneruskan tingkatan 6 memang sukar. Asalnya saya nak berhentikan saja dia, tapi cikgu² bagi cadangan untuk dia tangguh exam semester 1.
Berbulan MC, dia kembali ke sekolah akhirnya dengan motivasi yang entah ke mana dan blur memanjang.
Suami mintak saya terima hakikat, keadaan anak kami dah tak sama macam dulu. Anak kedua kami cemerlang di sekolah.
Saya buat research untuk laluan selepas spm dengan lebih detail lagi. Saya terangkan pada dia jalan² yang dia boleh pilih untuk capai cita² dia bersama dengan kos kewangan setiap kursus.
Dia dapat tawaran matrikulasi setahun, kami buat persiapan cuma belum buat bayaran, tunggu hingga saat akhir keputusan upu diumumkan.
Bila upu keluar dia berjaya dapat tempat di asasi universiti. Isi semula borang² berkaitan, dan kali ni tunggu lagi keputusan asasi kolej Mara.
Alasannya sebab kalau dapat asasi kolej Mara, makan provided 5 kali sehari, elaun bulanan pun dapat.
Kalau masuk matrikulasi ada elaun RM250, masuk asasi universiti ada bantuan kewangan asasi, tapi tetap kena tambah duit poket untuk makan hari².
Hampir ke tarikh akhir pendaftaran asasi universiti, alhamdulillah dia dapat tawaran asasi kolej Mara. Sujud syukur saya masa tu.
Nanti degree boleh terus dengan pinjaman TESP Mara. Nak mohon ytp sangkut sikit di add math sebab dia dapat B, kalau B+ memang dah boleh mohon.
Saving untuk education dia saya gunakan untuk persediaan dia masuk, duit pendaftaran dan belikan dia laptop.
Saya titipkan pada dia RM200 di hari pendaftaran, sampai sekarang dia bagitau, masih ada banyak baki sebab dia hanya makan di dewan makan sahaja.
Dia juga ada mohon bantuan zakat untuk pendaftaran IPT. Alhamdulillah, masuk cepat. Membantulah untuk kegunaan dia nanti.
Keputusan STPM keseluruhan semester anak sulung saya keluar pada masa kami sibuk menguruskan urusan pendaftaran anak kedua. Sedih masa tu, walaupun selepas ulangan, dia cuma dapat cgpa 1.92.
Memang tak lepas nak mohon masuk degree walaupun di ipts. Hari yang sama keluar keputusan STPM, hari yang sama lawyer called untuk ambil pampasan insuran kemalangan di bank.
Jadi walaupun bersedih hati tengok result yang sebegitu, terbalut jugak hati tengok amount yang masuk dalam akaun bank.
Dia dapat pampasan sebanyak RM50k. Sebahagian saya nasihatkan dia simpan di tabung haji, sebahagian lagi di asb.
Kami pujuk dia untuk sambung diploma guna result spm 2020. Lambat sikit dari kawan² lain tak apa. Terlambat bukan erti tamat.
Saya suruh dia fikir dan solat istikharah. Akhirnya dia setuju. Kami memilih untuk sambung diploma di institusi di bawah majlis agama negeri.
Pertama sebab biasiswa dan elaun bulanan RM300 diberi sepanjang tempoh belajar, kedua sebab tak jauh dari rumah. Dengan kondisi dia, kami berat hati nak lepaskan dia jauh².
Alhamdulillah dia dah selamat mendaftar dan dah mula seminggu pengajiannya. Syukur sangat dia serasi di situ.
Kalau semester 2 dia perlu berulang dari rumah, kami bercadang untuk belikan kereta second hand bawah RM10k untuk kegunaan dia. Bolehlah guna duit insuran dia.
Simpanan yang saya buat untuk dia sebelum ni, sama seperti anak kedua, saya guna untuk persediaan masuk dan belikan laptop untuk dia.
Dan sehingga elaun dia masuk dalam 2-3 bulan lagi, saya akan beri untuk sara diri dia dari saving tu juga.
Sebab saya penjawat awam yang dah cukup syarat untuk mohon pengeluaran GCR (gantian cuti rehat) maka bulan mei lepas, saya isi permohonan.
Alhamdulillah, JPA lulus dan dah masuk ke akaun saya pertengahan September baru ni. Dalam 25k saya dapat. Saya ketepikan sedikit untuk bayaran cukai tahun depan siap².
Duit tu saya nak prepare untuk anak ketiga pula. Tahun depan dia akan duduki spm, kalau dia perform macam anak kedua, saya akan cadangkan untuk dia mohon asasi kolej Mara. K
alau tak, mungkin haluan dia berbeza, insyaAllah saya dah ada sedikit saving untuk dia.
Untuk anak keempat, jauh lagi perjalanannya. InsyaAllah umur saya hampir 60 tahun baru dia selesai SPM. Saya dah menabung untuk pendidikannya.
Kalau ditakdirkan umur panjang, duit pencen bolehlah saya allocate untuk pendidikan dia pulak.
Baru ni ada sahabat saya terputus belanja untuk anak² di dua IPT berbeza. Dua² perlu menyewa di luar kampus.
Banyak belanja bulanan sebenarnya walaupun belajar di universiti paling murah yurannya dalam negara.
Dia offer saya ambil rantai lehernya. Dia kata kalau tolak di kedai, cuma dapat RM4000, dia tanya kalau saya boleh ambik dengan harga RM5000.
Saya faham situasi dia, saya setuju. Bila² masa ada duit nanti, bayar saja balik RM5000 tu dan saya akan pulangkan rantai tangannya.
Walaupun saya buat plan di awal masa nak berkeluarga ni, rupanya plan yang Allah atur lebih baik lagi.
Saya risau, susah hati dan hampir anxiety bila macam² dugaan yang datang. Seolah² saya lupa, rezeki memang Dia dah tetapkan.
InsyaAllah, biiznillah, bila sampai masa rezeki itu akan datang cuma kita jangan lupa berdoa, berusaha dan bersyukur.
Dengan keadaan ekonomi sekarang, saya berdoa agar ibu ayah semua terus cekal untuk membesarkan anak², moga Allah permudahkan setiap urusan kita. Aamiin.
– Ibu anak empat (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit