Cinta Tersorok

Salam. Hai semua. Aku Puteri, berumur 28 tahun. Bekerja sektor gov. Aku dari latar belakang keluarga yang agak konservatif.

Aku ada kawan yang aku sangat rapat. Sampai ke keluarga dia, semua aku kenal dan mereka kenal aku. Tapi beza umur kami jauh. Dekat 20 tahun juga. Tapi perbezaan tu kami tak rasa. Dia belum kahwin.

Dan kami dan kawan-kawan yang lain memang selalu jadikan dia rujukan dalam apa-apa benda. She is very capable of anything.

Sekarang, nak cerita berkaitan tajuk. Aku dah jatuh cinta dengan abang dia yang sebaya dengan mak aku. Abang dia duda. Kematian isteri akibat kemalangan selepas terlantar sakit selama setahun.

Abang dia menduda hampir 5 tahun sebelum aku kenal. Ada anak, 3 orang. Semua dah besar. 2 orang lebih tua dari aku.

Mula-mula curi pandang. Lama-lama terjatuh hati. Tambah lagi, dia berpindah dekat tempat aku kerja. Tapi aku tak pernah keluar sekali dengan dia. Mesti ada kawan aku sekali.

Mak ayah dia memang nampak senang dengan aku. Aku memang selalu melawat mereka disebabkan aku tinggal jauh dari keluarga.

Abang dia pulak pada mula-mula, memang aku nampak ada curi pandang. Lepas aku berani tegur dia, baru dia mula bercakap. Dan kami terserempak, mula bertukar nombor.

Mula dari tegur sapa biasa, lama-lama meluahkan rasa di hati. Dan tepat jangkaan kami, masing-masing menaruh perasaan.

Abang dia masih bekerja. Punyai syarikat sendiri. Tak la besar tapi tidak kecil juga. Dari segi peribadi, dia memang ayah dan suami mithali (ketika isterinya masih hidup).

Dia menyatakan hasrat untuk meminang aku. Tapi aku risau, penerimaan keluarga aku dan bagaimana aku akan hidup menjadi seorang mak tiri.

Aku nyatakan sebelum ini, latar belakang keluarga aku agak konservatif, memang titik beratkan unsur-unsur agama.

Contoh tak belajar tinggi tak apa, asalkan pengetahuan agama tinggi. Kalau boleh nak ustaz sebagai menantu.

Tapi lelaki ni, memang kaki masjid cuma anak-anaknya dan arwah isterinya tidaklah semuslimah seperti kegemaran keluargaku.

Jadi aku takut dari situ mereka dah tak boleh terima, takut aku tidak terbimbing agaknya.

Aku ada juga memberitahu pada kawanku tentang hasrat aku ni, tapi dia memang menentang. Risau keluarga aku tak terima dan keluarga abangnya.

Aku pun bukannya tak ada calon lain yang ingin dekati, tapi tak terbuka hati. Jadi kami sekarang bercinta sorok-sorok. Cuma tak pernah keluar sekali.

Aku sedang kumpul kekuatan untuk beritahu dan meyakinkan keluarga aku serta bersedia dengan penerimaan keluarganya juga.

Berjaya ke perkahwinan jarak umur macam ni? Dengan penerimaan keluarga dan sebagainya?

Aku selalu buntu juga. Istikharah aku agaknya masih belum istiqamah, tu yang belum dapat jawapan.

– Puteri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *