Untuk part I, (https://iiumc.com/dilema-seorang-perempuan/).
Assalamualaikum.. Hai semua.
Terima kasih pada IIUM Confession yang siarkan kisah aku. Aku baca saja semua komen dan terima kasih yang beri komen.
Aku tak niat nak habiskan 2 minit masa korang yang terbuang.
Disebabkan ada yang tanya, aku trauma dari segi apa dan tak jelas dengan kisah aku. So, aku decide nak jelaskan dekat sini walaupun ibarat aku buka pekung di dada sendiri.
Aku trauma disebabkan masa aku bercinta dulu dengan ex-bf terdahulu, aku didera dengan sexual domestic violence.
Memang aku sangat trauma sampai aku dirujuk ke unit psikiatri hospital.
Start dari situ, doktor diagnosis aku ada depression and ada simptom to PTSD.
Bila aku kenal dengan kawan lelaki yang sekarang ni, trauma tu muncul semula.
Berhari juga aku down dan aku kerap nangis. Aku takut kalau-kalau aku tak bahagia bila kahwin nanti.
Aku takut kalau bakal suami aku ni tahu kisah tu dan akan jadi konflik dalam rumah tangga.
Aku selalu terbayang yang aku akan dihina bila dia tahu kisah aku.
Lagi buat aku down, aku pernah baca kisah kat IIUM Confession ni pasal seorang perempuan yang kata dia dapat kaffarah dari Allah dengan tiada kenikmatan berumah tangga asbab dosa silam dia.
Aku takut andai aku di uji sebegitu.
Ya, aku tahu dan faham rumah tangga bukan semata-mata s*** sahaja. Ia melibatkan tanggungjawab & amanah untuk 2 manusia berkongsi kehidupan.
Jujur, aku tak pasti yang depression aku akan bertambah baik atau aku akan jadi teruk bila aku dah jadi seorang isteri nanti.
Seboleh mungkin aku berusaha untuk cari terapi yang bantu aku lupakan kisah lama dan move forward jadi manusia yang baru.
Tentang kerja, aku memang tak cadang nak berhenti kerja dan jadi suri rumah tangga saja.
Bila bekerja nilah, aku belajar untuk atasi trauma aku.
Urusan kerja yang melibatkan aku perlu bergaul juga dengan guru lain jantina menyebabkan aku belajar atasi ketakutan aku pada lelaki.
Bila aku sibuk, aku kurang teringat perkara negatif yang buat aku down dan aku juga sangat sayangkan kerjaya aku sebagai seorang guru.
Oh ya, aku memang elak dan sebolehnya tak sanggup nak dukung biawak hidup dalam hidup aku.
Aku tahu dan aware kesan negatif bila tanggung biawak hidup ni.
Dekat sini, aku sedaya upaya memang mengharapkan yang kawan lelaki aku ni sedar amanah seorang suami pada isteri.
Setakat ni, aku tengok dia la yang menafkahi ibu bapa dia walaupun kerja dia hanyalah pekebun sawit dan penternak kambing saja.
Okla, aku pun tak nak buat confession berjela. Terima kasih buat semua yang kongsi pandangan untuk aku.
Doakan moga Allah beri terbaik untuk aku dalam kehidupan aku dan bahagia dunia akhirat.
– Haura (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit