Aku marah anak tiri aku semalam. Riya. Umur 17 tahun.
Sejak dia duduk dengan kami 4 tahun yang lepas, dah terlalu kerap kena marah dengan aku.
Aku pun tak tahu nak buat macam mana lagi. Aku marah, aku penat. Aku sabar, aku penat.
Aku memang mak tiri yang jahat. Aku selalu marah dia.
Aku sedar kadang aku terlalu strict tapi lama-lama aku kendurkan sikap aku.
Aku mula bertimbang-rasa dengan dia. Kadang aku cakap dengan diri aku –biarlah dia dengan cara dia.
Tapi, bila aku berbaik dia ambil kesempatan.
Duduk dengan aku memang banyak peraturan. Solat kena on time. Bangun pagi hujung minggu tak boleh nak lebih-lebih dari pukul 8.00 pagi.
Tapi kadang terlajak pukul 8 lebih, aku diamkan saja. Biarlah sesekali bangun lewat.
Handphone guna hingga pukul 6 petang. Pukul 8 malam belajar sampai pukul 10 malam. Apa yang dia nak, aku dan suami cuba usahakan untuk beli atau dapatkan.
Kadang aku ajak dia keluar ke mall, kadang belanja makan itu ini, kadang belikan baju, belikan itu ini.
Dia belajar tak berapa cerdik, kami masukkan tuisyen. Alhamdulillah result makin okey. Subjek yang banyak gagal pun dah mula nampak sinarnya. Aku nak dia belajar dan dapat result yang bagus.
Lepas SPM, masuk universiti. Aku suruh dia kurangkan main handphone, main tiktok. Aku pantau handphone dia. Aku baca whatsapp, tengok galeri gambar dia.
Aku nampak dia borak2 dengan budak laki — aku biarkan asalkan tak melampaui batas. Dia dok bergambar dengan budak laki — pun aku pantau juga.
Tapi yang selalu buat aku naik angin, sikap pemalas dan pengotor dia.
Minggu lepas aku baru bising pasal sikap pengotor dia. Bilik air dan berdaki-daki, penuh rambut dia tak cuci2.
Sedangkan sebelum-sebelum tu dah penah tegur suruh cuci toilet sekurangnya 2 minggu sekali. Kemudian aku bising lagi pasal baju dia longgok kat lantai.
Dan semalam aku marah lagi, sebab dia letak pad yang dah guna berlonggok atas flush toilet. Aku rasa dari hari 1st day dia period (nak masuk seminggu) dok longgok situ.
Yang buat kantoi tu pon sebab semalam ada maintenance datang repair rumah dalam bilik air dia. Kalau tak, tak tahu la perangai pengotor dia tu. Geram betul aku!
Aku tanya dia — dia nak aku buat macam mana lagi? Baru minggu lepas janji nak ubah sikap – tak jadi pengotor. Tapi hari ni buat lagi.
Tu belum lagi dia kantoi guna laptop aku – konon buat kerja sekolah tapi dia curi-curi tengok shopee, dok whatsapp web, telegram. Haihlah. Geram lagi aku.
Aku penat nak marah-marah. Aku lelah nak bising-bising. Aku suruh dia pergi duduk dengan mak dia tapi dia tak mahu.
Mungkin keadaan rumah mak dia yang kurang selesa? Atau mungkin dia tak nak berjauhan dengan boyfriend? Haih entahlah. Tapi sampai bila?
Ayah dia? Ayah dia pun dah penat bising dan marah. Dah bosan nak cakap benda berulang kali jadinya. Tapi kadang tak tegas juga.
Aku bagitahu dia malam tadi. Ini last. Kalau anak dia tak ubah perangai, sila hantar ke emaknya. Ayah dia cakap — iya. Hmmm itu jela. Tak puas hati betul aku.
Aku sayang anak tiri aku ni, dia ni macam madu dan racun. Love-hate relationship gitu.
Ada masa dia memang mendengar kata. Dia baik cuma itulah sikap pemalas dan pengotor buat aku selalu naik angin.
Lelah aku.
Yang mencari sabar itu ada di mana.
– Dahlia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit