Aku bangun pagi dengan rasa happy, sedar dah hujung tahun tapi still tak ada progress dalam kehidupan so aku pun research about business. How to start my dream cafe, the capital money, fundraising etc.
Tapi, semua rasa happy tu macam hancur berkecai lepas aku masuk je dapur..
Mak aku, “Kamu kalau benda basah jangan la letak atas kayu ni! Tengok tu dah kembang dah rosak dah! Jadi B*NGAP B*DOH sangat ni kenapa?” Luckily, aku tak ingat sebiji apa yang dia cakap sebab ayat dia guna tu lagi menyakitkan hati.
Aku tak kisah nak tegur, tegur je lah. Masalahnya pergi kata aku BODOH la BENGAP.
Aku pun jawab “Bukan Iji tau yang buat!” Tinggi sikit la suara sebab nak tegakkan kebenaran.
Mood makan aku dah hilang, tapi makan jelah. Orang dah belikan. Lepastu, ayah aku dah habis makan, nak beli makan tengah hari pulak. Mak aku pun start lah bebelan dia lepas ayah kau pergi.
Aku bangun bawak cawan air panas aku, pinggan aku saja tinggal atas meja sebab nak tunjuk yang aku nak pergi kejap je. Astu dia sound, “Tak yah nak pergi tempat lain, duduk!”
Aku dengar dia cakap centu cepat2 aku potong, “Nak ambik air sejuk kejap.” Memang aku tak ada niat nak pergi tempat lain pun. Tak apala, tak terasa sangat pun yang ni.
Tapi waktu bebel tu dia ada kata aku ni tak tolong kemas rumah etc. “Lepas kamu jalan dengan kawan kamu haritu ada ke kamu kemas kat luar tu?” Aku jawab pendek je, “Tak..”
Throwback… Memang beberapa hari lepas aku ada keluar dengan kawan tapi mak aku bagi syarat, lepas jalan2 kena kemas kat luar rumah. Tapi, aku tak buat, DENGAN SENGAJA.
Kenapa aku tak buat? Sebab selama ni waktu mak ayah aku keluar, memang aku kemas tau luar rumah tu, aku sapu, aku cuci lantai tu berpeluh2 lencun baju aku, dah la musim panas.
Kebetulan pulak luar rumah tu ada kucing menginap so aku nak keep clean la tempat dorang duduk tu.
Dalam hati aku berharap giler2 yang mak ayah aku akan perasan ‘Oh, bersih la, ada orang tlg kemaskan lah.’
Aku tak mengharapkan pujian ke apa tapi aku nak mak ayah aku rasa terkurang lah beban tu, balik2 dari kerja nampak rumah kemas.
Tapi, malangnya, aku rasa dorang tu BUTA-
Lagi sakit, waktu mak aku bebel time makan tu, dia cakap, “Hari tu kakak dah tolong buangkan sawang kat syiling. Dia lah nak masak, dia jugak kemas rumah.”
Aku terus tengok muka kakak aku, nampak muka dia tersengih sikit, ye la sape tak bangga kene puji depan adik beradik.
Tapi aku sakit hati giler sebab dia kemas satu tu jeeeeeeeee terus kene puji jadi anak paling sayang paling contoh sekali la. And dia punya kemas tu tak kemas manapun, still obvious kotor dia tu.
Hari yang sama tu, aku ada jugak cuci syiling tu even aku buat sekerat hari je, sebab aku pergi raya rumah cikgu.
Aku pun tak tau nape haritu jugak terhegeh2 nak suruh kemas rumah, padahal semua orang tau dah haritu aku nak pergi raya. Tapi aku berusaha la jugak nak tolong dia tu.
Oh, btw hubungan kakak aku dengan aku macam orang tak kenal tau.
Lepastu, dia bebel lagi cakap “Kamu ni kurang ajar sebab haritu aku call suruh kamu tolong kakak masak tapi kamu jawab ‘kakak pun tak masak lagi-‘. Lepastu kamu terus tutup fon.”
Citer dia macam ni, lepas mak aku suruh tolong masak, aku menjawab, “Kakak pun tak masak lagi.” So, nak tolong apa kan?
Still mak aku nak backup kakak aku dengan ayat, “Dia tengah potong bawang tu.” Aku betul2 kat dapur waktu tu.. Tak ada sape2……..
Aku pun jalan sampai betul2 depan pintu bilik kakak aku yang tertutup terkunci tu, aku cakap lagi, “Tak ada, kakak dalam bilik lagi, tak masak lagi,” Mak aku nak salah kan aku pulak, “Kamu pergi je la goreng2 ayam ke apa ke masak je apa2!”
Lepastu aku tak ingat respon aku macam mana mungkin aku ada cakap ‘hmm’ , ‘okay’ ,atau bagi salam, tapi suara perlahan sangat sebab aku tahan marah. Tapi, boleh jugak jadi yang aku terus tutup fon entahla.
Tak apalah, aku pun tolong masak. Memang aku dah niat nak tolong masak kalau mak aku tak call pun.
Kakak aku rebus rebung je aku masak nasi. Ayam semua tak keluar pun dari peti ais. Aku pun kluarkan la, sebab nak goreng ayam kan?
Tiba2 kakak aku kata, “Eh, tak payah masak. Abah beli lauk dah.” Terdiam seribu bhs aku weyy. Waktu tu aku terpikir, ce kalau aku dah masak dah goreng ayam semua tak ke membazir? Apa function minah tu suruh aku masak tadi? Bruh.
One of the reason nape aku tak kan masak selagi kakak aku tak start masak. Sebab selalunya mak ayah aku akan bgtau kakak aku je, dorang dah makan kat luar ke, dah beli lauk ke, lauk apa nak masak. Semua dorang bgtau kakak aku je.
Sambung bebelan tadi, dia kate lagi, “Kamu tau tak orang makin tua makin cepat terasa. Terus tutup fon tak ckap apa2 aku terus mak pikir, ‘hmm marah la tu,’ ” bla bla bla. Not really friendly reminder, aku pun makin tua jugak, cepat terasa jugak.
Point seterusnya dalam bebelan dia, dia compare anak dia dengan orang lain. “Tengok anak pakcik tu beli kereta bagi ayah dia. Anak2 orang lain ada target cari duit nak bagi mak ayah pergi haji….” macam2 lah dia cakap.
Aku memang tak kerja lagi, kalau nak cerita reason panjang pulak karang. Tapi aku ada target nak bagi/tolong mak ayah aku. Aku punya nak tolong sampai aku kene scam. Habis puluh ribu duit aku simpan untuk study!
Mak ayah aku tau aku kene scam tapi tak tau jumlah yang sebenar sebab aku tak nak diorang susah hati bila tau aku kene scam sampai puluh ribu.
And lebih penting sekali, diorang tak tau waktu aku seronok dapat komisyen scammer tu bagi, aku pikir ‘Nanti mesti mak ayah aku happy tengok aku dapat banyak duit, boleh tolong ayah aku, boleh ajak mak ayah aku buat kerja ni jugak.’
Skip pada time ayah aku balik untuk masak tengah hari. Waktu ni mood aku start ok balik dah. Aku keluarkan semua lauk semalam n ada satu periuk kari yang still penuh dalam tu.
Astu ayah aku bagi arahan kat aku, “Pergi potong bawang nak buat kari.” And aku trus respon “Eh…?”
Ayah aku pun tinggi suara, “Eh eh apa.” Aku pun jwb dengan nada pelik, “Kari semalam banyak lagi?” Astu ayah aku kate marah2, “Aku tau la apa aku buat. Tak yah nak melawan sangat.”
Aku konfius nak mat* aku cakap elok2 nak kan kepastian je, kotlah ayah aku lupa kari semalam tu ada lagi. Tiber2 kene tuduh aku MELAWAN pulak??!! Terus hancur mood aku! Terketar2 aku pegang p*sau sambil kupas bawang.
Sakit betull memang aku berazam tak nak bercakap dah dengan dorang macam sebelum ni. Walaupun dorang tak perasan perubahan aku jadi murung tapi sekurang-kurangnya tak adalah banyak kali hati aku ni disakiti.
Paling aku benci sekali laaaaa aku tak tau kenapa tapi setiap kali mood aku happy je mestii mestii mesti mesti dorang akan hancurkan mood aku. Dari aku kecik tauuuu macam tu?!
Ni baru citer satu hari. Bukan cerita selama 20+ tahun aku hidup dengan dorang ni lagi. Ni pun aku tulis sebab aku dah tak tahan sangat2 and aku nak sangat mak ayah aku rasa sendiri apa yang dorang buat kat anak dorang ni.
Dorang pikir cara dorang tu paling bagus, siap bagi tips kat orang lain cara nak bagi anak dengar cakap. Tapi bukan aku sorang je ‘broken child'(?), ada lagi sorang anak dorang aka adik aku yang broken child(?) jugak.
Luaran kitorang nampak okay, baik, soleh solehah, nampak happy tapi dalaman tak taulah dah bertobek2 dah.
Takyah nak tanya lah nape anak ko ni tak reti hormat mak bapak, mak bapak sendiri pun layan anak macam setan!
Disclaimer: Aku tau cerita ni banyak menunjukkan side aku yang kurang ajar, tapi ini disebabkan aku dah pendam benda ni lama sangat dah.
And, aku bukan nak kurang ajar tapi nak bagitau mak ayah aku yang tak semua diorang buat tu betul. Aku ada salah dorang pun ada salah.
Aku start sedar yang situasi ni jadi sejak aku darjah 6 and sekarang aku dah 20+ . Selepas sekian lama aku diam dan memerhati sekarang baru aku nak bertindak.
Kalau aku rajin aku akan cerita lagi cerita yang terjadi sebelum ni.
– Iji (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit