Antara Cara Terbaik Dapat Makbul Doa

DOA ORANG² TERANIAYA

Kadang² kita terfikir, why semua ini berlaku kepada kita, hakikatnya baik atau buruk, semua berpunca dari perbuatan kita sendiri.

1. Kebaikan, mungkin disebabkan perkara baik kita buat,

2. Keburukan mungkin kifarah atas dosa yang kita buat sama ada dalam sedar atau tidak, melibatkan orang lain atau tidak, menyebarkan aib orang lain atau tidak, adakah perbuatan kita menjadi aib kepada orang lain atau sebaliknya.

Namun hakikatnya ramai yang persoalkan kenapa semua keburukan ini berlaku kepada dirinya, tapi tak ramai yang memikirkan apa harus dia buat untuk elakkan semuanya dari terus berlaku.

Hakikatnya dosa kepada Allah SWT, hanya Allah SWT yang boleh ampunkan, namun dosa kepada makhluk misalnya, manusia, hanya manusia itu yang boleh ampunkan,

Seandainya tak diampunkan, di akhirat, si pendosa kena bayar dengan amalan pahalanya umpama COMPENSATION FOR DAMAGE dari segi fizikal mahupun emosional ketika di dunia.

Jangan gah sangat menyakiti sesama manusia kononnya boleh taubat, kerana kita perlu ingat, ada orang yang kumpul saham teraniayanya untuk dua sebab:

1. Untuk kemakbulan apa sahaja hajat yang membawa kebaikan kepadanya,

So jangan terkejut bila kita nampak seseorang itu tak perlu berusaha untuk berjaya, atau hidup lengkap dan bahagia sentiasa, atau doanya makbul bila kita lihat kehidupannya,

Jangan cemburu kerana kita tak tahu apakah ujian dan penganiayaan yang dihadapinya sehingga Allah SWT menganugerahkan sehingga sebegitu keberkatan dan makbul doanya; dan @ atau

2. Untuk mendoakan balasan buruk kepada orang yang menganiaya dan menyakitinya.

Oleh itu jangan terkejut bila didapati, rumahtangga bergolak, anak2 sakit, atau nakal atau menjadi jahat, rezeki tak cukup,

Ke mana sahaja pergi sentiasa ada masalah tidak disukai, hati tak tenang, gelisah, rasa tak sedap, duit tak cukup, kereta rosak, kematian orang yang disayangi malah banyak lagi berbaur khifarah dalam pelbagai bentuk.

Disclaimer: seandainya kita menghadapi kesulitan dan keburukan tanpa sebab yang jelas sama ada disebabkan dosa atau tidak,

Itu adalah ujian buat kita untuk Allah SWT menghapuskan dosa kita, memberi pahala, meninggikan darjat kita dan menjadikan kita hamba yang kuat jiwa dan raganya.

Jangan terkejut bila ada yang teraniaya, dia diam tanpa melawan, kerana dia tahu, di situlah saham makbul doanya ada, dikumpulkan sebanyaknya dan didoakan bila diperlukannya,

Samaada baik atau tidak doanya, tiada salahnya sebab dia teraniaya dan Allah SWT menerima setiap doa secara adil kerana sifatNya yang Maha Adil. 

Dan kemakbulan ini tidak terbatas kepada yang Islam sahaja, yang bukan Islam yang teraniaya juga mendapat hak yang sama kerana kasih sayang Allah SWT itu Maha Luas sifatnya malah 75 kali lebih hebat dari kasih sayang seorang ibu yang paling menyayangi anaknya.

Trust me, perkara ni real dan berlaku dengan menjadi nyata, tambah lagi jika yang mendoakan itu mengamalkan zikir Ya Muntaqin (1,000 kali sambil berniat khifarah macam mana yang patut si penganiaya dapat),

Amalan Surat Yasin untuk Hajat mengikut adabnya dengan tepat, qiamullail setiap malam selama 40 hari atau sedekah dengan memberi makan kucing di waktu pagi dan meminta kucing doakan kepada Allah SWT,

Agar memakbulkan apa sahaja yang dihajati samaada baik atau buruk atas sebab saham teraniayanya atau atas sebab keperluannya yang adil.

Hakikatnya Allah SWT Maha Adil, doa orang teraniaya mudah makbul dan tanpa hijab, sama ada doa itu meminta dimakbulkan terus secara cash di dunia mahupun di simpan untuk saham akhirat,

Di mana orang teraniaya boleh absorb pahala si penganiaya sampai licin timbangan amal kebaikannya mengikut kadar ganti rugi yang dia layak dapat.

Saya bercakap bab ni berdasarkan pengalaman dan apa yang pernah diterangkan. Dan dari situ, memang Allah SWT makbulkan sepertimana yang saya nak. Alhamdulillah.

Semoga kita semua dipermudahkan, dilancarkan dan dikurniakan kejayaan dalam apa sahaja dan dalam segala-galanya, semuanya tanpa sebarang masalah, gangguan, halangan dan sabotaj buat selama-lamanya.

Semoga apa sahaja doa kita, hajat kita, kehendak kita, permintaan kita, kemahuan kita malah apa sahaja permohonan kita kepada Allah SWT dimakbulkan oleh Allah SWT,

Kerana hanya Allah SWT yang memiliki segala-galanya samaasa harapan mahupun kemakbulan malah apa sahaja.

Terima kasih..

– Yang Merasai (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *