Klinik Swasta

Aku ada soalan di hujung confession ni. Boleh tolong bagi jawapan tak? Aku buntu.

Hi semua. Aku Kikilala. Aku baru bekerja sebagai clinic assistant selama 1 tahun.

Klinik aku bekerja ni klinik kecil yang mempunyai pekerja kurang 10 orang di setiap branch.

Di sini, ada 1 doktor tetap, 1 doktor locum, 3 clinic assistants dan 1 cleaner. Klinik aku ni banyak branch di seluruh ___ dan ___ walaupun setiap branch adalah kecil2.

Masa aku apply kerja clinic assistant ni, job scope di iklan adalah lebih kepada admin, kerani, paperworks, daftar patient, claim insurance, call patient, order stock, kira stock, trace report, call rider lab, deal barang klinik & cashiering.

Masa aku mula2 masuk aku pelik kenapa klinik ni tak ada pekerja berjawatan nurse dan pharmacist. Rupanya2 clinic assistant la yang menjadi pharmacist, nurse dan radiologist yang tidak berlesen (?).

Aku macam “is this even legal?” masa mula2 masuk tu. Dah lama aku kerja, aku pun dah mahir la pegang 3 jawatan tu.

Aku sebagai pharmacist. Memang betul bukan aku yang prescribe ubat. Tapi aku yang dispense ubat. Doktor tulis ubat2 dalam note dia. Aku yang kena cari cari ubat tu & bagi pesakit. Contoh, masa cari ubat tu aku kena pastikan dose dan nama ubat yang betul. 

Nampak senang tapi kalau dah bermain dengan 200 jenis ubat? Aku bukan pharmacist berlesen. Aku juga potong ubat, tumbuk ubat, bancuh ubat, mix ubat dan lain2 kerja pharmacist.

Nampak senang? Ye la bancuh je pun. Tapi semua tu perlu kira2 untuk dapat dose yang tepat. Kawan aku yang pharmacist berlesen pun dah confirmkan tu kerja mereka. Mereka pun terkejut aku pandai kira2 cara bancuh, ratio, mg/ml etc semua tu.

Next kerja aku sebagai nurse juga. Aku tak draw blood atau insert line tapi aku yang draw blood dari line yang doktor dah cucuk. Aku ambil darah & masukkan dalam tiub (plain, edta etc). Aku juga kena buat ecg and ultrasound.

Doktor yang baca results & interpret semua tu. Aku juga yang tukar dressing & kuis ulat dari kaki pesakit. Aku juga yang jahit luka2 kecil. Aku juga yang akan buka jahitan tu nanti.

Last, radiologist. Aku yang kena buat xray. Dengan tak ada training & proper guide. Adik aku radiologist di hospital. Adik aku kata bahaya giler klinik ni. Kedekut ke nak ambil radiologist?

Radiologist yang betul perlu indicator badge ke apa nama dia, kalau tahap radiasi dah tinggi, kena cuti untuk naturalise radiasi tu adik aku kata la.

Mereka belajar 3 tahun untuk jadi radiologist, tapi aku? 3 hari dah boleh buat xray sendiri. Xray tak clear? Sokay repeat je. Aku tak tahu secara detail, aku hanya tahu ikut steps.

Aku bukan tak bersyukur ada kerja. Aku kerja sahaja, dah 1 tahun pun. Cuma minggu lepas baru terjadi satu kes.

Doktor panggil aku nurse kat sini. Kadang2 patient ajak borak. Ada sekali aunty tanya aku belajar nursing kat mana sebab anak dia nak masuk nursing.

Aku cakap aku bukan bidang nursing. Terus patient jerit panggil doktor. Disebabkan patient tu dah takut, doktor yang sambung jahit.

Sejak tu, doktor bagitahu aku untuk “tipu” yang aku ambil nursing kat mana. Walaupun aku boleh jahit & buat basic nursing tapi patient tak percaya la.

Doktor pesan untuk next time aku kena tipu. Aku takut kalau patient tertanya lagi pasal lesen farmasi, degree farmasi atau diploma radiology aku contohnya. Hmmm.

Aku tahu doktor suka aku kerja sini. Aku pickup, laju & boleh buat semua kerja di atas beserta gaji murah. Yela, berapa ribu jumlah gaji kalau nak upah yang berlesen kan.

Boleh ke? Legal ke? Is this really ok? Selama 1 tahun kat sini. Ni kes pertama.

Terima kasih..

– Kikilala (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Jangan ikut cakap doktor yang suruh saudari tipu patient. Kalau jadi apa2 kes malpractice, yang sampai tahap siasatan polis atau mahkamah, saudari akan dipesalahkan sebab bersubahat menipu patient. Doktor yang suruh saudari menipu tu macam tak beretika

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *