Salam kepada semua pembaca. Saya ke sini untuk meluahkan pengalaman saya sendiri.
Nama aku Acik (Bukan nama sebenar). Berusia awal 20an. Sebagai seorang lelaki yang masih muda. Saya melihat sendiri gadis – gadis pada zaman ini membuatkan saya kurang meminati mereka.
Saya telah membaca salah satu penulisan disini berkenaan Obses dirinya terhadap seorang lelaki “Overthinking berlebihan atau Obses” (https://iiumc.com/overthinking-berlebihan-atau-obses/).
Itu adalah salah satu perkara yang sangat menakutkan kami para lelaki. Pada kami itu adalah satu bentuk “Kegilaan”.
Saya hampir terjerat dengan gadis seperti penulis tersebut. Dimana saya diganggu ketika kerja, dan itu adalah hal yang sangat.. Sangat… Saya benci.
Saya hanya menganggap dia sebatas kawan dan tidak lebih daripada itu, tetapi dia terlalu kuat perasan seolah – oleh saya cinta mati dekat dia.
Keadaan ini sangat membuatkan saya benar – benar ingin menjauhkan diri. Saya rimas!! Saya banyak kerja!! Saya perlukan ketenangan!
Oleh kerana saya sejenis yang masih menghormati kawan. Saya tidak ada niat untuk membenci tetapi, saya berharap gadis tersebut berhenti berharap dan mengganggu saya.
Saya tidak mempunyai banyak ulasan. Saya cuma ingin meluahkan bahawa gadis yang belum matang itu sungguh membebankan.
Untuk pengetahuan para pembaca, saya secara tidak sengaja telah mengenali seorang wanita yang jauh lebih tua dari umur saya.
Dengan senang hati saya ingin katakan bahawa wanita ini banyak mengajar saya untuk menjadi lelaki lebih bertanggungjawab.
Saya suka sifat keibuan yang dia memiliki meskipun dia belum pernah berkeluarga. Saya suka cara wanita ini membawa diri, saya suka cara dia membahagiakan orang – orang disekeliling dia.
Saya suka tatapannya yang penuh kasih setiap kali mendengar keluh kesah saya.
Saya suka pembawaannya yang tenang dan tidak banyak bercakap dan tidak menuntut perhatian berlebihan. Saya merasa dia seperti rumah keduan saya selepas ibu saya.
Saya berharap lelaki dia luar sana, jadilah lelaki yang layak untuk wanita yang layak.
Carilah wanita yang mampu dan dan ada keinginan untuk mendengar isi hati kamu yang paling dalam.
Saya berharap agar gadis tersebut berhenti berharap dan mengganggu saya lagi.
Saya rimas… Saya penat… Dan saya ingin sangat difahami.
Sekian dari,
– Acik (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit