Lily, Eczema Dan Asma II

Untuk part I, (https://iiumc.com/lily-eczema-dan-asma/).

Terima kasih atas doa dan kata-kata semangat yang diterima di confession pertama.

Mulanya aku dah letak nama krim yang Lily guna, tapi bimbang orang cakap itu soft marketing pulak hahaha jadi untuk tidak menspoilkan cerita, aku padam. Maaf sangat-sangat yer.

Rasanya hari tu ada yang bertanya krim dari luar negara yang aku pernah guna untuk Lily. Krim itu ialah African shear butter. Masa tu dah cari kat Malaysia ni tapi tak ada.

Beli dari laman web i-herb dan ada juga order beramai-ramai dari group eczema yang aku join. Nampak ok sikit kulit Lily tetapi tidak sembuh sepenuhnya. Masih gatal-gatal dan merah. Tetap kena berpantang.

Tapi shear butter ni memang elok untuk sapu pada perut orang mengandung dan selepas mengandung. Parut memang tiada.

Bila aku tengok balik packaging shear butter di website, macam dah berubah. Mungkin raws material yang sama kan. Cuma dulu memang ada tulis untuk eczema.

Tapi ialah, Lily pun dah 8 tahun. Aku beli ketika usia dia 2-3 tahun macam tu. Krim yang buat kulit Lily sembuh ialah Vegesorb yang ada di farmasi Alpro. Kaler hijau packaging dia. Aku tidak jumpa krim itu di farmasi lain.

Aku amalkan mandian dan pelembap badan. Harga macam nak sama dah dengan skincare aku, haha. Jadi barang aku memang selalu kena skip la haha.

Aku pernah tunjukkan krim itu dengan doktor pakar kulit yang merawat Lily. Doktor cakap, asalkan kulit Lily ok, aku boleh teruskan.

Selepas mandi atau kulit mula mengering memang aku sentiasa sapu. Sapu dengan cara mengurut badan Lily, macam rawatan SPA tu, supaya lebih meresap. Rajin dengan tak jela.

Waktu malam, aku beri dia ubat gatal (mengikut dos yang ditetapkan doktor dan bila perlu). Jadi tidak seperti malam-malam sebelumnya, Lily tidur lena, tidak bergaru, jadi proses penyembuhan agak cepat.

Bila dah sekolah ni, kerap juga Lily kena ‘marah’ dengan aku. Aku selalu pesan supaya dia sentiasa pakai pelembap, tapi biasalah, apa kita aspek dari anak kecil seperti mereka kan. Hai la anak bertuah.

Kalau bersukan pula, balik sekolah memang nampak la dia garu-garu kaki sebab peluh tu kan. Tapi sebelum tidur, sapu pelembap, pastikan tempat tidur dan pakaian bersih, insyaAllah.

Di sekolah, bila dah pandai membeli, dia kerap pulak makan ais krim Malaysia. Ais krim dulu-dulu tu kan. Hampir nak hilang sabar aku, sebab dia bukan boleh sejuk-sejuk or panas-panas terlebih ni.

Memang dia dah stop pakai inhaler kaler coklat tu, tapi aku tak rasa paru-paru dia boleh mengembang dengan sendiri seperti paru-paru orang normal.

Sebab aku tau, kalau ada tersilap dekat mana-mana, memang nampak kesan. Cuma tidaklah seteruk dulu. Berdasarkan komen-komen yang aku baca, situasi anak tuan/puan memang sama dengan Lily.

Yang bagi info berguna pun ia memang betul. Eczema ni memang penyakit warisan. Aku follow Dr Suriyakhatun, Group Eczema dan Ainini Zainal.

Untuk ringkasan, eczema ini perlu dirawat bahagian usus terlebih dahulu iaitu kawal pemakanan. Untuk detail, boleh rujuk FB doktor tersebut. Doktor tersebut lebih kepada pendekatan yang natural, bukan bergantung kepada steroid atau ubat-ubat chemical.

Sesuai untuk tuan/puan yang takut atau was-was dengan kebergantungan kepada ubat hospital. Untuk FB Ainini Zainal / Oven Nini pula, banyak tip-tip pemakanan sihat dan sedap khasnya untuk anak eczema.

Beliau juga ada menjual bahan-bahan asas yang bebas gluten contohnya, rempah ratus dan sebagainya, boleh rujuk di blog FB beliau juga.

Tapi sejujurnya, aku tidak mampu mengikut 100%. Dia macam, ko tengok orang cantik, ko pun nak cantik, tapi usaha tak sama dengan orang tu. Hahaha.

Untuk asma, aku nasihatkan buat check-up berkala dengan doktor. Aku konsiten pakaikan inhaler untuk Lily setiap hari tanpa gagal betul-betul mengikut arahan doktor. Alhamdulilah.

Lily dah lama tak kena serangan asma dan kalau bersukan pun dia tidak mengah. Jika ada cara tradisional yang lebih bersesuaian, lebih baik cuba dahulu.

Sebab bila Lily perlu memakai inhaler/pam setiap hari, aku sedih, aku takut sebab entah berapa banyak steroid dah masuk dalam badan Lily sejak kecil.

Aku takut kesannya pada Lily nanti. Hingga kini aku takut nak fikir akan hal itu. Tawakal innahu.

Untuk para suami, jika ada anak seperti Lily, dan jika anda merokok, tolong berhenti. Jangan fikir bila tuan merokok jauh dari anak, mereka selamat. Tidak.

Tangan dari pegang rokok, asap yang terkena baju, udara yang dihembus, tidak mustahil akan melekat pada anak dan kesannya sangat buruk.

Untuk krim pelembap juga bukan semua sesuai dengan anak kita. Maaf jika krim vegesorb itu tidak sesuai dengan anak tuan/puan. Sila rujuk kandungan terlebih dahulu.

Macam Lily pun, aku dah cuba macam-macam krim termasuk seperti dalam komen pembaca, tapi tidak sesuai dengan Lily.

Dari pemakanan pula, jika nampak naik je eczema, sila stop dahulu makanan tersebut. Jangan terus bagi lagi dengan alasan untuk biasakan dengan perut dia. Jangan. Kesian anak tu tidak selesa nanti.

Sebab tu aku cadangkan buat ‘food diary’. Senang rujuk semula. Jika makanan dah ok, tetapi eczema tetap ada, semak pula persekitaran dan kebersihan anak.

Mungkin anak tidak alah pada makanan, tetapi habuk dan haiwan peliharaan. Kena rajin kaji dan peka. Kena sesuaikan dengan anak kita bukan anak orang lain.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika ada salah info, mohon maaf yer. Semoga ada sinar untuk anak-anak senasib kita dan semoga Lily dapat jadi doktor pakar kulit seperti yang dia impikan.

Aku tidak pernah sebut pun (sebab aku tau bukan senang belajar medic ni) tapi sebab dulu Lily kerap ke hospital kot jadi dia cakap nak tolong orang yang sama macam dia.

Ok la. Over panjang pulak, padahal nak share guna krim ape je pun.

Sekian dan terima kasih sudi baca.

– Puan Melur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *