Isteri Yang Makan Hati

Assalamualaikum semua. Saya tak pandai nak karang ayat yang best. Cuma sekadar untuk meluahkan perasaan dan hati yang dah lama makan hati.

Cerita begini. Suami dan saya, kedua2 bekerja. Anak kami 2 orang masih kecil belum bersekolah lagi.

Kami ni sudah 6 tahun berkahwin. Awal perkahwinan memang suami ego. Bab duit memang berkira.

Menangis juga kadang tu sebab tak sangka suami terlalu berkira bab duit. Bila dah anak sorang, bergaduh pula bab duit beli susu anak dengan belanja barang dapur.

Awal2 dulu selalu juga mengadu dengan mak mertua dan kak ipar. Lama2 dah malas.

Tapi bagi saya, saya bergaduh sebab nak dia jalankan tanggungjawab. Saya fight untuk hak saya dan anak saya yang sepatutnya dia bagi.

Lama2 alhamdulillah dia dah boleh terima dan berubah jadi lebih bertanggungjawab. Bab berkira tu masih ada tapi dah kurang. Dah 6 tahun berkahwin, alhamdulillah suami saya banyak perubahan.

Cuma ada masa yang buat saya rasa makan hati sangat. Perangai dia yang suka layan saya dan anak2 dengan dingin seperti kami ni musuh dan orang luar.

Ada masa mood dia penat atau masalah tempat kerja bawak balik ke rumah, mesti kami yang kena tempias.

Balik rumah dengan muka masam mencuka, anak2 panggil tak balas, anak2 buat salah kecil je dimarah macam anak tu besar umur 20 lebih.

Sedangkan anak umur 5 dan 3 tahun apa la yang dorang faham kalau kena marah macam musuh tu. Saya masih sabar dan terima.

Ada masa saya terlepas juga marah pada suami sebab tak tahan tengok dia layan anak macam tu.

Bila mood baik, senang2 je nak umpan anak dengan beli gula2 ke bawak keluar jalan2. Sama lah dengan saya, sikit perkataan mintak maaf pun tak ada. Lama2 saya mengalah juga sebab fikir anak.

Baru2 ni ada kakak ipar saya “tumpang” rumah saya sebab dapat kerja area rumah saya. Kak ipar saya ni memang tak kahwin lagi.

Family mertua dan suami tak ada pun berbincang dengan saya setuju atau tak. Tahu2 call bagitau kak ipar saya akan datang dan duduk rumah kami. Saya diam je lah. Nak cakap apa lagi.

Untuk makluman semua, rumah ni ada lah rumah saya sendiri dan suami tak de sumbangan pun dalam bayaran bulanan rumah saya ni. Cuma bab bil utiliti je lah suami settlekan.

Saya tahu perangai kak ipar saya ni dari saya mula kawin, layanan dia terhadap saya macam mana. Jadi saya agak keberatan untuk benarkan dia tinggal dengan saya. Tapi apa boleh buat.

Keputusan suami dan family mertua dah bincang sesama mereka.

Awal2 dia datang rumah saya, langsung tak bagi salam ke senyum atau tegur saya yang memang ada dekat ruang tamu tu. Dia terus masuk bilik.

Hari2 seterusnya begitu lah. Balik kerja masuk bilik, keluar kejap untuk mandi dan makan. Kemudian masuk balik bilik. Itulah rutin dia.

Bab basuh baju, dia akan campur baju dia dengan kami. So, saya atau suami la yang akan basuh baju tu dan sidai kan sekali.

Ada masa hari dia cuti, saya dan suami bekerja. Tengah hari pun masih tak keluar bilik, rasanya tak mandi lagi pun. Masak pun tak.

Confuse saya dia ni tak lapar ke? Kalau dia masak pun jarang tapi ada masa dia masak juga. Sekadar dapat kenyang kan perut sendiri je.

Masak nasi pun separuh cawan agaknya. Dalam masa yang sama kak ipar saya ni penyampai berita kepada family mertua saya. Apa saja yang terjadi dalam rumah saya, dia akan cerita sebijik2.

Tanpa rasa bersalah, dia bercerita apa yang berlaku pasal keluarga saya dekat mak & ayah mertua saya betul2 depan saya.

Saya sakit hati dan malas nak cakap apa2 sebab suami akan backup family dia gila2 walaupun memang family dia yang salah. Sebolehnya semua salah tu akan diletakkan atas batu jemala saya.

Saya lah yang tak suka family dia. Bagi suami, family dia paling mulia berbanding family saya. Kalau dia kutuk family saya tak apa, tapi jangan saya yang kutuk family dia.

Walaupun saya cakap elok2 pasal attitude kakak ipar saya, dia akan melenting. Akibatnya suami bermasam muka dengan saya dan anak2.

Saya bukan tak suka dengan family mertua, tapi saya tak suka attitude kak ipar saya.

Saya ok dengan adik beradik ipar yang mana boleh hormat saya dan bercakap baik dengan saya. Saya layan baik2. Hubungan saya dengan mak dan ayah mertua saya pun ok.

Walaupun kak ipar saya layan saya macam tu, saya masih bercakap elok dan tak de plak saya bermusuh dengan dia.

Sepatutnya suami kena main peranan untuk tegur tapi tidak.

Ada masa saya rasa nak lari dari rumah. Cari rumah lain. Teringin nak rasa balik rumah aman dan privacy. Tapi entahlah.

Adakah saya yang overthinking atau saya sendiri yang perangai tak elok?

Mungkin betul apa yang suami saya cakap, saya perempuan yang tak elok perangainya.

– Bawang Merah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *