Ibu Tiri Yang Kejam

Hi semua, namaku Mimi. Aku berusia 29 tahun dan sudah pun mendirikan rumah tangga selama 4 tahun. Aku berkahwin dengan seorang duda berusia 35 dan mempunyai 3 orang anak tiri.

Anak pertamaku kami panggil abang (15 tahun), anak kedua Siska (12 tahun) dan ketiga baby (8 tahun). Mereka bertiga anak yang baik sangat.

Tapi semenjak aku berkahwin dengan daddy dorang, ada 1 perangai yang semua sama spesis, sangat annoying.

Si abang tu suka tanya, bila mummy dorang nak jumpa diorang, dia rindu. Kalau ada amik report card ke or ada pertandingan apa2 kah akan directly bagitahu daddy diorang, abang nak ajak mummy.

Pernah masuk pertandingan catur, aku susah payah ajar step, ajar trik. Ehhh tiba final call mamy dia suruh datang tengok competition dia.

Aku tak tahu yang parents boleh datang. Tiba2 dia update dalam ig kemenangan dia tak bermakna tanpa mummy dan daddy di sisi. Padahal aku ada je mengular dekat rumah ni. Aku sedih. Aku kecewa.

Aku? Rasa benci. Siska pulak tak habis2, mummy selalu masak itu, mummy selalu masak ini, Siska suka warna ni sebab mummy suka, weyhh!!! Sampai tahap kalau dia nak nasi goreng, aku kena buat sebijik mcm mummy dia, ada sosej ada ayam.

Paling teruk aku mula ajar dia kemas bilik sendiri, da besarkan. Dia boleh cakap, mummy tak pernah marah kalau dia tak kemas katil. Weyyh!!! Dia tahu tak mak dia ni didik dia jadi perempuan yang tahu buat kerja rumah.

Kadang2 dia whatsapp daddy dia cakap mak dia ni dera dia. Aku baca whatsapp laki aku time dia tidur. Dalam fon Siska dia delete. Bijak kan?

Last sekali si baby. Si baby selalu menangis nak mummy dia. Selalu jatuh ke, or kena marah ke akan jerit kuat2 nak mummy!

Aku tak tau lah sebab aku takde anak lagi ke or apa. Aku memang straight. Sebab aku dari kecik pon dididik macam tu.

Kena jaga solat. Kena tidur awal sebab nak sekolah. Kena buat homework. Kena makan sama2 bukan main fon. Kena ada masa main dan masa lain berfaedah.

Kenapa ea semua tu salah? Kenapa aku di cop jahat?

Aku pernah suarakan hasrat nak kerja dengan husband aku.

Dia cakap, sanggup bayar berapa pun asalkan aku duduk rumah dan urus anak2 dan rumah tangga. Dia tak nak aku penat kena balance kan semua. Dia seorang suami yang baik.

While if korang kata mumy diorang baik, fyi mumy diorang ni kena tangkap basah and pernah kantoi skandal dengan husband orang. Sampai sekarang ye. Dalam 4 tahun ni dia dah 3 kali kahwin cerai.

Dia tiada masa langsung untuk anak2 dia. Adalah 2 kali dalam 4 tahun ni dia datang jenguk anak dia. Call anak dia?

Sebulan tu sekali je. Kalau anak2 dia call pon angkat tapi tak sampai 5 minit weyh. Husband aku pernah marah aku sebab anak2 dia mengadu aku ni tak sama macam mummy dia.

Aku sound balik, aku cakap, anak2 dia anak2 aku juga, diorang kena ikut cara aku dan aku takkan marah tanpa sebab.

Aku bukan tak ikut langsung kehendak diorang. Nak pergi sana sini aku bawak. Nak makan dorayaki macam doraemon aku buat. Suka kek coklat moist. Hari2 dalam peti tak pernah habis dan tak pernah takda.

Nampak sikit je, aku baked lagi. Nampak nak habis je aku baked lagi. Diorang nak main ice skating, nak main district kat pj.

Nak semua yang bermanfaat. Memang aku tak pernah bagi alasan tak bawak. Kenapa time happy tak pernah sebut dekat daddy diorang.

Kenapa time aku bawak mandi sunway tak pernah update dalam ig? Kenapa aku rasa insecure eh?

Awal tahun hari tu aku baru miscarriage sebab stress. Miscarriage 4 bulan time tu. Sedih sangat2. Allah je tahu tu anak first aku dengan husband.

Tapi harini aku ikhlas redha. Mungkin aku kena layan diorang dengan penuh lagi kasih sayang. Dan kerana itulah aku nak jaga mental aku, aku sound je diorang kalau ungkit mommy diorang depan2 aku.

Lagi2 tengah makan. Aku sound dia dengan daddy dia sekali. Antara ayat2 aku ‘eh, ingat mak tiang ye kat sini?

Mummy kamu tak ada kat sini, kejap lagi telefon lah dia, lepas rindu puas2′ & ‘yelah, mak kau yang jahat, mak kau ni perampas kebahagiaan korang’ ‘ ya saya ni bibik je dalam rumah ni’.

Laki aku? Laki aku akan suruh anak2 dia makan tanpa cakap apa2. Sebab laki aku tahu macam mana aku berkorban untuk diorang selama ni.

Aku ni kategori sakit mental dah. Doakan lah aku bertambah sabar dan ikhlas.

Aku harap mumy diorang baca laa confession ni. Anak kau dah rindu kau separuh mati dah. Last jenguk bulan 7 2022 tahun lepas.

Sekian…

– Mimi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *