Assalamualaikum. Sahabat IIUM Confession semua. Kali ini saya juga ingin terlibat sama dalam menceritakan sedikit pengalaman dan pengajaran hidup saya.
Saya seorang isteri dan juga merupakan ibu kepada 6 orang anak. Umur saya 39 tahun.
Saya merupakan anak dua daripada 6 adik beradik. Saya berasal daripada keluarga sederhana dan juga amat disayangi oleh kedua ibu bapa saya.
Kehidupan saya berubah ketika saya mula masuk ke sebuah Kolej Swasta.
Perkenalan pertama saya dengan seorang lelaki, membuatkan saya lupa akan tujuan saya masuk ke Kolej untuk menimba ilmu. Ibubapa saya amat mengharapkan saya untuk dapat mengubah nasib keluarga.
Pada waktu itu saya baru berusia 22 tahun, dimana saya masih terumbang ambing dan masih meraba raba mencari masa depan.
Saya berkenalan dengan suami saya yang sekarang ini tidaklah terlalu lama. Hanya 1 bulan setelah berada di Kolej tersebut, kami berada dalam satu kumpulan.
Kami akhirnya bercinta dan tanpa sedar kami telah terlanjur beberapa kali sehingga pernah menggugurkan kandungan.
Selang 2 tahun, saya terpaksa balik ke kampung dengan hanya membawa perut bukannya segulung sijil. Kerana pada waktu itu usia kandungan saya sudahpun mencecah 3 bulan.
Saya akhirnya dipinangkan dengan lelaki pilihan saya atas dasar suka sama suka.
Pada waktu itu, suami saya juga terpaksa berhenti belajar kerana saya tidak mahu untuk berpisah atau berjauhan dengan dia.
Saya terpaksa minta dia untuk berhenti belajar dan cuba untuk mencari pekerjaan di kawasan kampung halamannya. Saya ikut dan tinggal di kampungnya kerana saya tidak ingin membebankan keluarga saya.
Kami hanya bertunang tanpa berkahwin, tanpa apa – apa kemeriahan seperti perkahwinan lain. Sehinggalah anak kami 6 orang.
Banyak penyesalan dan penderitaan yang saya alami.
1. Dihina dan tak dianggap sebagai menantu. Mentua ada sikap pilih kasih kerana biras yang lain mempunyai pekerjaan dan sering menghulurkan wang.
2. Suami yang kurang bijak melakukan kerja (tidak mampu membuat kerja kampung, biarpun kerja itu ringan ).
Saya amat terkejut apabila suami seorang yang pemalas dan suka cakap besar. Ramai ahli keluarga saya katakan dia berlagak dan itu benar sekali.
3. Ini adalah penyesalan terberat saya. Ketika rakan sebaya sudah mendapatkan pekerjaan, sudah dapat membahagiakan kedua ibubapa. Saya masih dengan perjuangan membesarkan anak – anak (pada ketika itu anak baru 3 orang).
Saya tidak mampu mencari pendapatan kerana anak masih kecil. Lagi pula saya berada dikawasan perkampungan, apa lah sangat peluang pekerjaan yang ada.
4. Hutang PTPTN saya dan suami juga masih tertunggak. Saya hilang hala tuju.
Anak – anak semakin membesar dan belanja semakin bertambah. Ada kalanya saya perlu berhutang sana sini untuk membayar buku tambahan anak saya.
Kehidupan saya sekarang tidaklah seindah khabar, sepatutnya sudah mempunyai perubahan.
Suatu hari suami saya ada mendapat satu peluang pekerjaan, tetapi sangat jauh dari perkampungan. Saya tidak boleh berpisah terlalu jauh dengan suami.
Syukur kerana Bantuan Sekolah ada diberikan untuk pelajar miskin. Itu meringankan sedikit beban anak – anak saya.
Berbalik kepada cerita penyesalan saya. Tidak ada apa yang dapat saya ubah. Saya juga tidak mampu untuk mengubah apa – apa lagi.
Adakalanya saya hanya murung dan menangis dengan takdir yang saya pilih sendiri.
Saya mohon nasihat dari para pembaca. Minta maaf sebab tunggang langgang. Saya cuma ingin meluahkan dengan segala yang terjadi dalam kehidupan saya.
Yang pasrah dengan kehidupan,
– Zila (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Setiap yang berlaku ada juga qada dan qadar…..apa yang berlaku masa silam tidak patut menghalang untuk kita bahagia masa kini. Puan ada suami dan anak anak yang ramai sepatutnya bershukur selalu walaupun tak kaya.
Ada orang kaya tapi takde anak, ada orang kaya tapi sakit. Tuhan tu maha adil so kita jangan pandang kepada satu side kehidupan sahaja. BErshukur selalu nanti ada ank puan yang berjaya di masa hadapan.
Sebenarnya kamu dah salah pilih lelaki…dan salah pilih suami.
Ustazah ada ckp..ini juga adalah balasan dari dosa zina yang kamu dan suamimu belum benar2 insaf dan taubat…
Ini cara Allah nak bersihkan dirimu…
Lelaki…janganlah percaya…hanha pandai mengongkek kepala bawah….lelaki ni akalnya terletak pada kemaluan sahaja..sekian