Luahan Hati Staff KKM

Hi. Salam sejahtera kepada pembaca IIUM Confession. Ucapan salam kepada semua.

Aku menjawat jawatan pegawai optometri u41 di fasiliti KKM.

So far kerja okay sahaja, cuma, ungkapan aku adalah untuk meluahkan rasa kesal dengan profession optometri sendiri.

Aku berkhidmat di KKM so far okay saja, dan perkhidmatan yang ada sangat baik, dengan bantuan staff sokongan yang ada.

Banyak yang aku belajar sehingga hari ini.

Satu dalam banyak kekangan yang ada umpamanya adalah, penguatkuasaan dan gerak kerja profession optometri sendiri.

Di universiti, pendedahan dengan modul pembelajaran seperti subjek Ocular Pharmacology, namun, ocular preskripsi ubatan untuk di hospital/klinik adalah sifar.

Kategori ubatan okular adalah merangkumi banyak kelas. Tidak perlu untuk di perjelaskan.

Namun sebaliknya lebih bergantung kepada penolong pegawai perubatan untuk memberi preskripsi.

Yang kedua, di hospital, orang lebih mengenali, pegawai perubatan/pergigian.

Aku bukanlah menegaskan kepada sesiapa sahaja untuk memanggil gelaran doktor, tetapi, profession optometri masih lemah dalam kalangan staff kesihatan berbanding pegawai perubatan dll.

Yang ketiga, rutin optometri di fasiliti KKM hanyalah sedikit sahaja dari segi penguatkuasaan dan ketegasan dalam pengamalan penjagaan mata primer berbanding, jabatan pesakit luar mo yang bertindak sebagai rawatan awal pesakit dalam kategori penyakit mata.

Untuk rujukan dan sebagai masih perlu untuk mendapatkan khidmat dari mo walaupun baru,

Namun, hal ini, amat merendahkan skop kerja optometri adalah cabang bidang yang berkaitan okular yang utama.

Harapan, kepada golongan penguatkuasaan diharapkan dapat memberi penguatkuasaan yang penuh dan mengambilk sikap tanggungjawab kepada profession optometri untuk di tambah baik demi kerjaya dan bidang ini di masa hadapan.

Untuk adik2, semoga, menimbang semula bidang yang akan anda ceburi ini.

Sekian.

– M (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *